Wednesday, August 25, 2010

Kenapa adik-adik sanggup disuruh kerja sampai lewat malam?

Gua rasa ramai je antara kita yang pernah kena approach ngan adik-adik yang mintak derma, claim dari sekolah anak-anak yatim.

Jual kalender, jual bum untuk sapu kalau sengal-sengal lutut. Minimum sumbangan RM10. Kadang-kadang adik-adik ni bertebaran di tengah-tengah ibukota sampai lewat malam.

  • Kenapa adik-adik sanggup disuruh kerja sampai lewat malam? Mereka ni dibayar gaji ke? SOCSO? KWSP?
  • Bukankah malam adalah waktu untuk adik-adik ni mengulangkaji pelajaran? Paling-paling pun pukul 10.30 adik-adik ni perlu berehat depan Astro untuk menonton rancangan sukan seperti Kejohanan Badminton Dunia atau gusti WWE.
  • Adakah adik-adik ini digunakan untuk menjana keuntungan sesetengah pihak? Kalu satu kalender RM10, boleh mendatangkan keuntungan besar. Tapi uniform adik-adik ni tidak pernah pulak diupgrade ke kain sifon Paris.
  • Adakah sekolah mereka tidak mendapat saluran daripada pihak kerajaan atau badan-badan swasta yang hakikatnya sangat pemurah? Dana berjuta-juta ringgit dah diluluskan. Mana perginya?
  • Bukankah tugas untuk mencari sumbangan terletak pada bahu guru-guru atau kakitangan sekolah mereka yang bergaji dan berKWSP? Kalu perlu turun naik kementerian ke, pejabat-pejabat ke, naik lah.
  • Adakah ini satu rejim MLM baru?


Apa pun jugak persoalannya, gua tetap berpendapat adik-adik ini perlu mengulangkaji pelajaran di asrama, bukan bekerja. Masyarakat kita adalah masyarakat yang pemurah. Tapi kita juga tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan.


6 comments:

achik ezam said...

rasanya ade sindiket kot.....kdg2 kesian....kdg2 annoying...ntahla...tp puasa2 ni kolo ade lebey hulur je la...tak byk singgit pon jadik...

Aku adalah aku said...

Diaorang akan jadi takut-takut nak jawab soklan bila kita tanya..

Nerzhul said...

gua memang tak bagi kat diorang. takut duit tu ntah lepas ke mane.

M.a.A.s said...

dimanupulasi oleh keadaan dan orang2 yg tidak bertanggungjawab...demmm

Anonymous said...

of course lah sindiket..kat mana2 tmpat pun juak kalender/sticker...ada supplier lah tu

Anna Boleyn said...

kesian kat diorang ni. sindiket je sume tuh. huhu