Thursday, October 13, 2011

Orang tau yang bapak dia hensem

Masa gua rajin buat blog dulu, perkara yang paling susah untuk gua adalah part nak cari tajuk untuk post gua. Konon-konon nak bagi title yang paling "eye-catchin" atau pun yang ada "attention getter". Akhirnya gua pakai je mana-mana ayat dalam post gua yang paling "mind-blowing". Kononnya la...

Tapi, masalah cari tajuk untuk post tu sudah tidak merumitkan memandangkan gua pun jarang wat entry.

Yang gua tengah pening sekarang ni adalah nak mencari nama anak. Yang ini tak boleh sesuka hati nak bagi nama yang "mind-blowing". Atau pun yang "eye-catchin". Ataupun yang "attention getter".

"You cari la nama yang lembut disebut, sedap maksud sayang.." kata isteri gua.

Sebenarnya... Gua tengah nak cari nama yang sekali sebut je.... orang tau yang bapak dia hensem...



Payah.....



11 comments:

Mimie.Candy Cane said...

aku ada cadangan..

ABDUL HENSEM

Zie said...

hahah..


nama "papa saya handsome"..
sekali harung semua org akan ingat nama dia..haha

Im Single said...

mimie - nnt cikgu tadika dia bace kena gelak pulak.

zie - nnt gua buat tshirt bunyik tu. cara gak..

rosemyn said...

lu tgk ahmad albab tak? p.ramlee tu kan ala2 manis muka dia. tp kalau lu nak tukar sikit ada kasi bunyi melayu lu letak je la ahmad pintu. abih cite..

Kamil Rafi said...

letak je "Brad Pitt Junior" atau "Ahmad Maher Zain"

fika79 said...

ala mil..tak payahla,nama bapak syamil dah show hensem dah..wahaha(mentang2 nama anak akak syamil kan:P)

Im Single said...

rosemyn - tak boleh doh... nnt tiap kali gua panggil anak sendiri, gua yang gelak.

kamil - tul gak, buh je junior kan. gua akan consider.

fika - haha.. kem salam syamil jnr ye! bile nak blik msia?

F A R Y N said...

ko letak je KACAK...
ekekekeke

Im Single said...

faryn - nama KACAK member gua dah pattern.

shera said...

tahniah shamil! :)

Fikri: Kacaknya! said...

Kau letak nama Fathi Zaki pun okay.
Fathi Zaki Bin Samel. Comel gak.