Thursday, November 19, 2009

Nak makan leher ayam boleh?

Sorang budak kecik anak peniaga bazar di Bank Islam sedang seronok mamam nasi lauk ayam masak lemak yang telah dibubuh kicap manis kipas udang (gua agak la...)

"Mak, nak makan leher ayam boleh?" kata si anak.

"Eh, jangan nak. Nnt kalu kawen, kepala senget. Mak andam dah betul kan pun senget balik nanti." kata si emak.

.


Ish..... nasib baik la gua tak pernah makan organ kelamin ayam.....

Malu? Lu rase?

"Today i wanna go home early, i dont wanna work late la pakcik..." kata BurBird, senior merangkap senior incharge yang sudah tinggal hanya 1 seminggu hayatnye di firma perakaunan tempat gua bekerja. Dapat offer kat Singapore.

"Oh.. ok. Lets go home la. I everyday oso wanna go home early." kata gua, senior merangkap senior yang tak layak incharge untuk handle Bank yang tak berapa nak bersih ni.

Gua balik awal... tak tau nak ke mana. Gua jalan sorang2 kat Wangsa Walk Mall, shopping mall yang lantai dia tak berapa nak rata.

Untuk membuatkan gua rasa macam tgh berdating, gua window shopping sambil main sms ngn awek gua.

Type2... send. Sambil jalan.

Type2... send... Sambil naik tangga.

Type2... send. Sambil naik escalator.

Tapi gua tak naik.... Gua tersadung sambil tgn gua angkat nak bagi badan belen.
Silap escalator la....

Malu? Lu rase?

Wednesday, November 18, 2009

Paiseh abg yg prihatin

Gua baru bali keje. Dak umah tgh menonton Ekspozey Mistik (ulangan)...

"Seyh, tolong urut tengkuk aku seyh... Rasa mcm nk ter'explode' doh..."

"Banyak anging badang mu nih..."

"Tak kentut pun..."

Paiseh terus betul kan urat gua yg masuk angin.



Gua saje je pilih timing dia tgh tgk Ekspozey Mistik. Sebelum siaran Awan Dania (ulangan), gua cepat2 suh dia berenti. Takut dari urut tukar ke belai pulok.

Paiseh abg yg prihatin.

Monday, November 16, 2009

Gua selok kocek... gua tekan button.

Ting!

Gua sampai level 23. Tempat gua bersarang ngn kerja2 yg dah berdanau.
Kaki gua melangkah menghala ke pintu kaca.

Gua selok kocek... gua tekan button.

Tak bukak.

Gua pun tekan lagi.

Tak bukak jugak.

Gua pun berdiri diam2... fikir... apsal tak terbukak jugak ni?

Baru gua sedar..



.



Ape kejadah gua nak bukak pintu kaca ni pakai remote keta.

Wednesday, November 11, 2009

Korang ade idea lagi best tak?

Apa yg anda akan lakukakan sekiranya anda mengantuk di dalam Training?

.

Kelik2 tetikus seolah2 kepalanya tasbih eletronik.


Tekan2 button capslock sambil menghayati lampunye kejap hidup dan kejap mati.

Kepak2 screen laptop seolah2 bermain dengan sayap rama2.

Dial no henfon sendiri pada calculator.

Sentuh2 screen seolah2 sedang bermain air di permukaan tasik.

.

Korang ade idea lagi best tak?

Sunday, November 8, 2009

Tgk la dulu mcmne

12 orang resigned dalam masa cuma 2 minggu...


.


Akan datang? Minggu ni kompom ade lagi yg resign.
Minggu depan pun maybe ade lagi.


.


Gua?
Tgk la dulu mcmne...

Friday, November 6, 2009

Dekontrakseyh......

Maka bersabdalah Dekontraksi.....


"Gua dah penat sangat.
Gua nak rehat.
Kalu agak2 lama sangat takde entry, paham2 la tu.
Dah bungkus.
Tengok lah macamana.
Terima kasih. "


Sape la yang wat hal ngn dak umah gua sorang ni. Sampaikan makan wedges pun tak habis lately. Gua langkah jasad dia tido pun dia tak sedar.

Dia kate akan sambung. Gua tau, bukan lame mane. Alang kan berak pun tak leh tahan, ini kan pula berblog.

(jika anda tak faham post ini, anda tak tru blog believers)