Kini masyarakat sering memperjuangkan tentang hak.
Hak itu lah, hak ini lah.
.
Bagus.. memang bagus. Sekurang2nye masyarakat di luar sana sedar yang mereka berhak memperjuangkan hak mereka.
Hak itu lah, hak ini lah.
.
Berblog juga adalah salah satu cara masyarakat blogger memperjuangkan hak bersuara. Setelah media2 yang sedia ada tidak menyajikan masyarakat dengan informasi yang tepat dan adil (kerajaan dan pembangkang pun same je skang, sila tuding batang hidung sendiri ye).
.
Namun begitu, perlulah kita ingat bahawa hak itu dan hak ini perlulah bersempadan kadar tuntutannya. Kadar perjuangan hak itu juga perlulah berpada2. Tidak melangkaui batasan. Batasan mmg tak jelas, tapi sendiri la kena ingat.
.
Contohnye menghina Almarhum Sultan Johor. Apa motif nye pun tidak jelas. Brader, lu nak memperjuangkan kebebasan bersuara ke? Gua ade sempat baca permohonan maaf lu, tapi mase lu tgh type tu, lepas tu lu nk kelik 'publish post' tu, ape yang lu fikir ek? Fikir2 la sket. Mcm mane la lu nk mintak maaf kat sume orang, hati rakyat Johor tercalar bai.
.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak type and post boleh delete. Lu pikir senang sangat ke hidup kat dunia ni. Leh mintak ampun, delete2 post mcm tu je? Haish... Sengal...
6 comments:
pancung je
Hehehhehehe
owh..sangat baku entry kali ini.
apabila terlalu bebas bersuara, kita akan menjadi semakin kurang ajar dan lupa diri. sebab kita merasakan apa yang kita suarakan adalah betul dan orang lain tiada hak untuk mempertikaikannya.
demmmm!! mcm buat karangan soklan spm plk wa ase..
ah..sahabat2 baik ku dah komen dulu..ezam ngan hanie,korang ni main lumbe2 ke ape?
empunya badan yg menghina tu sepatutnye dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesilapan dia supaya menjadi pengajaran terhadap blogger2 yg lain.tapi dengar cerita dato rais yatim berkata kerajaan tak mahu ambil ape2 tindakan tehadap AT kerana AT sudah pun memohon maaf.
so lepas ni,bloggers boleh la suka suki mengutuk dan mencaci pihak2 tertentu.bila jadi kes,minta maaf, lepas tu kes setel..wth?
adohyai..
lidah mata pena harus juga dijaga...bukan sekadar tutur kata...semua ada pandangan tersendiri...dengarlah...terimalah...dan hendaklah dikau selalu berlapang dada....
ezam, cadangan agak bernas. tapi terfikir kalu dia ade anak bini untuk ditanggung. mereka yg jadi mangsa.
hanie, damn! karangan lu tak cukup 350 patah perkataan.
mimie, kurang bijak kalu tiada tindakan langsung. hati mereka yang terguris biar mcm tu je ke? we can forgive, but we will nvr forget.
arip, rakyat johor masih berkabung...
lebih ke hak ptuih dah diorg tu~
Post a Comment