Thursday, August 19, 2010

"Kesian sama anak saya encik. Batuk tak berhenti-henti"

Hujan turun renyai-renyai di perkarangan KL Sentral. Gua yang berjalan seiringan dengan awek gua sekali sekala mengelak tompokan hujan yang pelbagai bentuk. Ade bentuk bulat, bujur, segi tiga sama sisi. Bentuk tahi kucing pun ada.

Kami dihampiri seorang wanita berbangsa India dan anaknya yang berumur 12 tahun (gua syak la).

"Encik, tolong encik. Anak saya sakit asma, mau beli ubat mahal encik."

Uhuk.. Uhuk... Dan dan anak dia batuk.

"Kesian sama anak saya encik. Batuk tak berhenti-henti"

Uhuk.. Uhuk... Dan dan anak dia batuk lagi.

Gua serba salah. Antara perasaan menyampah dengan suara batuk itu dan simpati. Gua hulur sekeping not...

Wanita tadi sempat menjenguk apa yang ada dalam wallet gua.

"Encik, lagi sepuluh ringgit la encik..." Wanita itu bersuara lagi.

"Tolong la abang.. lagi sepuluh ringgit. Uhuk... Uhuk..." Anak dia bersuara.





Mak ai.....




Gua dah malas nak layan.

"Tolong la encik!! Uhuk!!" Ibu dan anak bersuara serentak.

Gua terus ke kereta dan akhirnya mereka berlalu.





Sebelum masuk kereta, gua usha ke arah mereka berdua. Anak dia dah tak batuk. Siap main lari-lari pijak tompok hujan.

Hurm.... Gaya sihat dan happy macam nak gi beli aiskrim Haagen-Dazs.

13 comments:

nerdy nadea said...

syndicate kot..

cik osh said...

ermmmm...gua penah kena gak serupa ni. india gak. konon membe sebelah sakit, xleh bercakap. nk bayar rawatan perubatan mahal. gua hulur la stakat mampu. alih2 kawan yg konon xleh bercakap tu yg nyampuk.. "lg 50 boleh x kakak?" adeiii...aku panggg gak dorg ni kang!! grrrrr...

hanie said...

sempat lg usyar dompet..haha

paiseh said...

penglibatan makwe lu mana woi.?? tadi tem buka lu citer ada je selit~

M.a.A.s said...

tiba2 gua plan nak jumpe lu esok sambil batuk2..untung2 dapat pelempang....emmmm

ptos said...

patutnya lu ajak die g beli breacol kt 7E

Nerzhul said...

langgar tompok air hujan tu biar percik air kat diorang. hahahahaa

ZieSakura said...

pulak...rasanya dah berkali2 ang kena approach ngan peminta sedekah ni.muka ang ni muka suci eh?

:D

shera said...

ustaz kata,

peminta sedekah xkan dtg kat kita dgn izini Allah :)

kita bagi, kita dpt pahala..diorg sendikit or tipu ke apa..lain cerita

p/s: dulu aku xpernah bagi jugak

Im Single said...

nadea - gua rase dia gerak sendiri ni.
rosemyn - gile rm50! dia nak bayar broadband ke hape tu.
hanie - itu lah pasal. haha...
paiseh - awek gua usha terkesima je.

Im Single said...

arip - jumpe kat court esok. gua bagi pelempang foo kok keong. haha..
ptos - 7e dah tutup kul 10pm bro.
nerzhul - haha.. tak baik duh.

Im Single said...

zie - sume org ade pengalaman kot. saje je diorg tak cite. haha..
shera - betul. tapi kalu kita asyik membantu orang yang salah, gejala ni takkan berakhir. kalau sindiket yang dalangi semua ni, akhirnya kita membantu taiko2 yang entah siapa kepalanya. orang2 yang perlu bantuan ni sepatutnya diambil oleh badan2 yang amal yang berdaftar. saluran bantuan biar datang dari satu fund yang selamat. mudah2n sampai pada orang yang betul2 memerlukan.

Anna Boleyn said...

heh~ boley pulak demand lebey lagi. adeeyy. pernah kena gak situasi camne. huhu