Sunday, July 18, 2010

"Saya mintak maaf banyak-banyak sebab menyusahkan awak semua.

Gua baru pulang dari kerja. Baju pejabat masih lengkap dengan tali leher yang dipakai longgar. Langkah gua longlai menuju ke pintu rumah, letih. Pintu rumah tidak rapat. Siapa yang balik awal ni.. Dong! Gua tendang pintu guna kaki kanan.

"Awak baru balik?"

Fuck! Aristocrate ade kat rumah!

"Haah.. bile lu sampai?" Gua bersuara. Nada malas dan sombong.

"Baru sekejap tadi. Nak kemas barang.." Aristocrate membalas dengan senyuman. Gigi putih berseri-seri macam mangkuk jamban baru lepas cuci.

"Berani pulak lu masuk rumah ni. Lu korek pintu pakai kad eh?"

Aristocrate tidak menjawab. Sekadar tersenyum, penuh misteri.

"Awak dari Subang jam bera...."

"Duit gua bile nak bayar? Duit Chezzo lagi, lu dah setel ke belum? Lu jangan nak buat-buat tak bersalah." Gua potong cakap Aristocrate. Tiba-tiba rasa amarah membuak-buak dalam dada dek rasa selamba badak mamat seekor ni.

Aristocrate tidak bersuara. Terdiam... Tetapi masih kelihatan sifat karisma taik kucingnya yang menjadi kegilaan datin-datin facebook.

"Saya mintak maaf banyak-banyak sebab menyusahkan awak semua. Saya sedar saya silap. Saya rasa rendah diri sangat."

"Bro... Lu nak main ceramah ke hape ni? Air liur lu tak laku la. Apasal call gua lu tak jawab. SMS Chezzo lu tak reply. Hidup nak bergaya korporat, ayat nak berjurai macam hujan lebat. " Suara gua dah tinggi, gua dah berdiri. Tangan gua dah genggam rapat. Aristocrate masih lagi tinggi. Gua peduli apa.

"Saya bukan sengaja tak jawab SMS. Mase tu saya sibuk kat sempa...."

Pang! Pelempang gua hinggap kat muka dia. Muka dia terpaling. Tangan gua rasa pedas, tapi gua rase pelempang gua cukup padu. Tak sempat dia toleh kembali kaki gua hinggap kat perut! Bedebuk! Dia tersungkur...

Gua tak tau bila batang besi tajam boleh ade kat tangan gua. Dan...

.

.

.

.

Badan Aristocrate yang lemah terperusuk dalam gobok kasut. Darah mengalir.... Gua puas.





Kriiiiiiiiiiiiiiiiiiiingggggg!
Tap.....


Jam loceng Paiseh menjerit. Mata gua terkebil-kebil. Gila apa mimpi lagu gini. Tak muslimin langsung.

13 comments:

achik ezam said...

siyut je baca......


hahahahha

p.s:nk pi kojo dh malam2 buta nih

ZieSakura said...

lorr..igtkan betul2 dijahanamkan si aristocrate tuh..huhu

Im Single said...

ezam, lu keje imam tahujjud ke bro?
zie, mainan tdo je. haha...

M.a.A.s said...

cisss...baru nak bagi lu satu thumb up....

Im Single said...

arip, jiwa gua jiwa tom tom bak.

Nerzhul said...

cis...nasib gua tak talipon polis tadi. hehe

Mimie.Candy Cane said...

gila..berkerut dahi aku..

hampeh!

Im Single said...

nerzhul, jgn wei.. polis byk kje lain, saman org cthnye.
mimie, kendur kan balik dahi tu. nothin bad happend.

Anna Boleyn said...

haha ngeng!! penuh drama! :p

. nurulhidayahbtjuhari . said...

tahniah. saya terkena untuk hari ini ;D

Im Single said...

anne, mimpi kan lebih dramatik dari kehidupan.
nurul, GOTCHA! haha...

ardzmarn said...

mendalam maksud mimpi nie..

kalau ada sesiapa berhutang sila la bayo..

terutama sekali si Aristocrate..

wakaka..

Im Single said...

adzman, hilang ntah mane dia bro.