Tuesday, June 29, 2010

Don't steal!

Hari sudah gelap. Sesekali gua melihat jam di tangan, lagi 3 minit untuk masuk waktu maghrib. Bilal pun sudah mula ketuk-ketuk microphone, mungkin nak test kebekersanannya.

Gua dari tadi mundar-mandir mengelilingi lopak air di sebelah kereta gua yang diletakkan dekat depan pasaraya Big 5, satu minit perjalanan dari Masjid. Terdetik jugak rasa hati nak duduk je dalam masjid, niat i'tikaf, dapat juga pahala percuma. Tapi mungkin bukan nature gua duduk diam-diam, gua lagi gemar mundar-mandir macam ni.

Tiba-tiba tekak rasa haus. Beli air sekejaplah kat Big 5. Sebagai lelaki yang mementingkan aspek kesihatan dalaman, gua memilih vitagen warna putih sebagai halwa tekak.

Tiba-tiba.....


"Sir, can i have one ringgit sir..." Seorang lelaki India beragama hindu menghampiri. Oh... Gua pernah jumpe uncle ni. Dah pernah wat entry pasal dia pun dulu.

"Cigarette?"

"No sir, seringgit..."

Ohh.. Gua keluarkan wallet, gua keluarkan sekeping duit biru. Gua check dulu untuk pastikan duit itu betul-betul seringgit, bukan seribu. Gua bagi sambil tersenyum.

"Thank you sir..." Uncle tadi membalas selepas menyambut seringgit yang gua hulur tadi. Dia tersenyum.

"I don't smoke sir. I only smoke once in a while. Once i a while only. Like once a week. Cuz i was a soldier. Not a normal soldier, i was a Commando." Uncle itu berkata.

Gua tersenyum. Tidak berapa nak percaya, tapi layan..

"Last time i killed...." Mengira dengan jari.... "I killed five people... They were communist in the jungle. I killed five..." Uncle tu sambung.

"I have been in so many places. (He named few army bases in Malaysia, but i can't remember). Now i'm old, i cannot already. I retired at quite young age.."

"When was it?" Eh, rajin pulak gua bertanya.

Mengira dengan jari.... "1978... Now i am 65."

"In our life, one thing we should remember. Don't steal... Don't steal... Don't you ever steal someone's right.

If you want something, you ask. Don't steal... Don't steal...

If you want rezki, ask from Allah Subhanahu wa Ta'ala. He is the Most Merciful.. Allah Subhanahu wa Ta'ala bless us.

"Er... Uncle, are u a Muslim...?" Gua bertanya mahukan kepastian.

"No, i am a Hindu. But i know Islam. I have so many Muslim friends. They are all good. Very good, very nice. Just like you."

One Ustaz told me, don't steal. Ask from Allah Subhanahu wa Ta'ala."




"I was a soldier sir... I was a soldier.."




"Those memories....."



And suddenly he cried...


"I'm sorry sir. " Uncle tadi bersuara. Wajah dia cuba tersenyum untuk sembunyikan kesedihan. Sambil mengesat mata, dia melangkah..

"Sir....!" Uncle tadi tiba-tiba kembali bersuara. Tangan diseluk ke poket, duit seringgit tadi dikeluarkan.

"This means a lot to me. Thank you very much. You are a good man.."

"No problem..." Gua membalas sambil tersenyum sambil melangkah ke kereta.




Sayup-sayup kedengaran suara imam membaca surah lazim. Mungkin sudah masuk rakaat kedua. Sesekali gua berdehem cuba menghilangkan sebak.



20 comments:

Nini Jamal said...

asal entri kali ni berjaya mmbuat gua sebak..? huhu =p

Im Single said...

lu sebak? gua yang depan dia lagi la. tahan airmata kat anak tekak.

ptos said...

mana lg b'pahala?solat berjemaah ke m'infaqkan harta?

Im Single said...

saudara pitos, amal ibadat tidak boleh diukur dengan jumlah ganjaran pahala yang ditawarkan. pengiraan pahala bukanla semudah pengiran sampoa atau financial calculator.

pengetahuan tentang jumlah pahala untuk setiap ibadat hakikatnya banyak diwariskan oleh hadis-hadis yang lemah seperti yang terkandung di dalam kitab fadha'il amal. sesungguhnya allah swt adalah yang maha mengetahui berapa banyak ganjaran pahala yang layak untuk setiap hambanya.

apa yang penting adalah ibadat itu diiringi dengan rasa keikhlasan, tanpa mengharapkan balasan di dunai mahupun di akhirat.

Wassalam...

Unknown said...

wahh..ade tazkirah tambahan..gud2..

famy said...

this entry teach me something

sepet said...

gulppp!!..gua turut terkesima lps bace n3 ni

.

kay karim said...

knpe aku cam tak phm post ko nih ASF??lampi nye aku!

Im Single said...

naddy, untuk renungan bersama. =)
famy, we learnt somthin.

Im Single said...

sepet, telan air liur. haha..
kay, lu rajin sgt bace novel ahadiat akashah.

ardzmarn said...

dalam banyak2 entry blog yang gua dah pernah komen.. entry nie la satu satu nya yang gua rasakan paling panjang kalau gua nak komen..

macam macam bende berlegar legar kat kepala otak gua sekarang nie..

mau satu buku kalau gua keluarkan pendapat gua nih..

so gua tak nak komen lah ..

seseorang yang pernah berkorban untuk negara tapi tak sapa tahu malah terpinggir pula.. huh...

sebak?.. ya gua sebak..

Im Single said...

adzman, i can see a garden in your heart (dalam hati ade taman). He is one of the forgotten heroes..)

Fikri Misti said...

Mel, please pulang ke JB. Gua pun ada cite soljer yg gua nak cite.

Mudah-mudahan gua dpt murtabak kg melayu.

Amin.

Im Single said...

win, untuk sahabat gua yang paling kacak, ape salahnye. weeknd ni gua balik. sediakan pasukan kompang ye.

Fikri Misti said...

Orait, aku cuba kerahkan The Jantans raikan something utk kau.

Eh, ada bola woo! Layan kat E&Y Sahul (bukan auditor) Tmn Daya. Cabutan bertuah kaw-kaw doh.

Hrp dipertimbangkan.

Im Single said...

kalu tak silap, E&Y Sahul tu jiran aku. kalu tak silap la..

emezul said...

wah.. bagusnye uncle tuh..
kan bgus klo mu ajak die plak msok islam.. hehe

achik ezam said...

bagus kan grad2 yuaiyeay.....

espeseli ex naqib2...

ganas diluar lembut didalam....


wa suka ini entry!!!!!

Im Single said...

emezul, mudah2n hati dia terbuka.
ezam, segan2 nak mengaku UIA la tu. IIUM, org luar sure tak tau. haha.

Seri said...

memang tersentuh entri kali ni