Thursday, January 28, 2010

Gua usha...................

Gua usha........
Tgn peluk tubuh. kaki hentak2.
Gua usha........

Mamak tu korek idung... Bancuh kopi ais. Lepas tu dia bungkus.

Gua bayar.

Sampai umah....

"Nah Cupin, kopi ais lu."

Cupin bukak. Cupin minum.

Gua usha.......

Tuesday, January 26, 2010

Hak berblog...

Kini masyarakat sering memperjuangkan tentang hak.
Hak itu lah, hak ini lah.
.
Bagus.. memang bagus. Sekurang2nye masyarakat di luar sana sedar yang mereka berhak memperjuangkan hak mereka.
Hak itu lah, hak ini lah.
.
Berblog juga adalah salah satu cara masyarakat blogger memperjuangkan hak bersuara. Setelah media2 yang sedia ada tidak menyajikan masyarakat dengan informasi yang tepat dan adil (kerajaan dan pembangkang pun same je skang, sila tuding batang hidung sendiri ye).
.
Namun begitu, perlulah kita ingat bahawa hak itu dan hak ini perlulah bersempadan kadar tuntutannya. Kadar perjuangan hak itu juga perlulah berpada2. Tidak melangkaui batasan. Batasan mmg tak jelas, tapi sendiri la kena ingat.
.
Contohnye menghina Almarhum Sultan Johor. Apa motif nye pun tidak jelas. Brader, lu nak memperjuangkan kebebasan bersuara ke? Gua ade sempat baca permohonan maaf lu, tapi mase lu tgh type tu, lepas tu lu nk kelik 'publish post' tu, ape yang lu fikir ek? Fikir2 la sket. Mcm mane la lu nk mintak maaf kat sume orang, hati rakyat Johor tercalar bai.
.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak type and post boleh delete. Lu pikir senang sangat ke hidup kat dunia ni. Leh mintak ampun, delete2 post mcm tu je? Haish... Sengal...

Sunday, January 24, 2010

Nk kasi ubah segala...

Gua ngn rummate gua yang pakar bikin rambut artis wat cover magazine sedang merancang untuk mengubah rupa villa kami. Nak tukar cat, pasang langsir jurai2, tukar bau.


Rancangan kami.

- Sofa nak kasi tukar cover ngn bulu harimau.
- Meja lipat nak kasi alas ngn kaca, kaki dia nk kasi reben2.
- Dapur nk pasang kabinet, dinding nak tampal no McD delivery.
- Rak kasut mesih cantik. Mungkin tinggal tampal sticker2 hello kitty.
- Perangkap tikus nak kasi letak kat tgh hall, kasi tikus cuak.
- Peti ais nk kasi spray warna hitam mati pastu lekat sticker nissan gtr.
- Pintu depan nak letak wishing2 nye greeting. Kasi letak spelling 'baiti jannati'

- Cat dinding nak kasi warna ape ek... Nak matching kan ngn tikar kayu warna coklat ke... atau nak matching kan ngn mesin basuh kaler hijau. Hurm...

Thursday, January 21, 2010

Masak maggi pun tak sempat kembang..

Tadi gua kena jawab soalan IQ. Objectivenye adelah nak tau cmne gua handle stress. Gua masuk test dalam keadaan kool.


Tak lame, kejap je.



Gua keluar test, gua jadi manusia paling stress....

Celaka. 3 min 70 soalan. Masak maggi pun tak sempat kembang..

Tuesday, January 19, 2010

Nenek...

Orang johor panggil datuk, atuk.
Orang johor panggil nenek, atuk jugak.
Dibezakan dengan Atuk laki atau Atuk perempuan.

Orang Johor panggil moyang pmpuan, nenek.
Orang Johor panggil moyang laki, nenek jugak.
Dibezakan dengan Nenek laki atau Nenek perempuan.





Hari nenek gua meninggal. Mak kate umur nenek dah seratus tahun.
Semoga roh nenek tenang dan sentiasa dicucuri rahmat.


.





Alfatihah untuk nenek Hajah Kamariah Bte Ali

Sunday, January 17, 2010

Lawa ke? Buruk ke?

Huaaaaaaaaargh! Ngantuk... Hurm... Main tukar2 template.

Lawa ke? Buruk ke?

Wednesday, January 13, 2010

Dah pakai tudung Ariani skang

Lunch hour... Gua nak melintas jalan Yap Kwan Seng. Keta lalu lalang. Motor cilok2.

Tiba2 mate gua ternampak dua org pengemis. Dua2 buta. Hurm... Mcm kenal akak yang buta sorang tu...

Dulu penah nmpak kat Gombak.

Penah jugak gua terserempak kat Jalan Duta.

Penah jugak gua terserempak kat Pusat Bandar Damansara.

Penah jugak gua nampak kat Sunway.

Hari ni gua nampak kat Yap Kwan Seng.



"Cik... derma bantu orang buta..."


Hmm... Dah jauh akak tu jalan. Dah pakai tudung Ariani skang.

Monday, January 11, 2010

Cerita HP

Cerita HP 1
Satu fail dah hantar. Weekend gua berjalan di ikea. Syok duduk segala kerusi. Ade yang boleh jongket2, tenggelam timbul. Tilam katil pun lembut2. Kejap gua baring sane. Kejap gua baring sini... Pastu gua balik.
Sampai gombak baru gua tahu. Hp gua xde kat poket.
Cerita HP 2
Gua makan kat mamak. Waiter bangla tgk gua, gua balas salam senyum 1Melayshia. Bangla datang....
"Abg, boleh tolong tgk ini hp ka..? Call tada boleh.. Sim juga suruh masuk.."
Gua belek. Sian mamat ni kena tipu. Kulit hp sebijik Sony Aino. Lu tau name hp tu ape? SQNY ERICSSQN Idonno.
Cerita HP 3
Sambung cerita atas...
"Kak, hp saya hilang... ade tak staff store ni terjumpe hp?"
"Ade... Cuba describe hp adik?"
"Putih2.. Leh sentuh2 screen.. Jenama Sony Watdonno..."
"Lagi?"
"Erm... xde credit."
"Ok. I thnk its urs."
Wah! Jumpe balik! Syukur sate 44 cucuk...

Thursday, January 7, 2010

Gua nak bagi anugerah screen 2009 la...

Gua nak bagi anugerah screen 2009 la...

Char kuey teow terbaik: Mali's corner dekat taman bunga raya, tak jauh dari masjid.
Nasi kukus terbaek: Dekat ngn rumah gua, ape ntah name kedai dia.
Nasi goreng udang terbaek: Kedai makcik bawah jmbatan simpang masuk wangsa maju dari mrr2.
Sup tersedap: Kedai Nasi Ulam, 2 minit jalan kaki kedai nasi kukus.

Neskepe ais terbaek: Kedai abe nasi dagang sebelah 7eleven sebelum traffic lite ke taman permainan Wangsa Ceria.
Air suam termahal: Kedai mamak besar sebelah kedai mamak kecik area2 kedai nasi dagang.
Neslo terbaek: Sendiri bikin kat pantry ofis, pakai mug sape2 pun sedap.
Air semayang tersejuk: Kat opis gua, sbb kena aircond.

Pelayan terkerek: Restoran Ali Maju dekat opis gua.
Pelayan paling pemalu: Sorang mamat kat kedai Nasi Ulam. Prosper bagi dia name brother LC (lack of confident).
Pelayan paling effisien: Mamat dalam speaker drive tru McD.
Wedges tersedap: Wedges paiseh goreng... (kurang kan masin lebih sihat).


.

[keputusan mngkin bias kerana calon2 dan pemenang2 adalah dari kawasan umah gua dan opis gua sahaja. Sebarang bantahan dan cadangan akan dilayan gitu2 aje.]

Tuesday, January 5, 2010

Steady di awal pagi...

Layan teh tarik ngn roti canai kat mamak depan opis. Arini smpai awal, sbb tido kat opis. Gua makan smbil gentel2 taik mata yg tak gugur mase gua shower tadi.

Ramai orang lalu lalang. Ade yang jalan2 cari seat duduk. Ade yang makan2 bangun jalan.

Tiba2 ade sorang mamat ni... Dia terpandang gua, gua pun terpandang dia. Dia tgk baju dia, gua tgk baju gua.

Lepas tu dia cari seat jauh2 dari gua. Gua smbung hirup teh tarik.

.

Kami masing2 wat muka steady, walaupun baju kami same.

Sunday, January 3, 2010

Tak garang langsung....


Tgh dok syok melayan lagu nickelback kat hitz.fm. pergh.. suara lu mmg rock alternate delete la beb..


~this is how u remind me..... wat i realy am..~


Gua pun terimbas kembali zaman2 belajar masa dinding gua penuh poster2 ngn lirik2 bertampal sampai ke siling...


Tiba2.... keta kancil dinding lekok cilok gua dari kanan nak masuk lorong kiri. terus pancung masuk kiri.


Gua kasi brek kaw2 elak kecelakaan...


Fak! Cilanat! Haprak!


Gua kasi hon nak tunjuk gua mengamuk.


Tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin...............!


Cis, comel sgt bunyi hon gua. Tak garang langsung.

MIA membership! countdown dah takleh nk down. hahaha!


YEY! ive completed my 3 years!





.



Ok, mari cari kerja baru!