Monday, September 12, 2011

Kisah benar hari raya

Berikut adalah laporan kisah lebaran tahun ini oleh sahabat gua, F.
  1. 1. F (seorang isteri) hendak melakukan ritual laundry pada hari raya ke-2. Sudah sebulan dia tidak menjengah ke bilik laundry kondominiumnya. Maklumlah, anak muda zaman sekarang yang hanya pandai melawa, baju kotor semua dihantar ke rumah ibu.

    2. Dia tiba-tiba dikejutkan dengan kelibat comel 4 ekor anak kucing yang sangat comel, secomel gula-gula kapas yang nampak kembang lagi empuk. Anak-anak kucing itu bersimpuh sopan ditepi mesin basuh. Di sisi anak-anak kucing itu adalah si ibu yang sibuk mundar-mandir seperti pakguard G4S.

    3. F tidak tahu bila si ibu itu beranak dalam bilik laundrynya. F bukanlah seorang pencinta binatang. Dia lantas memanggil suaminya untuk mengalihkan anak-anak kucing itu keluar rumah. Suami si F juga bukanlah pencinta binatang. Lalu suami si F pun mengalihkanlah keluarga kucing itu keluar rumah.

    4. Si ibu kucing sibuk mengiyau… Bising sungguh melihat anak-anaknya dipindahkan. Suami si F tidak menghiraukan, seekor demi seekor dipindahkan keluar rumah.

    5. Selesai sudah ritual memindahkan kucing itu, maka si F mula melakukan laundry. Baju-baju kotor dimasukkan, punat ditekan, seketika mesin basuh mengukur keperluan sukatan sabun basuh, lalu sabun dimasukkan, air mula mengalir, penutup mesin basuh ditutup lalu mesin dibiarkan beroperasi…

    6. Masa berlalu…

    7. Si F kembali ke bilik laundry kerana pada perkiraannya ritual pelaundryan sudah selesai. Tiba-tiba langkah dia terhenti…. Bilik laundry digenangi air…. Kenapa ni….

    8. Sekali lagi khidmat si suami diperlukan. Si suami yang baru datang juga naik hairan… Sejak bila pulak saluran bilik laundry ni tersumbat. Lalu batang penyapu diambil.

    9. Batang penyapu itu digunakan untuk menghodok-ghodok lubang saluran. Ada sesuatu yang menyekat laluan air.

    Lalu dighodok-ghodok lagi. Air mula mengalir tetapi kembali perlahan.

    Lalu dighodok-ghodok lagi… Air mula mengalir tetapi kembali perlahan.

    Ritual ghodok menghodok diulang tayang dan diulang taip. Air semakin mengering…

    10. Pada kadar kedalaman air yang boleh diagak panjang kailnya, si suami cuba mengintai apa yang ada di dalam lubang saluran. Diteliti….

    Ada bulu… Aish!

    Kepala… Aish!

    Telinga… Aish!

    Mata…. Anak kucing!!!!!

    11. Si suami melaporkan apa yang terjadi. F berkata "What the F!" lalu F pengsan...

    12. Masalah masih belum selesai… Bangkai anak kucing itu masih menyekat laluan air…

    Apa yang si suami harus lakukan?

4 comments:

ZieSakura said...

hoh? patut ke panggil rescue rangers?

cik osh said...

uwaaaa!!!! kesian anak kucing tu!!! :'(

Triple R said...

eeee...uuuuhhhh... Geli nye.... tak mau tau... tak mau tau.... sedih dowh.... Minah tu pun satu.... kenapa tak check dulu....

Im Single said...

zie - patut panggil tok imam je semayangkan kucing tu.

rosemyn - ye ye...

triple R - tu la, nnt gua stalet dia.