Sunday, July 11, 2010

Abah amik Amil, abah azan...

"Shamil la paling yang susah... Masa tu malam raya. Atuk Nab punya lah gtau Mak jgn beranak malam raya. Tapi malam tu jugak perut nak sakit.

Mase sakit perut tu Mak tak larat dah nak naik katil. Kena papah. Tilam semua dah letak kat bawah, memang kaki ni dah tak larat nak naik katil. Nenek (moyang) yang betul-betul tolong siapkan semua sementara tunggu bidan sampai. Kelam kabut suasana...

Abah sentiasa ada di sisi.

Sakit... Dengan kat luar bunyi mercun, orang seronok nak raya. Jiran lain sibuk memasak ketupat, lauk raya kat dapur. Tapi rumah Atuk mase tu semua suspen. Dapur pun tinggal, ape jadi ngan lauk raya pun tak tau, Mak tak ingat.

Beranak ni sakit...

Tapi sakit tak lame. Bile dah selesai tu, memang lemah seluruh badan. Rasa hilang segala tenaga... Dari pinggang ke bawah, macam tak bernyawa. Tapi bila tengok Amil mase tu, hilang sakit Mak tadi. Comel budaknye.

Abah amik Amil, abah azan... Kami tengok jam, 10.45 malam, 11 July bersamaan 1 Syawal"





Gua dah tua dah sekarang. Terima kasih mak lahirkan Amil.

15 comments:

ayamloveduck said...

happy b'lated birthday :) may Allah bless you

Im Single said...

Thanks ayam. say hi to itik. haha...

ezam said...

selamat hari berumur!!!

semoga panjang umur diberkati Allah murah rejeki dan kawen cepat2.

geng cancerian.

yehhaaaa!

rosemyn said...

happy bday..!! semoga sentiasa dirahmati Allah dunia dan akhirat...

Im Single said...

ezam, lu cancer gak ke? haha.. thx bri.
rosemyn, thanks! =)

-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- said...

happy birthday untuk lu..

gua ingat cerita nostalgia aper tadi.. hehehe..

Im Single said...

ni kire nostalgia la ni. haha.. thanks bro.

fika79 said...

syahdunya.harap amil junior tulis camnih gak..huhu

Im Single said...

Kak Nat, syamil junior akan jadi anak yang baik dan sayang mak dia smpai akhir hayat. Insyaallah... Tapi dia akan wat blog bahasa jerman. Anak2 Klose ngn Muller je haha...

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

komen pasal komen ezam dulu...bukan lu da kawin ke? nak suruh temuduga yang kedua gak ke?




owh...dah tua rupanya.semoga semakin tua, semakin berfaedah pada diri, keluarga, agama, bangsa dan negara..wah~

F A R Y N said...

tiup lilin..tiup lilin...hahahaa

Im Single said...

naddy.. amin!
faryn, fuh fuh fuh... (3 tahun)

Triple R said...

Terharu aku baca.... terasa nak menitis air mata.... nanti aku bagitau mak ko ye? mak ko dah jadi work colleague aku....

Im Single said...

tripple R? siapakah lu?

Im Single said...

RRR? Haha.... welcome to the bloggin world!