Wednesday, December 29, 2010

Tirai 2010

Serba ringkas tentang peristiwa-peristiwa penting sepanjang tahun 2010...


Jan 10
- Gua masih bertungkus-lumus kerja setengah mati di Ernst & Young. Jadual balik standard 4am.
- Awek gua dapat kerja di KL (masa ni awek lagi).
- Chezzo bukak salon secara rasmi. VWM sunyi tanpa pelanggan.

Feb 10
- Masih kerja di Ernst & Young. 3/4 mati. Jadual balik kasi up ke 5am.
- Mula mencongak-congak duit untuk membina masjid.
- Valentine's day? Tak sambut.
- Mula attend interview.

Mar 10
- Masih kerja di Ernst & Young. 3stgh/4 mati. Jadual balik kasi up ke 6am.
- Mula aktif attend interview.

Apr 10
- Tender notis 30 hari.
- Hari last di Ernst & Young. Jiwa syahdu...

May 10
- Kerja baru di Malaysia Airlines. Meja besar, balik on time, training ping pong setiap hari.
- Hari-hari ulang alik Wangsa Maju - Subang.
- Balik kerja awek masak. Makan bawah pokok. Hari-hari solat jemaah kat masjid sebab tunggu makanan siap masak.

Jun 10
- Hari-hari ulang alik Wangsa Maju - Subang. Budget mula burst.
- Kena panggil interview. Pergi.
- Rancang untuk tunang.

Jul 10
- Hari-hari ulang alik Wangsa Maju - Subang. Budget mula burst.
- Sambut ulang tahun yang dah 27 kali ulang.
- Kena panggil interview lain. Pergi jugak.
- Tender notis 30 hari.
- Hari last di Malaysia Airlines.... Syahdu.

Aug 10
- Mula kerja di Maybank. Meja kecik pulak.
- Hari-hari naik LRT. Syok jugak. Dah lama tak naik LRT sejak zaman-zaman belajar dulu.
- Puasa. Tadarus kadang-kadang je. Tak sempat khatam.
- VWM terasa sunyi tanpa Prosper.
- Bayar saman ekor.
- Dah tak rajin semayang jemaah kat masjid.

Sep 10
- Dah mula bosan naik LRT.
- Update CV.
- Maybank announce bonus terbaek sepanjang zaman.
- Simpan CV.

Oct 10
- Kena hantar audit kat Indon.

Nov 10
- Pulang dari Indon.
- Bawak family melancong ke Sabah.
- Bertunang.

Dec 10
- Dah tunang.
- Senaraikan azam-azam yang belum tercapai. Senaraikan balik.


Ape jadah gua nye entry ni... Macam takde jiwa. Nanti la gua post yang lain.

Monday, December 27, 2010

"Size bape bang?"

Di suatu petang yang hening lagi syahdu, kelihatan gua sedang asyik mencari-cari seluar baru di JJ Penjuru Alif.

"Size bape bang?" (Mak ai!!! Terkezut mak!!)

"Ar.. Tak pasti dik. Cuba tgk 31 dan 32."

.
.
.

"Yang ini bang. Warna dia ok ke?"

"Warna ni ok. Takpe, saya cuba size dulu."

.
.
.
.

"Dik...."

"Ye bang?"




"Mintak size 33"

Dem!!!

Friday, December 17, 2010

Tribute - Alcapone

Gua masih ingat kali pertama gua diperkenalkan dengan Asun aka Alcapone oleh Tokan. Suara besar, badan besar. First time gua jumpe lu.. Gua terfikir… Big Show…


Gambar ni gua tangkap masa last day before semester tutup. Tema hari tu nice guys finish last. Gua anggar berat Alcapone mase ni dalam 3 kati setengah. Berdasarkan gambar ni, gua suspect dia belum mandi.

Ini lokasi rahsia tempat barang-barang pecah rumah ditemui. Termasuklah senjata-senjata tajam yang sangat haram dibawa ke hulu ke hilir. Alcapone buntu memikirkan nasib kami untuk hari-hari berikut. Topic perbincangan "Adakah masa depan untuk jiwa kita."

Malam ni actually Alcapone kumpul geng-geng nak standby kot-kot perlu belasah mamat yang sewa kereta Jibo tak pulang-pulang. Ganas-ganas Alcapone pun, dalam hati ada bunga. Ya... Bunga manggar. (sape awek2 ni? Gua pun tak kenal.)

Gambar ni masa kita organize game Winning Elevan dulu. Tugas kita jadi linesman. Gua cari gambar kita tonggak sos chilli tak jumpe pulak bro...

Yang ni pulak gambar Alcapone belanja kitorg breakfast ringan. Ade ayam, kambing, ikan, kerang, sotong, kayu, batu dan air.


Gambar ni masa kitorg tunggu metrobus no 12. Prosper, cover sikit kangkang tu. Lu dah jadi bapak orang.

Ni gambar masa kita hadiri jamuan kuiz pelaburan saham akhirat. Lepas solat isya, Alcapone rancak utarakan isu pembuangan bayi, pembaziran makanan dan pengaruh akademi al-quran ke atas rancangan Istana Takeshi.

Ini gambar Alcapone tgh layan filem Sepi. Prosper beli cd ori nak suruh kitorg layan. Lepas habis cerita, Prosper wat kesimpulan "Korang memang loser."

Gambar ni pulak diambil sempena majlis bufday gf Alcapone. Majlis penuh dengan hilai ketawa. Namun begitu, majlis tetap disudahi dengan upacara bayar asing-asing.




Tu semua zaman bujang....





Banyak lagi gambar kita bro..... Kalu nak wat blog tribute, lagi panjang nak cerita.





Tapi gambar yang ini paling mahal.....










Actually gua cuma nak ucap Selamat Pengantin Baru, semoga kekal bahagia hingga akhir hayat.


Gua dengan rasminya menerima perletakan jawatan Alcapone sebagai Vice President. Ada siapa-siapa nak bertanding kerusi Vice President?



Sunday, December 12, 2010

"Dulu ada peti ais ke bah?"

Gua merayau seorang diri ke 7e mencari cikedis sebagai bahan kudapan di kala malam bulan mengambang. Gua lewat kedai mamak sebelah 7e. Sambil-sambil berjalan, mata gua melilau melihat kelibat manusia, maka terpandanglah gua sebuah keluarga kecil sedang menjamu selera. Si anak dalam lingkungan umur 8 tahun sedang sibuk meneliti ketulan ais di dalam gelas plastiknya itu. Asyik...

"Abah... Abah..." si anak bersuara.

"Hurm...." suara garau si abah menyahut. Asap rokok keluar dari celah2 bulu hidung.

"Zaman dulu-dulu, macam mane orang buat ais bah?" tanya si anak.

Si bapa diam.

"Macam mana diorang nak minum milo ais bah?" tanya si anak.

Si bapa diam.

"Dulu ada peti ais ke bah?" tanya si anak.

Si bapa terus diam. Tak leh jawab lah tu. Kah3X!!!




ps: dulu gua tanya bapak gua, kenapa atas highway nampak macam ade air masa panas tapi bila dekat takde. bapak gua kata tu fenomena logamaya. ntah ape gua pun tak paham.



Tuesday, December 7, 2010

Puas gua nafikan...

Budak-budak rumah gua selalu kutuk gua selalu mengigau mase tido. Puas gua nafikan... Tapi lagi gua nafikan, lagi kuat gua kena kutuk.


Tapi bila gua fikir.... ade logik jugak.





Sebab masa gua umur 8 tahun dulu, gua pernah mengigau sampai panjat grill tingkap. Horror tak? Gua rasa horrayyy je mase tu.

Saturday, December 4, 2010

Blog gua dah tak relevan agaknya...

Gua demam malam ni... Segala pergerakan jadi slow. Kentut pun gua rasa panas je. Mungkin haba demam tu mau keluar ikut lubang belakang. Biarkanlah... Main badminton pun tadi gua main net ngan bagi bola drop je. Tu pun Arip Samat tak dapat amik. Apetah lagi Paiseh...

Begitu jugalah dengan Blog gua... Dah slow semacam. Mungkinkah blog gua dah kurang relevan?? Adakah gua akan berhenti berblogging??






Mungkin belum lagi.

Saturday, November 20, 2010

"Kambing la boss...."

"Nasi Beriyani Kambing satu!" Gua jerit order makanan sambil satu jari dicucuk ke langit.

"Siap!!!!!!" Si Mamak menjerit dengan lontaran suara irama Nahwan.

Selang beberapa minit, maka terhidanglah "Beriyani Kambing" di hadapan gua. Mak ai... Dengan lafaz bismillah... Gua memulakan suapan. Aaaaaaaummmmmmm!!!! (Kunyah.. Kunyah... Kunyah...)

Erk.... Ni bukan Kambing. Ni rasa daging ni...

"Abe Mamak, ni kambing ke daging?" Gua bertanya.

"Kambing boss"

"Abe, ni daging beh... Tgk structure tau dah...." Gua.

"Kambing la boss...."

Gua belek-belek daging tu... sah daging!!!
Gua rasa... sah daging!!!
Gua hidu... sah daging!!!

"Abe... Ni daging. Saya selalu makan sini. Saya tau la...." Gua. Permasalahan gua menarik perhatian Tauke Mamak. Tiba mereka bertekak sesama mereka. Yang gua faham cuma 2 perkataan.... Kambing.... Daging...

"Itu memang kambing la boss...." Jawab si Mamak.

Ya Allah hai.... Gua yang sudah hilang selera sebab kena tipu dan tak nak mengaku silap sekadar mengasingkan daging dari nasi. Bukan gua tak boleh makan, tapi gua rasa tertipu.

Selang 5 minit...


"Mamak, beriyani apa ada..." Pakcik masjid.

"Ayam ada... Daging ada...." Mamak.

"Kambing.?" Pakcik masjid.

"Kambing habis..." Mamak.


What!!!!!!

Monday, November 8, 2010

Engage.....?

Truuuutttt...... Trrruuuuuuuuuuuuttt....!!!!

"Hello, leh cakap ngn En Singular?"

"Maaf ye cik. Dia tgh engage..."







Singularsong.blogspot.com sudah engaged....

Tuesday, October 26, 2010

Jakarta Post - Bun.......

Semua nya panas-panas!!!!!

Anda mau yang basah???





Atau anda mahu yang kering?



Sunday, October 24, 2010

Bandung post...


Di sebuah restoran di Bandung...

"Pak, minumnya?"

"Sirap bandung ade?"


"Sirap bandung? Ngak ada pak..."

"Kasi Teh Botol lah."

"Makan?"


"Mee Bandung ade?"

"Mee Bandung?"





Haish... diorg ni sume tak pernah pergi Muor ke?

Thursday, October 21, 2010

Jakarta post


"Abe, Bakso sa.." gua.

"Apa pak?"

"Bakso sa.." gua.

"Apa sih.....?"

Friday, October 15, 2010

Lama tak update blog

Lama rasa nye tak update blog. Memang lama. Ini semua gara-gara internet rumah yang tidak dibayar oleh tuan punya account. Gua pun tak tau sampai bila phenomena ini akan berlaku. Mungkin untuk bagus (for good). Kalau tak takde la gua nak melepak kat STARBUCKS sorang-sorang pada petang sabtu yang melancholic ni. Teh o ais mamak kat Seven E yang suka korek idung masa nak bungkus air tu lebih puas disedut.

Banyak cerita yang gua nak post sebenarnya. Asal bertembung je dengan peristiwa-peristiwa harian, pertama sekali yang gua terfikir... Nak update Blog. Tapi apakan daya. Bila gua balik rumah lalu mengkelik icon MeganFox, maka terpampanglah gambar P1 wimax... PLEASE MAKE PAYMENT TO THE NEAREST POLICE STATION. Maka terbantutlah rasa keinginan gua untuk berkarya.

Offis gua takde internet ke? Ade... tapi boleh bukak Maybank2u je.

Lega rasanya dapat buka laman Blog gua hari ni. Namun begitu, gua sudah hilang akal bernas untuk gua kongsi bersama untuk pos kali ini. Dapat lepas rindu pun cukup lah... Sempat jugak gua jengah-jengah blog orang lain sebelum gua berangkat je seberang laut esok.

Gua akan ke Jakarta esok pagi selama 3 minggu atas tuntutan kerja. Lepas Jakarta gua dengar gua kena gi Vietnam. Lepas Vietnam gua dengar gua kena pergi Papua New Guinea. Lepas tu entah ke mana lagi gua pun tak tau. Tak pernah pulak gua terbayang kena kerja jalan-jalan satu dunia.

Untuk korang-korang yang berada di Tanahair, jagalah diri baik-baik ye.

Sahabat-sahabat VWM, janganlah korang suka bermalas-malas dalam mengemas rumah. Sampah di dapur jangan lah dibiarkan berulat. Sinki tu jangan la sampai berpinggan tingkat. Apalah salahnya toilet itu dicuci bersama-sama atau pun bergilir-gilir. Punggung kita juga yang akan selesa ketika khayal berqada hajat.

Sahabat-sahabat kelab badminton yang sudah bercampur aduk latar belakang, semoga korang teruskan usaha. Janganlah sekali-kali korang tertinggal walau satu pun sesi latihan. Walaupun usia kita sudah sebaya Lee Chong Wei, tapi itu bukan alasan untuk kita tidak bersukan. Contohilah saudara Paiseh. Arip, janganlah dibiarkan jumping smash itu semakin berat dengan susuk tubuh yang semakin membesar. Azri, janganlah selalu lewat datang latihan. Datang awal, boleh pulang awal. Isteri lu yang sedang mengandung tu perlukan teman untuk tidur berbantal. Mijie, terima kasih kerana sentiasa rajin menjadi penganjur yang setia. Kepada ahli-ahli kelab badminton yang lain, kalau nak datang tu inform-inform la dulu. Jangan la sampai satu court terpaksa dikongsi sampai 20 pemain.

Sahabat-sahabat ex EY, kalian semua sudah menjadi tokoh keluarga. Janganlah suka melepak di kedai mamak ketika isteri sedang sibuk memasak lauk makan malam. Menonton Berita Utama TV3 lebih sesuai untuk belia seperti kalian. Bantu-bantulah isteri menukar lampin anak-anak korang. Hargailah sahabat yang ada di sekeliling selagi kita sempat kerana kita tidak tahu sampai bila hayat kita dibumi ini. Alfatihah untuk saudara Jo....

Sahabat-sahabat blogger, universitas dan NTMTTS, janganlah lupa menziarahi blog gua sampai bila-bila. Walaupun korang pembaca bisu. Gua pun selalu je jadi pembaca bisu. Kepada geng-geng blogger yang lain, teruskanlah berkarya. Dalam pada kita berkarya, jagalah tatasusila dan sempadan-sempadan sosial.

Hurm.... Ok la. Gua nak gi tukar duit Ringgit ke Rupiah. Baru leh jadi jutawan... Tunggu khabar berita gua dari tanah seberang k. Tu pun kalu kat sana ade STARBUCKS.

Tuesday, September 28, 2010

Tiba-tiba....

Gua tengah layan entry lama... Terkenang zaman muda. Gua baru je nak beremosi.


Tiba-tiba....






Ngehh... Ngeh... Ngeh.. Ha..ha...ha... Kah Kah Kah...!


Paiseh gelak sakan bagai kambing yang makan rumput tapi tercekik belalang kunyit. Gile horror lu kalu pecah gelak. Bunyi Ganu tak hilang....


Thursday, September 23, 2010

Petua dari Ijan

Gua ade sorang kawan. Dia dulu ahli VWM jugak. Hari ni gua baca blog dia. Oleh kerana blog dia mengandungi ilmu yang tak ternilai manfaatnya, maka gua kongsikan dalam blog gua....

Petikan dari blog Ijan Anak Seorang Penoreh

"Kita akan sihat, jika tahik kita sihat..ha.....tu dia!

Ok, sekarang aku nak tanya, siapa kat sini yang berak hari - hari..?? sila angkat tangan ...

1,2,3 ...adalah 4 org aku nampak angkat tgn x termasuk diri aku sendiri yg berada dalam kategori ni.


Baik, jika korang nak tahu, orang yang sihat adalah orang yang berak hari-hari, sebab system penghadamannya bagus, lanca, .licin and mantap..., alhamdulillah,”


Orang yang berak jarang-jarang ni , eloklah korang check balik pilihan makanan korang dan selaraskannya dengan aktiviti harian. Lagi lah plak kalau berak kadang-kadang

Inga kawan-kawan.., kita akan sihat, jika tahik kita sihat

Selepas berkaitan kekerapan , kita ke bab warna tahi plak ...

Sekarang cuba korang check warna tahik korang, jika tahik korang berwarna cerah macam kuih Maruku, itu tanda tahik korang sihat, tapi jika tahik korang bewarna gelap macam dodol, itu tandanya tahik korang tidak sihat, dan tahik yang tidak sihat datang dari tuan bontot yang juga tidak sihat.sila amik perhatian....

Jika Tahik korang bewarna kelabu seperti kuih puteri mandi bergelumang kepala, mungkin korang ada masalah organ dalaman, kalau warna tahik hijau macam kuih puteri ayu itu lagi parah, atau warna hitam kemerah merahan macam sirap bandung terlebih sirap, mungkin usus korang ada barah.. atau korang mengalami pendarahan gastrousus

sbb tgh mood raya kan, jadi segala perumpamaan mmg disengajakan berunsur kuih muih

Tapi ejan ,, Sunnah Nabi, mana boleh tengok tahik?

eh..ada plak org soal tiba2...belum tiba sesi soal jawab wei ..takpa, aku jawab

Ye tak ye jugak, tapi kau jangan tengok betul betul, jeling jer.., tak payah belek dengan tangan, siap rasa dgn lidah plak ..

tengok dengan hujung mata cukup, sipi2 ...tentu nampak warna tahik korang.., make sure warnanya cerah macam goreng pisang.., bukan hitam macam Almonlondon


Tanda lain tahik yang sihat adalah, tahik korang tenggelam macam keropok rebus yang belum masak.., tapi jika tahik korang timbul dalam air macam keropok keping yang digoreng dalam kuali yang banyak minyak, itu tandanya tahik korang ada masalah 'celiac disease' , mungkin?…, check balik pilihan makanan korang, kurangkan makanan dalam tin atau makanan segera

Tapi ada jugak perbezaan pendapat dikalangan doctor yang mengatakan, tahik tenggelam itu tak bagus kerana ada banyak toxic, dan tahik yang terapung seperti cekodok goreng pulak yang bagus, ntah?

Akupun tak tahu.., tak pernah rasa, tapi aku boleh buat kesimpulan, jika tahik korang timbul dan tidak berbau, bermakna itu adalah hampas tahik dan itu bagus, tapi jika timbul dan bau busuk macam tahik.., itu masalah..”

“Tapi ejan macam mana nak tengok tahik dalam tandas cangkung…?”
Ada lg yg soal ??
Alahai, kau pergilah tidur kat hotel dan berak dalam tandas duduk, boleh nampak tahik kesayangan korang tu sama ada timbul atau tenggelam..,

jangan balik rumah berak dalam sinki pulak,
takpun korang pergi luar Negara, kat sana semua tandas jenis duduk, kan?”

Selain itu ....

Bentuk tahik juga merupakan indicator bahawa korang ni sihat atau tak, jika tahik korang cair bersepah macam bubur lambuk, memang korang tak sihat..

Factor tahik bersepah ini mungkin disebabkan terlalu banyak serat dalam diet atau jangkitan bakteria atau virus, sebab tu air banyak keluar bersama tahik lalu meleleh macam kuah satay..

Klu tahik bersepak , masa kuar dari dubur tu , bnyi pun leh tahan lain mcm,...
Preeettttt...........berterabur dlm lubang jamban ...puas plak nak basuh ..

Jika tahik korang keras macam gula Melaka pula, pun masalah jugak, mungkin sebab kurang makan sayur. Buat2 lah rajin mkn ulam2..

Tahik yang sihat adalah berbentuk seperti keropok lekor yang panjang, dan bila keluar cantik tak putus putus, macam picit ubat gigi gitu..,

jika terputus putus, dan korangpun suka kemut, maka tahik korang akan jadi bulat bulat macam kuih bom, jika warna hitam, dah jadi macam tahik kambing.., tak bagus!,

ingat.., seklai lg aku nak tekan kan , tahik yang sihat, datang dari manusia yang sihat

Itu hari tgh borak,2 aku mntak excuse sbb nak berak. Then ketika dtg semula ke geng borak, ada plak pertikai kenapa lama sgt aku berak , so aku jwb mcm ni

“Aku lambat bukan sebab berak, tapi sebab basuh berak, jika aku tak basuh berak, tentu aku cepat, tapi sebab islam mewajibkan kebersihan, maka kenalah ambik masa lama sikit untuk basuh berak, lagipun, lepas basuk berak, tiba tiba ada pulak the last drop of ‘kerepok lekor’, tu yang kena basuh berak lagi sekali.., tu yang lambat.., dan korang kena berterima kasih sebab aku ambik masa basuh berak, jika korang nak cepat, boleh jer aku datang tanpa basuh berak, tapi korang pulak yang susah nanti, maka, oleh kerana aku tak nak susahkan korang, maka lambatnya aku bukan sebab berak, tapi sebab basuh berak kerana korang yang tak suka jika aku tak basuh berak, jadi aku lambat kerana korang!”

Sekian ... "

Gua yakin esok ramai yang intai tahik sendiri dalam toilet...





Ini adalah ijan

Sunday, September 19, 2010

Assalamualaikum Warrahmatullah....

"Assalamualaikum Warrahmatullah...."

"Assalamualaikum Warrahmatullah...."



Imam baca doa... Gua amin...

Imam baca doa... Gua amin...

Salam... Salam....


Gua bangun sambil lari-lari ayam joget yang ingin pergi dating. Hati berbunga-bunga....







Errrkkkk!






Cis... Cis... Ciss....

Thursday, September 16, 2010

Raya

Gambar 1


Gambar 2


Gambar 3



Ye ... Gambar je. Takde cite ape. Yang gua tau, raya memang best! Main raya-raya kat blog la.

Selamat Hari Raya semua!

Mintak halal makan minum. Salah silap mintak ampun. Hutang piutang kalau tak halal, bagi diskaun pun ok.


Open house jangan tak jemput. Poket dan kosong ni... Ngeh2x...

Monday, September 6, 2010

2060 - Berbuka Puasa

Tit tit… Tit tit… Tit…

Allahuakbar… Allaaaaaaaaaaaaaahuakbar….

Para jemaah membaca doa dalam hati, lalu memulakan juadah dengan sebutir kurma. Yusoff Taiyob sudah cipta kurma dengan pelbagai perisa dan warna.

Ada perisa Nasi Ayam, Beriyani Gam, Nasi Paprik, Murtabak Unta.

Gua pilih kurma perisa Cikedis Ayam Bon Bon. Sedap… Dalam kotak kurma ade mainan robot lagi.







"Atuk........ I want some...."

Hish cucu gua ni...

Sunday, September 5, 2010

Menjelang raya

Buka puasa tahun ni masih diwarnai dengan agenda berbuka percuma di masjid terdekat. Seronok berbuka puasa di masjid ni. Dapat berbuka puasa dengan lapisan masyarakat yang datang dari pelbagai latar belakang dan usia. Dari golongan ustaz-ustaz, pakcik-pakcik speaking omputih, abang teksi, abang polis, bangfes, arkitek, enginer dan juga abang penjejak neraka yang tinggal di bawah jambatan MRR Dua.


Sebaik azan berkumandang, para jemaah akan melafazkan Allahhumma laka sumtu secara nafsi-nafsi, diikuti dengan juadah sunnah, buah kurma tajaan Yusof Taiyob (sila baca dengan nafas wanita ghairah… Yusof Taiyob….yeah...). Selepas itu barulah diselangi dengan kuih muih yang ade. Kadang-kadang ade kuih cara, kuih karipap. Kadang-kadang biskut kering. New York Cheese Cake memang takde la.


Setelah kenyang ala-ala kadar, jemaah akan bersama-sama menunaikan solat maghrib . Gua ngan Paiseh selalu amik timing rakaat kedua. Jangan ikut contoh kami ye adik-adik. Abang-abang ni memang macam ni. Sebaik-baiknya angkatlah takbir bersama-sama imam. Kami saje amik saf belakang supaya sempat que barisan depan masa amik makanan nanti.


Soal tertib berpakaian di masjid pun kena la menepati ciri-ciri menantu pilihan. Jangan la pakai t-shirt pelik-pelik. T-shirt cap “Ayam Joget” contohnya, mungkin lebih sesuai untuk pesta Joget Lambak atau demo parti politik.



Bercakap soal rumah pulak, VWM raya tahun ni tiada lampu kelip-kelip macam tahun lepas. Yang rajin wat bende gile-gile ni cuma Prosper (gambar) je. Entah mana lampu ketupat kelip-kelip dia ni pun gua tak tau. Gua ingat tahun ni nak pasang pelita dalam rumah. Sebelah pelita letak ashray Mister Potato atau Pringles. Baru efisien.



Tahun ni kami nak decorate bawah tangga dengan baju-baju dan towel purple Uda. Kami juga bercadang nak jahit langsir baru dengan baju-baju peninggalan Adibtocrate yang berdaki di leher. Kerusi pelastik merah yang dah buruk tu kami nak balut dengan kain putih, ala-ala majlis dinner kat hotel (tadi kerusi kami takde sandar la). Tepi rak kasut kami nak hias dengan statement kredit kad dan bil-bil letrik, tema warna putih biru merah.

Tak sabar nak raya...



Wednesday, September 1, 2010

Gua pun type kat status Cupin

"Kah Kah Kah! Babi Paiseh!" Gelak Cupin depan laptop Chezzo.

Gua yang kurius datang ke tempat Cupin sambil menggaru-garu ketiak yang baru dicukur licin. "Apsal bro?"

"Paiseh ni... Celaka. Hijack FB aku. Tulis status NAK PERGI KERJA KAT JALAN HAJI TAIB. Macam haram... Kah Kah Kah..." jawab cupin yang cuma berlenggeng dengan towel yang longgar menutupi punggungnya yang sekeping.

Tiba-tiba dia berlari ke bawah. Laptop kosong tanpa pengguna. Gaya kalut macam lupa bayar fitrah.

"Bro, gua pakai laptop jap!" Gua menjerit.

"Ok!" jawab si cupin dari bawah.





Hurm.... FB tak log out.


Gua pun type kat status Cupin.

NAK PERGI BERAK LA.....

Monday, August 30, 2010

Absorber sport

Angin malam yang bertiup sepoi-sepoi bahasa Peranchis membawa kedinginan pendingin hawa 4 kuasa kuda. Gua yang sedang berdiri di jendela sebuah pondok usang menggigil kesejukan.

Tapak tangan gua gosok-gosokkan pada lengan menghasilkan haba untuk mengurangkan kesejukan. Selain haba, gosokan tadi juga menanggalkan daki-daki lama, maka jatuh berguguranlah daki-daki itu di birai jendela.

Gua memerhatikan kereta gua yang baru diservis, terbiar di bawah garaj kayu yang hampir roboh. Anak tupai pokok sebelah ralit memerhatikan zink garaj yang sekali-sekala terkelepet di tiup hembusan angin malam.

Syyyyyyuuuuuh…. Angin malam bertiup mengeluarkan bunyi ala-ala seram.

Gua termenung. Baru tadi gua bertekak dengan tauke bengkel pasal kos servis kereta. Mana tidaknya, gua cuma suruh tukar minyak engine, air filter, dan perfume kereta. Ye lah.. Nak raya.

Yang dia dok bantai pasang absorber sport.

“Ni ape ni tauke? Bila masa saya suh pasang absorber sport ni? Kaler oren lagi tu, lu ingat keta gua Bugati Veyron Super Sport ke hape? Kalu macam tu radiator kasi pasang lagi tiga la..” Gua membebel. Tangan gua cekak ke pinggang. Satu jari gua kasi garu-garu, sebab pinggang gua kena gigit nyamuk sehari yang lepas.

“Soli la boss. Lu suluh bikin kasi cun, gua kasi la ini absorber. Takpa, kalu lu tatak suka. Gua kasi cabut balik la. Jangan malah-malah ar boss. Itu Tuhan tatak suka olang malah-malah ma..” Tauke itu bersuara.

“Haa… Cabut2. Ko ni tauke, gua ni Cuma nak balik kampong beraya. Bukan nak test keta kat litar Volkswagen. Lepas cabut absorber tu.. Bape sume?”

“Kile cincai… RM1,500 la boss… Gua kasi lu perfume gantung2 black ice punya flava ok tak boss? Ini perfume selupa punya itu Pimp my Ride punya” Tauke itu menokok tambah.



Hurm… Servis keta BMW X6 memang harga macam tu. Eh… Badan gua goyang-goyang. Eh… Goyang-goyang…



“Mel… Bangung. Kul 7 dah….”
Paiseh.





Wednesday, August 25, 2010

Kenapa adik-adik sanggup disuruh kerja sampai lewat malam?

Gua rasa ramai je antara kita yang pernah kena approach ngan adik-adik yang mintak derma, claim dari sekolah anak-anak yatim.

Jual kalender, jual bum untuk sapu kalau sengal-sengal lutut. Minimum sumbangan RM10. Kadang-kadang adik-adik ni bertebaran di tengah-tengah ibukota sampai lewat malam.

  • Kenapa adik-adik sanggup disuruh kerja sampai lewat malam? Mereka ni dibayar gaji ke? SOCSO? KWSP?
  • Bukankah malam adalah waktu untuk adik-adik ni mengulangkaji pelajaran? Paling-paling pun pukul 10.30 adik-adik ni perlu berehat depan Astro untuk menonton rancangan sukan seperti Kejohanan Badminton Dunia atau gusti WWE.
  • Adakah adik-adik ini digunakan untuk menjana keuntungan sesetengah pihak? Kalu satu kalender RM10, boleh mendatangkan keuntungan besar. Tapi uniform adik-adik ni tidak pernah pulak diupgrade ke kain sifon Paris.
  • Adakah sekolah mereka tidak mendapat saluran daripada pihak kerajaan atau badan-badan swasta yang hakikatnya sangat pemurah? Dana berjuta-juta ringgit dah diluluskan. Mana perginya?
  • Bukankah tugas untuk mencari sumbangan terletak pada bahu guru-guru atau kakitangan sekolah mereka yang bergaji dan berKWSP? Kalu perlu turun naik kementerian ke, pejabat-pejabat ke, naik lah.
  • Adakah ini satu rejim MLM baru?


Apa pun jugak persoalannya, gua tetap berpendapat adik-adik ini perlu mengulangkaji pelajaran di asrama, bukan bekerja. Masyarakat kita adalah masyarakat yang pemurah. Tapi kita juga tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan.


Sunday, August 22, 2010

"Yang ni tudung baru dik."

Gua pernah dengar nama Bawal 1, Bawal 2, Bawal 3, Bawal 4, Bawal Hitam, Bawal Goreng Kunyit, Bawal Goreng Tepung Kentaki.

Tapi tudung ni 1st time gua dengar....



"Yang ni tudung baru dik. Tudung 1 MALAYSIA..." Akak peniaga bumiputera Danau Kota berkata sambil membentangkan tudung rekaan terbaru.



Zaman Pak Lah dulu tak sempat nak cipta Fenomena Tudung Cemerlang Gemilang Terbilang.


Thursday, August 19, 2010

"Kesian sama anak saya encik. Batuk tak berhenti-henti"

Hujan turun renyai-renyai di perkarangan KL Sentral. Gua yang berjalan seiringan dengan awek gua sekali sekala mengelak tompokan hujan yang pelbagai bentuk. Ade bentuk bulat, bujur, segi tiga sama sisi. Bentuk tahi kucing pun ada.

Kami dihampiri seorang wanita berbangsa India dan anaknya yang berumur 12 tahun (gua syak la).

"Encik, tolong encik. Anak saya sakit asma, mau beli ubat mahal encik."

Uhuk.. Uhuk... Dan dan anak dia batuk.

"Kesian sama anak saya encik. Batuk tak berhenti-henti"

Uhuk.. Uhuk... Dan dan anak dia batuk lagi.

Gua serba salah. Antara perasaan menyampah dengan suara batuk itu dan simpati. Gua hulur sekeping not...

Wanita tadi sempat menjenguk apa yang ada dalam wallet gua.

"Encik, lagi sepuluh ringgit la encik..." Wanita itu bersuara lagi.

"Tolong la abang.. lagi sepuluh ringgit. Uhuk... Uhuk..." Anak dia bersuara.





Mak ai.....




Gua dah malas nak layan.

"Tolong la encik!! Uhuk!!" Ibu dan anak bersuara serentak.

Gua terus ke kereta dan akhirnya mereka berlalu.





Sebelum masuk kereta, gua usha ke arah mereka berdua. Anak dia dah tak batuk. Siap main lari-lari pijak tompok hujan.

Hurm.... Gaya sihat dan happy macam nak gi beli aiskrim Haagen-Dazs.

Monday, August 16, 2010

Terkenang pengalaman ramadhan zaman muda-muda dulu.

Gedek... Gedek... Gedek... (Bunyi train LRT Bumi Putra Rockers menyusur landasan besi yang melintang dari Gombak ke Kelana Jaya)

Gua yang berdiri tegak di tengah-tengah gerabak LRT dah mula terhuyung-hayang membalancekan badan. Mata sudah ngantuk, badan pun sudah letih. Bulan puasa la katakan.


Lain betul rutin hidup gua sekarang. Gua terkenang pengalaman ramadhan zaman muda-muda dulu.

1. Gua pernah terlupa berbuka puasa sebab gua sedang sibuk vouching document dalam stor file klien. Makanan pun gua tak sempat beli.

2. Gua pernah tidak tido 3 hari demi menyiapkan kerja sebelum cuti hari raya (tidak mandi dan tidak tukar baju). Akhirnya cuti gua terpaksa kasi burn satu hari.

3. Gua dulu rajin hadir program berbuka puasa di masjid memandangkan gua tidak ade gelfren untuk berbuka puasa bersama. Mase tu Prosper single lagi. Skang dah nak jadi bapak dah.

4. Gua pernah tido tepi jalan sebelum masuk waktu berbuka sebab jalan KL terlalu jam dan gua sangat mengantuk sebab terlalu tak cukup tido. Gua celik-celik je jalan dah clear nauzubillah.

5. Gua pernah sms awek gua pukul 6.30 petang setiap hari wish dia selamat berbuka puasa Sekarang buka puasa bersama-sama. =)




Cepat betul masa berlalu. Gua dah tua.

Tuesday, August 10, 2010

“Cukup tak macam ni kak?”

Gua menunggu dengan penuh sopan di bangku panjang sebuah pusat kesihatan. Sekali-sekala kaki dihayun-hayunkan ke depan dan kebelakang sementara menanti nama gua dipanggil.

“Amat Samel!” Tiba-tiba name gua dipanggil secara manual. (Kalau nama gua Raja Chulan, pasti diorang announce nama gua pakai suara Maya Karin).

Gua angkat tangan tinggi-tinggi agar akak ketua jururawat itu nampak gua. “Saya…” Jawab gua yakin.

“Ni untuk urine test..” kata akak ketua jururawat sambil menghulurkan cawan kertas. “Bagi sampel sampai sini tau.” Sambung akak itu sambil menconteng garis sebagai penanda aras.


“Mak ai… Banyak nye kak. Saya baru kencing tadi kak. Saya rasa tak bo…”

“Boleh… Awak cuba dulu.”


Mak ai… ¾ daripada cup??? Gua dah hilang konfiden. Baru tadi gua bazirkan urine gua begitu sahaja ke dalam mangkuk jamban. Kini gua terpaksa berusaha keras untuk memastikan yang sukatan air kencing dalam badan gua adalah pada tahap yang majikan gua mahukan.





Gua cuba.




“Kak…” Gua memanggil akak ketua jururawat sambil menghulurkan cawan kertas yang tidak lagi kosong.


“Letak kat situ ye. Duduk dulu, nanti akak panggil.”


“Cukup tak macam ni kak?” Gua berdebar….


“Cukup…” Balas akak ketua jururawat.


Baru gua tau, antara syarat lulus ujian saringan kesihatan adalah…. MAMPU KENCING MENGIKUT SUKATAN YANG DIARAHKAN PADA BILA-BILA MASA.






p/s: Selamat menyambut ramadhan al-mubarak ye.


Thursday, August 5, 2010

“Laa… Apasal panas..."

Gua beratur dekat depan mesin tekan-tekan kuar Nescafe cawan. Depan gua ade seorang mamat India. Depan mamat India tu ade sorang akak pakai tudung sedang berfikir nak minum air ape. Sekejap jarinya mahu menekan button itu, sekejap jarinya mahu menekan button ini. Setiap menu minuman dibaca sekali lagi, dari kanan ke kiri.

Gua tunggu… Kami tunggu…

Belakang gua dah ade seorang mamat Melayu.

Gua tunggu… Kami tunggu…

Akak pakai tudung masih berfikir nak minum air ape.

Gua tunggu… Kami tunggu…

Akhirnya akak pakai tudung itu menekan button Nescafe Hot. Lantas sebijik cawan kertas keluar dari mesin, diikuti dengan pancutan air panas dan pati Nescafe ke dalam cawan kertas tersebut. Dua bahan utama itu bercampur secara semula jadi. Maka terhasillah Nescafe Panas yang kelihatan sangat sedap dengan buih-buih kecil di atasnya.

Setelah selesai, akak pakai tudung itu pun mengambil Nescafe Hotnya dari dalam mesin tersebut.

“Laa… Apasal panas. Orang nak Nescafe sejuk…” Akak itu berkata pada Nescafe Hotnya.



Pulak….



Tuesday, August 3, 2010

Tak banyak yang berubah

Mak ai..... padat betul LRT Putra. Macam sardin. Selagi boleh himpit, selagi itu jugalah nak dihimpit. Masing-masing tidak mahu lewat ke tempat kerja, termasuklah gua.

Tidak banyak suara yang berbual, yang jelas kedengaran hanyalah bunyi sport rim 78 inchi LRT bergesel dengan landasan. Sesekali suara komputer perempuan kedengaran mengumumkan stesen berikutnya. Macam suara Maya Karin pun ade.

Gua yang dapat berdiri menghadap cermin tingkap tidak habis-habis berposing. Kejap betulkan tali leher, kejap betulkan kepala tali pinggang, stokin pun gua rasa nak betulkan. Parking spender gua adjust nanti, tak kan nak adjust kat dalam LRT lak.

Hurm.... Dah segak. Gua tenung lagi diri gua depan cermin. Tak banyak yang berubah, kecuali pipi yang semakin tembam dan susuk perut yang semakin mantap.

Perasaan ni sama macam zaman gua praktikal sekitar tahun 2006 dulu. Sekarang dah pertengahan 2010. Gua dah semakin tidak fresh grad... Semakin tua. Masa berlalu terlalu pantas.







"Stesen berikutnya, MASJID JAMEK..."

Gua bersiap nak turun. Hari pertama kerja. Berdebar? Tak lah... Gua steady je walau pun dah terlewat 5 minit.

Friday, July 30, 2010

Officially no longer MASian

3 May 2010....

Gua melaporkan diri pada hari pertama di Malaysia Airlines. Gua masih ingat akak Human Resource yang mencari gua sampai calling-calling sebab gua lambat. Padahal gua tengah selamber melepak kat kedai kopi dengan member gua.

"Ladies and gentleman, welcome to Malaysia Airlines!" Ucap seorang eksekutif Human Resource dengan wajah ceria.






3 bulan berlalu.








"Kenapa En Shamil nak tinggalkan kami? En Shamil tak suka kami ke?" Suka sangat.

"Mel... Ape ni? Baru nak plan tour de Euro..." Next time bang.

"Im not sure if you will regret leaving us. But honestly, i really regret to hear you leaving us. Its not easy to find someone who can understand the whole process in 3 months when others need atleast 2 years to understand the whole thing. Please drop by if you have the chance and don't forget us ok?" I promise. By the way, gua bukan faham sangat pun. Gebang je. Hehe...

"If you want to join us back, just give me a call." Okey. =)




29 July 2010...

Notis sebulan perletakan jawatan gua sudah berakhir. Im officially no longer MASian.

Thanks to all the great people in Malaysia Airlines! Yup, im not sure if i will regret leaving you guys. Where else in this whole world in can find nice people like you guys. I nearly drop my tears when i was delivering the farewell speech last Thursday. I decided to stop (the speech), coz i don't want people to see the weakest point of me.

Halalkan makan minum saya ya. Mintak maaf kalau ada salah silap sepanjang 3 bulan saya di sana.

I wish the very best for Malaysia Airlines in the futures. I will drop by... I promise.



Wednesday, July 28, 2010

Tiada syahadah

2008...


Prang!!!!

Kelam kabut suasana dapur. Kelihatan susuk tubuh Averous berbaju pejabat sedang terkial2 menahan baldi ke dinding di tepi singki dapur. Tiba-tiba Prosper pulang.


"Prosper!!!! Tolong gua!!!"
Jerit Averous dengan tangga suara Nahwan.

Prosper yang baru sampai sambil menjinjing bungkusan nasi lemak fulamak terkejut dengan jeritan itu. "Apsal Averous???" Prosper pula yang nampak cemas.

"Tolong aku cepat. Tikus kat belakang baldi ni. Cepat!!! Nanti dia lari!!!"
Averous sudah hampir tewas dengan kudrat makhluk kecil itu.

Melihatkan keadaan Averous yang kian tewas, Prosper pantas berlari memberi bantuan.

"Aku datang!!!!! Hiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagh!!!!!"





Praaaaaaaaaaaaaaak!







Maka berakhirlah hikayat seekor tikus dengan kecederaan organ dalaman peringkat ketiga. Tiada syahadah~~~~



Tuesday, July 27, 2010

"Woi! Bile aku cakap, mata tu pandang aku! "

"Berapa kalu aku cakap! Apasal ko degil! Bila aku bagi nasihat tu, masukkan dalam otak! Bodoh!"

"Ko ingat semua benda senang?!!! Hish! Menyusahkan orang!!!"

"Woi! Bile aku cakap, mata tu pandang aku! Aku pantang betul kalu aku tengah marah bagi nasihat, orang pandang tempat lain!!!"







Gua geleng kepala. Apehal lah ganas benor si Ude ni nak mengajar kucing.



"Aku dah kata, kalu nak berak, berak dalam jamban!!!!!" Ude masih marah.

Monday, July 26, 2010

Tapi dah macam Hanis Zalikha gua tengok.


Kepala serabut adalah Art..



Ingat nak tiru Sahril Conteng... Tapi dah macam Hanis Zalikha gua tengok.


Sunday, July 25, 2010

Waalaikummussa.... Erk....

Tok Tok Tok! "Assalamualaikum.... Ade orang tak?" Jerit suara seorang gadis dari luar.




"Waalaikummussa.... Erk.... Ade!!!! Jap!!!!" Gua sambut.




Scene ni dalam jamban. Cleaner bagi salam sebab dia nak basuh jamban.
Bagi salam tu....

Wednesday, July 21, 2010

Nama saya Kitty


Nama saya Kitty...

Bulu saya warna oren.
Umur saya muda lagi.
Mula-mula abang SameL tak suka saya.
Abang Paiseh, Abang Chezzo, Abang Cupin dan Abang Ude suka saya.
Tapi abang SameL tetap tak suka saya.
Abang SameL memang tak suka kucing. Ye.. saya seekor kucing.

Tapi saya comel sangat.
Lama-lama abang SameL suka saya.
Dia selalu teman saya berak dekat luar rumah.
Dia selalu teman saya makan.
Dia selalu sayang saya.

Tapi hari ni abang SameL balik lambat.
Dia teman gelpren dia buka puasa.
Saya tak tahan....
Saya berak dekat dalam rumah.
Satu taik dekat sebelah tv.
Satu taik dekat belakang tv.

Abang SameL dan Abang Paiseh marah.
Mereka cuci taik saya.

Lepas itu sakit perut saya datang lagi.
Saya berak lagi.

Abang SameL dan Abang Paiseh bertambah marah.
Saya kena denda tidur luar rumah.
Ade ke patut?

Sunday, July 18, 2010

"Saya mintak maaf banyak-banyak sebab menyusahkan awak semua.

Gua baru pulang dari kerja. Baju pejabat masih lengkap dengan tali leher yang dipakai longgar. Langkah gua longlai menuju ke pintu rumah, letih. Pintu rumah tidak rapat. Siapa yang balik awal ni.. Dong! Gua tendang pintu guna kaki kanan.

"Awak baru balik?"

Fuck! Aristocrate ade kat rumah!

"Haah.. bile lu sampai?" Gua bersuara. Nada malas dan sombong.

"Baru sekejap tadi. Nak kemas barang.." Aristocrate membalas dengan senyuman. Gigi putih berseri-seri macam mangkuk jamban baru lepas cuci.

"Berani pulak lu masuk rumah ni. Lu korek pintu pakai kad eh?"

Aristocrate tidak menjawab. Sekadar tersenyum, penuh misteri.

"Awak dari Subang jam bera...."

"Duit gua bile nak bayar? Duit Chezzo lagi, lu dah setel ke belum? Lu jangan nak buat-buat tak bersalah." Gua potong cakap Aristocrate. Tiba-tiba rasa amarah membuak-buak dalam dada dek rasa selamba badak mamat seekor ni.

Aristocrate tidak bersuara. Terdiam... Tetapi masih kelihatan sifat karisma taik kucingnya yang menjadi kegilaan datin-datin facebook.

"Saya mintak maaf banyak-banyak sebab menyusahkan awak semua. Saya sedar saya silap. Saya rasa rendah diri sangat."

"Bro... Lu nak main ceramah ke hape ni? Air liur lu tak laku la. Apasal call gua lu tak jawab. SMS Chezzo lu tak reply. Hidup nak bergaya korporat, ayat nak berjurai macam hujan lebat. " Suara gua dah tinggi, gua dah berdiri. Tangan gua dah genggam rapat. Aristocrate masih lagi tinggi. Gua peduli apa.

"Saya bukan sengaja tak jawab SMS. Mase tu saya sibuk kat sempa...."

Pang! Pelempang gua hinggap kat muka dia. Muka dia terpaling. Tangan gua rasa pedas, tapi gua rase pelempang gua cukup padu. Tak sempat dia toleh kembali kaki gua hinggap kat perut! Bedebuk! Dia tersungkur...

Gua tak tau bila batang besi tajam boleh ade kat tangan gua. Dan...

.

.

.

.

Badan Aristocrate yang lemah terperusuk dalam gobok kasut. Darah mengalir.... Gua puas.





Kriiiiiiiiiiiiiiiiiiiingggggg!
Tap.....


Jam loceng Paiseh menjerit. Mata gua terkebil-kebil. Gila apa mimpi lagu gini. Tak muslimin langsung.

Thursday, July 15, 2010

"Boleh tolong tak bang?"

Cuaca panas di tengah ibukota. Gua melepak seorang diri di kedai mamak berhadapan Bank Muamalat sedang asyik menyedut milo ais. Koko sejuk mengalir dari kerongkong ke usus.

Tiba-tiba gua dihampiri seorang lelaki melayu. Berbaju hitam lusuh, jeans, selipar. Orangnya kurus, kulit agak gelap.

"Bang...."

Gua dah seriau. Area ni bukan kawasan putih. Segala port jenayah ibukota ada di sini.

"Boleh tolong tak bang?"

Gua terdiam. Gua usha... Muka steady, tapi hati tetap berdebar.

"Pinjam telepon jap bang. Nak call kawan sekejap. No 017....."

Erk... "Boleh... Berapa no tadi?" Gua memberanikan diri untuk bersikap positif.

"017-7........"

Gua dail dan terus memberikan telepon kepada mamat tu. Baik??? Tangan gua dah siap siaga nak rentap leher dia kalau dia wat bende pelik-pelik. Kaki gua dah mula pasang kuda-kuda kalau dia berani lari, gua nak sepak dia bagi tersungkur.

Abang tu menunggu respon suara dalam telepon.

"Mano demo? Tadi kawe gi amik air smaye. tubik2 demo takdok. Kakre tunggu kak tempat bare takdi. minum smetar. ni nombor abe sore ni. nasib baik dio ado. pinje telepon dio smetar."

Telepon gua dikembalikan.

"Terima kasih bang. Tadi handphone saya habih kredik. Ambik duit ni bang..." Kata abang tu sambil menghulurkan RM2 ringgit.

"Eh, takpe la bang. Hari ni saya tolong abang, mudah-mudahan esok lusa orang tolong saya." Gua.




Lepas 10 minit.




Gua nak bayar milo ais gua.

"Dah bayar bang.. Abang yang borak ngan abang tadi bayarkan." Cashier.


Moral: Jangan sangka orang takde rupa dan takde credit tak mampu belanja lu milo ais.


Wednesday, July 14, 2010

Suruh awek gua cakap gua hensem

Susah jugak nak suruh awek gua cakap gua hensem...





Ape trick gua nak wat eh..
.

Monday, July 12, 2010

Mujur blog sendiri. Kalu luna mayat? cut taro? ariel di bumbung pak kassim?

Setiap hari gua menghantar email ke seluruh benua. Kadang-kadang terpaksa buat panggilan. Biasalah kerja. Gua perlu berbincang dengan station dari seluruh dunia untuk menyelesaikan masalah berhubung kesilapan cara operasi mereka dan kesan-kesannya pada figure revenue at group level.

Kadang-kadang masalah tu kita tak reti nak type panjang-panjang. So, kita bagi printscreen je la.

Kadang-kadang printscreen pun bagi masalah juga. Habis segala yang ada kat screen kita kasi "print".









Mujur blog sendiri. Kalu luna mayat? cut taro? ariel di bumbung pak kassim?

Sunday, July 11, 2010

Abah amik Amil, abah azan...

"Shamil la paling yang susah... Masa tu malam raya. Atuk Nab punya lah gtau Mak jgn beranak malam raya. Tapi malam tu jugak perut nak sakit.

Mase sakit perut tu Mak tak larat dah nak naik katil. Kena papah. Tilam semua dah letak kat bawah, memang kaki ni dah tak larat nak naik katil. Nenek (moyang) yang betul-betul tolong siapkan semua sementara tunggu bidan sampai. Kelam kabut suasana...

Abah sentiasa ada di sisi.

Sakit... Dengan kat luar bunyi mercun, orang seronok nak raya. Jiran lain sibuk memasak ketupat, lauk raya kat dapur. Tapi rumah Atuk mase tu semua suspen. Dapur pun tinggal, ape jadi ngan lauk raya pun tak tau, Mak tak ingat.

Beranak ni sakit...

Tapi sakit tak lame. Bile dah selesai tu, memang lemah seluruh badan. Rasa hilang segala tenaga... Dari pinggang ke bawah, macam tak bernyawa. Tapi bila tengok Amil mase tu, hilang sakit Mak tadi. Comel budaknye.

Abah amik Amil, abah azan... Kami tengok jam, 10.45 malam, 11 July bersamaan 1 Syawal"





Gua dah tua dah sekarang. Terima kasih mak lahirkan Amil.

Thursday, July 8, 2010

Kambing oh kambing.

Jumaat adalah penghulu segala hari. Gua pulak fikir nasi beriyani gam kambing Shah Alam setiap Jumaat.

Gua rasa nasi beriyani gam kambing adalah penghulu segala makanan.




Kambing oh kambing.


Gambar ciplak memang untuk sekadar hiasan

Wednesday, July 7, 2010

Manggis, Ciku, Durian, Jambu batu.. Mungkin jugak.

Bayangkan kalau orang Melayu adalah orang yang mencipta Windows. Perisian komputer kita mesti berbahasa Melayu. Dan kalau perisian itu kita bagi nama Tingkap, mesti orang kampung akan gelak. Habis tu nak bagi nama ape? Dapur basah? Stor belakang?

Ataupun orang Melayu adalah orang pertama yang mencipta Apple. Tentu nama dia bukan Apple. Manggis, Ciku, Durian, Jambu batu.. Mungkin jugak.

"Adakah anda ingin menyimpan sebarang perubahan yang anda buat pada Buku1?"
(Gua baru je terclick "No" bila mesej ni keluar tadi. Gelojoh.. Habis kerja tak save.)



Tuesday, July 6, 2010

"Eh, tak kawen lagi ke ko?"

Baru selesai sesi temuduga di sebuah bank di ibu kota (asyik temuduga je...). Gua yang suka lapar di petang hari memandu ke gerai akak nasi lemak fullamak (cara tak nama gerai dia?).

Sampai di depan gerai... Gua parkingkan si dugong di depan peti pos laju. Sebaik keluar dari kereta, gua mengangkat tangan ke akak gerai nasi lemak fullamak.

Sampai di gerai... Empat jenis kueh pelbagai warna gua pilih, gua isi atas piring plastic warna biru.

"Lame betul tak nampak.. Ko dari mane ni dik? Awal balik hari ni?" Akak gerai nasi lemak fullamak menyapa.

"Temuduga kak.." Mulut gua sibuk mengunyah kueh karipap panas.

"Eh, tak kawen lagi ke ko?" Akak tu bertanya, tangan sibuk menggoreng getok ubi.

"Belum... Ape kena mengena ngan kawen pulak. Saya pergi temuduga la kak." Selesai menjawab gua menyedut kopi o ais.. Sluuuuurp....

"Ohh.. Akak dengar Temujodoh tadi..."



Puuuuuuurrrggh........


Gua tersembur.

Sunday, July 4, 2010

Tamat hari minggu...

Bangun lambat. Meeting formasi kenduri dengan Pitos, Astec dan Ahn. Berbalah... Berpecah.. Sarapan bersama Dekontraksi dan Koi Cupin sampai zuhur. Topic sembang Asun tunang, kawen, awek, sportrim, keje, adibtocrate, shenzen, starbuck, astro. Adik gua call kate keta dia rosak. Repair dari zuhur sampai maghrib. Malam tengok Argentina kena belasah ngan Nazi ramai-ramai kat Al-malik Danau Kota sampai embun keluar.



Tamat hari Sabtu.



Bangun lambat. Sarapan bersama Pampas Triplet sampai zuhur. Topic perbincangan awek, tunang, perkahwinan pada kaca mata islam, pengertian nafkah zahir dan batin dalam islam, hubungan besan dan besan, mertua dan menantu, business tshirt worcup, vendor minyak dan gas, business tayar kapal terbang. Sambung borak di rumah sampai asar. Topic perbualan Ramunia tinggal nama, ketinggian ilmu dato harun din, mimpi sebagai selipar nabi, kerajaan langit ayah Pin. Malam makan nasi goreng udang jejantas.



Tamat hari Ahad.


Hari ni isnin.... Kena keje.

Tuesday, June 29, 2010

Don't steal!

Hari sudah gelap. Sesekali gua melihat jam di tangan, lagi 3 minit untuk masuk waktu maghrib. Bilal pun sudah mula ketuk-ketuk microphone, mungkin nak test kebekersanannya.

Gua dari tadi mundar-mandir mengelilingi lopak air di sebelah kereta gua yang diletakkan dekat depan pasaraya Big 5, satu minit perjalanan dari Masjid. Terdetik jugak rasa hati nak duduk je dalam masjid, niat i'tikaf, dapat juga pahala percuma. Tapi mungkin bukan nature gua duduk diam-diam, gua lagi gemar mundar-mandir macam ni.

Tiba-tiba tekak rasa haus. Beli air sekejaplah kat Big 5. Sebagai lelaki yang mementingkan aspek kesihatan dalaman, gua memilih vitagen warna putih sebagai halwa tekak.

Tiba-tiba.....


"Sir, can i have one ringgit sir..." Seorang lelaki India beragama hindu menghampiri. Oh... Gua pernah jumpe uncle ni. Dah pernah wat entry pasal dia pun dulu.

"Cigarette?"

"No sir, seringgit..."

Ohh.. Gua keluarkan wallet, gua keluarkan sekeping duit biru. Gua check dulu untuk pastikan duit itu betul-betul seringgit, bukan seribu. Gua bagi sambil tersenyum.

"Thank you sir..." Uncle tadi membalas selepas menyambut seringgit yang gua hulur tadi. Dia tersenyum.

"I don't smoke sir. I only smoke once in a while. Once i a while only. Like once a week. Cuz i was a soldier. Not a normal soldier, i was a Commando." Uncle itu berkata.

Gua tersenyum. Tidak berapa nak percaya, tapi layan..

"Last time i killed...." Mengira dengan jari.... "I killed five people... They were communist in the jungle. I killed five..." Uncle tu sambung.

"I have been in so many places. (He named few army bases in Malaysia, but i can't remember). Now i'm old, i cannot already. I retired at quite young age.."

"When was it?" Eh, rajin pulak gua bertanya.

Mengira dengan jari.... "1978... Now i am 65."

"In our life, one thing we should remember. Don't steal... Don't steal... Don't you ever steal someone's right.

If you want something, you ask. Don't steal... Don't steal...

If you want rezki, ask from Allah Subhanahu wa Ta'ala. He is the Most Merciful.. Allah Subhanahu wa Ta'ala bless us.

"Er... Uncle, are u a Muslim...?" Gua bertanya mahukan kepastian.

"No, i am a Hindu. But i know Islam. I have so many Muslim friends. They are all good. Very good, very nice. Just like you."

One Ustaz told me, don't steal. Ask from Allah Subhanahu wa Ta'ala."




"I was a soldier sir... I was a soldier.."




"Those memories....."



And suddenly he cried...


"I'm sorry sir. " Uncle tadi bersuara. Wajah dia cuba tersenyum untuk sembunyikan kesedihan. Sambil mengesat mata, dia melangkah..

"Sir....!" Uncle tadi tiba-tiba kembali bersuara. Tangan diseluk ke poket, duit seringgit tadi dikeluarkan.

"This means a lot to me. Thank you very much. You are a good man.."

"No problem..." Gua membalas sambil tersenyum sambil melangkah ke kereta.




Sayup-sayup kedengaran suara imam membaca surah lazim. Mungkin sudah masuk rakaat kedua. Sesekali gua berdehem cuba menghilangkan sebak.