Sunday, November 20, 2011

Bengang...

Gua baru sudah baca blog Abampaiseh pasal blog dari Indonesia. Tak faham gua ngan mereka ini. Melebih-lebih mintak doa supaya Team bola diorang menang supaya majikan di Malaysia menghormati pembantu rumah di Malaysia. Lepas tu lebih-lebih cerita pasal derita rakyat dia kat Malaysia.

Wahai brader2 di Indonesia...

Dulu gua ada bibik dari Indon, 7 tahun dia bekerja dengan keluarga gua. Happy je gua tengok dia. Siap balik cuti mak gua sponsor tiket lagi. Kitorg happy je. Dah macam famili. Kami masih mengutus berita walau dah lama dia pulang semula ke kampung. Rilex je...

Dulu umah pakcik gua kena pecah ngan orang Indon. 7 orang masuk umah. Anak-anak kecik dia kena ikat dan kena ugut ngan pisau. Itu baru cerita pakcik gua. Cerita orang lain lagi..?

Dulu gua pergi Indon urusan kerja, dapat ramai kenalan baru. Kami masih berhubung, bertanya khabar. Gua appreciate diorang seperti saudara gua sendiri.

Aritu gua selamba tanya orang indon yang kerja kat kedai runcit kat sini. Gua Tanya kenapa orang-orang di Indon menghina Malaysia melebih-lebih. Dia kata jangan dipeduli orang-orang di sana, mereka tak faham kerana tidak pernah ke sini. Itu semua rencana orang-orang politik. Gua sedikit lega, tapi hati gua masih terguris.

Mungkin semua orang Indon yang gua pernah jumpa ada pemikiran yang professional dan rasional.

Kalu ikut hati gua nak tulis panjang lebar. Dulu gua ingat nak promote silaturrahim sesama rantau ini, tapi gua rasa membuang masa.


Tuesday, November 15, 2011

Medikel cekap

Gua melangkah masuk ke dalam klinik dengan wajah takut kena cucuk jarum amik darah. Kelihatan seorang doktor wanita india yang sudah sangat tua sedang sibuk menelaah rekod kesihatan patient lain.

"Good afternoon doc.." gua mula menyapa sambil duduk di kerusi bertentangan dengan beliau.

Doktor tersebut mengangkat muka. Dia memerhatikan gua.

Selang beberapa saat.... Dia masih lagi tidak lepaskan pandangan dari gua.

"Doc?" gua mula gelisah.

"Ohhh.... sorry. Why you look so familiar?"

"Erk... Am i? Er.... Do i look like your son? or your neighbour's son?" (or your dog?)

"No... No... Are you the one hosting the TV2 program? Anmum something...? Or ASTRO... Im not sure. Aren't you?"

"Err... !"

Kesian doktor ni. Susah payah dia nak wat gua kembang satu hari.

Thursday, November 10, 2011

Baby...

I still remember those days when i was still a kid...
When I had a bad dream at the middle of the night...
I ran to my dad and i said... "Abah, im scared..."
My dad will tell me everything is alright...

Now the time is ticking...
Soon i'll be a DAD...
Honestly i am scared...
But i know that everything will be alright...

Baby... I can't wait to see you...