Thursday, December 1, 2011

Potong stim syahdu. Sori brader....

Kisah mood berada pada hari-hari akhir bersama majikan kini kembali berulang. Meniti hari-hari akhir, banyak masa gua habiskan membaca blog-blog yang kutuk team bola kita, blog-blog indonesia yang kutuk malaysia, blog-blog malaysia yang kutuk indonesia (sampai bila nak habis) serta macam-macam lagi. Tidak lupa juga kisah artis indonesia yang dapat kiss dari david becham ketika beliau hadir untuk menentang timnas indonesia. Gua juga sibuk belajar resepi-resepi masak dari boss gua sementara masih ada kesempatan. Namun begitu, atas dasar professional, kerja-kerja yang masih berlambak nih gua cuba habiskan dengan jayanya sebagai menyahut seruan proper handover.

"Bila hari last bro?"

"Next friday bro..."

.... adalah soalan dan jawapan yang gua terima dan beri hampir 100x kebelakangan ini.


Semalam berlangsung majlis makan-makan yang gua sponsor sebagai rasuah supaya bakal bekas rakan-rakan sekerja sentiasa merindui gua sepeninggalan gua nanti. Sempat juga gua meninggalkan amanat-amanat terakhir yang mengundang syahdu di hati gua sendiri. Sebak yang gua simpan di dada berjaya gua cover dengan berdehem malu-malu sekali sekala. Baru gua tahu, hati gua tidaklah sekeras buah keras. Mungkin lebih lembut dari asam keping yang direbus semalaman.

Hari ini... ramai mengadu sakit perut. Cis... Potong stim syahdu. Sori brader....



Sunday, November 20, 2011

Bengang...

Gua baru sudah baca blog Abampaiseh pasal blog dari Indonesia. Tak faham gua ngan mereka ini. Melebih-lebih mintak doa supaya Team bola diorang menang supaya majikan di Malaysia menghormati pembantu rumah di Malaysia. Lepas tu lebih-lebih cerita pasal derita rakyat dia kat Malaysia.

Wahai brader2 di Indonesia...

Dulu gua ada bibik dari Indon, 7 tahun dia bekerja dengan keluarga gua. Happy je gua tengok dia. Siap balik cuti mak gua sponsor tiket lagi. Kitorg happy je. Dah macam famili. Kami masih mengutus berita walau dah lama dia pulang semula ke kampung. Rilex je...

Dulu umah pakcik gua kena pecah ngan orang Indon. 7 orang masuk umah. Anak-anak kecik dia kena ikat dan kena ugut ngan pisau. Itu baru cerita pakcik gua. Cerita orang lain lagi..?

Dulu gua pergi Indon urusan kerja, dapat ramai kenalan baru. Kami masih berhubung, bertanya khabar. Gua appreciate diorang seperti saudara gua sendiri.

Aritu gua selamba tanya orang indon yang kerja kat kedai runcit kat sini. Gua Tanya kenapa orang-orang di Indon menghina Malaysia melebih-lebih. Dia kata jangan dipeduli orang-orang di sana, mereka tak faham kerana tidak pernah ke sini. Itu semua rencana orang-orang politik. Gua sedikit lega, tapi hati gua masih terguris.

Mungkin semua orang Indon yang gua pernah jumpa ada pemikiran yang professional dan rasional.

Kalu ikut hati gua nak tulis panjang lebar. Dulu gua ingat nak promote silaturrahim sesama rantau ini, tapi gua rasa membuang masa.


Tuesday, November 15, 2011

Medikel cekap

Gua melangkah masuk ke dalam klinik dengan wajah takut kena cucuk jarum amik darah. Kelihatan seorang doktor wanita india yang sudah sangat tua sedang sibuk menelaah rekod kesihatan patient lain.

"Good afternoon doc.." gua mula menyapa sambil duduk di kerusi bertentangan dengan beliau.

Doktor tersebut mengangkat muka. Dia memerhatikan gua.

Selang beberapa saat.... Dia masih lagi tidak lepaskan pandangan dari gua.

"Doc?" gua mula gelisah.

"Ohhh.... sorry. Why you look so familiar?"

"Erk... Am i? Er.... Do i look like your son? or your neighbour's son?" (or your dog?)

"No... No... Are you the one hosting the TV2 program? Anmum something...? Or ASTRO... Im not sure. Aren't you?"

"Err... !"

Kesian doktor ni. Susah payah dia nak wat gua kembang satu hari.

Thursday, November 10, 2011

Baby...

I still remember those days when i was still a kid...
When I had a bad dream at the middle of the night...
I ran to my dad and i said... "Abah, im scared..."
My dad will tell me everything is alright...

Now the time is ticking...
Soon i'll be a DAD...
Honestly i am scared...
But i know that everything will be alright...

Baby... I can't wait to see you...

Monday, October 24, 2011

Suspen

Dah lama rasanya gua tak suspen macam ni. Dulu gua kaki confident. Mungkin umur dah makin meningkat.


Esok interview. Lagi.....

Thursday, October 13, 2011

Orang tau yang bapak dia hensem

Masa gua rajin buat blog dulu, perkara yang paling susah untuk gua adalah part nak cari tajuk untuk post gua. Konon-konon nak bagi title yang paling "eye-catchin" atau pun yang ada "attention getter". Akhirnya gua pakai je mana-mana ayat dalam post gua yang paling "mind-blowing". Kononnya la...

Tapi, masalah cari tajuk untuk post tu sudah tidak merumitkan memandangkan gua pun jarang wat entry.

Yang gua tengah pening sekarang ni adalah nak mencari nama anak. Yang ini tak boleh sesuka hati nak bagi nama yang "mind-blowing". Atau pun yang "eye-catchin". Ataupun yang "attention getter".

"You cari la nama yang lembut disebut, sedap maksud sayang.." kata isteri gua.

Sebenarnya... Gua tengah nak cari nama yang sekali sebut je.... orang tau yang bapak dia hensem...



Payah.....



Monday, September 12, 2011

Kisah benar hari raya

Berikut adalah laporan kisah lebaran tahun ini oleh sahabat gua, F.
  1. 1. F (seorang isteri) hendak melakukan ritual laundry pada hari raya ke-2. Sudah sebulan dia tidak menjengah ke bilik laundry kondominiumnya. Maklumlah, anak muda zaman sekarang yang hanya pandai melawa, baju kotor semua dihantar ke rumah ibu.

    2. Dia tiba-tiba dikejutkan dengan kelibat comel 4 ekor anak kucing yang sangat comel, secomel gula-gula kapas yang nampak kembang lagi empuk. Anak-anak kucing itu bersimpuh sopan ditepi mesin basuh. Di sisi anak-anak kucing itu adalah si ibu yang sibuk mundar-mandir seperti pakguard G4S.

    3. F tidak tahu bila si ibu itu beranak dalam bilik laundrynya. F bukanlah seorang pencinta binatang. Dia lantas memanggil suaminya untuk mengalihkan anak-anak kucing itu keluar rumah. Suami si F juga bukanlah pencinta binatang. Lalu suami si F pun mengalihkanlah keluarga kucing itu keluar rumah.

    4. Si ibu kucing sibuk mengiyau… Bising sungguh melihat anak-anaknya dipindahkan. Suami si F tidak menghiraukan, seekor demi seekor dipindahkan keluar rumah.

    5. Selesai sudah ritual memindahkan kucing itu, maka si F mula melakukan laundry. Baju-baju kotor dimasukkan, punat ditekan, seketika mesin basuh mengukur keperluan sukatan sabun basuh, lalu sabun dimasukkan, air mula mengalir, penutup mesin basuh ditutup lalu mesin dibiarkan beroperasi…

    6. Masa berlalu…

    7. Si F kembali ke bilik laundry kerana pada perkiraannya ritual pelaundryan sudah selesai. Tiba-tiba langkah dia terhenti…. Bilik laundry digenangi air…. Kenapa ni….

    8. Sekali lagi khidmat si suami diperlukan. Si suami yang baru datang juga naik hairan… Sejak bila pulak saluran bilik laundry ni tersumbat. Lalu batang penyapu diambil.

    9. Batang penyapu itu digunakan untuk menghodok-ghodok lubang saluran. Ada sesuatu yang menyekat laluan air.

    Lalu dighodok-ghodok lagi. Air mula mengalir tetapi kembali perlahan.

    Lalu dighodok-ghodok lagi… Air mula mengalir tetapi kembali perlahan.

    Ritual ghodok menghodok diulang tayang dan diulang taip. Air semakin mengering…

    10. Pada kadar kedalaman air yang boleh diagak panjang kailnya, si suami cuba mengintai apa yang ada di dalam lubang saluran. Diteliti….

    Ada bulu… Aish!

    Kepala… Aish!

    Telinga… Aish!

    Mata…. Anak kucing!!!!!

    11. Si suami melaporkan apa yang terjadi. F berkata "What the F!" lalu F pengsan...

    12. Masalah masih belum selesai… Bangkai anak kucing itu masih menyekat laluan air…

    Apa yang si suami harus lakukan?

Friday, September 9, 2011

After raya... Penyakit biasa...

Gua buka balik angpow yang tak sempat nak bagi. Keluarkan balik duit seringgit-seringgit tu. Satu angpow dah boleh beli nasi putih lauk ikan keli goreng dah sayur peria. Cuba bayangkan kalu gua ade lagi 500 angpow.... kenyang makan tu! bayangkan je lah, memang takde sampai 20 angpow pun...


After raya... Penyakit biasa... Selamat Hari Raya!!! Maaf Zahir dan Batin!!!

Sunday, August 21, 2011

Duit melayang. Cancel la buka puasa kat palace of the golden horses.

Gua: Betul ke tak leh kurang…? (gua cuba tawar menawar dalam raut wajah mohon simpati)

Bangla: Saya mintak maaf abang. Kalu boleh saya pun mahu tolong sama abang. Tadi saya sudah call sama Boss. Dia cakap ini harga juga kena bayar abang. (jawab si Bangfes dengan tatabahasa yang hampir 100% tepat)

Gua: Ye ke…. Hurm… (gua mengeluh…) Takpe la, nak wat macamne. Memang salah saya. (gua membalas lemah setelah usaha tawar menawar gua gagal)

Bangla: Abang kasi tulis nama sini bang, sama nombor telefon sekali.

Gua: (tulis)…. Mintak maaf kat tauke awak nanti ye. Cakap saya mintak maaf, saya betul-betul tak sengaja.

Bangla: Tak pa abang. Abang pun sudah bayar. Terima kasih bang. Mintak maaf ya abang.

Gua: Takpe la, awak pun cuma buat keja awak.

Bangla: Abang… Selamat Hari Raya abang… (pantas Bangfes itu menghulurkan tangan bersalaman dengan gua).

Gua: Selamat Hari Raya….

Gua beredar keluar dari ofis pam minyak jenama kulit kerang. Semua mata tertumpu kat gua. Gua yang jenis berkeyakinan tinggi mengangkat tangan menunjukkan isyarat peace y’all pada mereka.

Tu la, sapa suruh bawak lari hos pam minyak. Bikin glamor unnecessarily je…. Duit melayang. Cancel la buka puasa kat palace of the golden horses.




Tuesday, August 9, 2011

Ni bukan angry bird ni

Pintu lift terbuka... Khai masuk sambil membelek-belek Iphone.

"Eh bro, Iphone sape ni?" Gua bertanya.

"Aku jumpe atas jalan tadi bro. Jalan-jalan sekali terpijak bende, mana nak ku tahu Iphone rupanya. Nampak gaya macam orang jepun punya." Khai menjawab.

"Pergh... rezeki terpijak namanya tu. Apa isi ada dalam?" Gua .

"Jom kita tengok. Manalah tahu kot-kot ade angry bird ke." Khai menjawab.

Khai membelek-membelek... Gua menyebok di tepi.


Eh... video ape ni... Ni bukan angry bird ni.

Sunday, August 7, 2011

"Banyak saman? Kalu saman ade yang tiga ratus... jumpa abang dulu."

Sesampai sahaja gua di perkarangan pejabat trafik, gua terlihat poster2 besar...

Jangan Besarkan Anak Anda Dengan Wang Rasuah

Katakan Tidak Pada Rasuah

Ada juga notis yang ditampal...

Pelaku Rasuah Akan DiTangkap

Bagus! Macam ni lah yang kita mahukan. "Bang, bayar saman kat mana bang?" Gua bertanya abang jaga posgad dengan nada suara kurang air di tekak.

"Terus ke dalam, belok kanan."

"Oh.. time kasih bang."

"Banyak saman? Kalu saman ade yang tiga ratus... jumpa abang dulu."


Eh... Boleh pulak...


Thursday, August 4, 2011

Saman Trafik

Masa gua beli kereta dulu, memang gua tak pernah terfikir yang roadtax gua akan mati pada bulan Ramadhan 2011.

Tidak jugalah gua terfikir yang nama gua akan kena blacklist pada bulan Ramadhan 2011 kerana saman-saman trafik yang tertunggak.

Tidak jugalah gua terfikir pada masa itu bahawa saman trafik boleh disemak di MyEG pada bulan Ramadhan 2011.

Yang paling gua tak pernah terfikir adalah gua ada 31 saman pelbagai kesalahan as at Ramadhan 2011.



Baru gua sedar yang gua ni otai jugak rupanya...

Tuesday, August 2, 2011

Penyakit "malas update" blog sudah menjadi-jadi

Gua melakukan ziarah ke blog-blog sahabat gua yang lain. Nampak gayanya penyakit "malas update" blog sudah menjadi-jadi di kalangan masyarakat setempat, lebih-lebih kaum kerabat VWM.


Nak kata alasan bulan puasa, zaman dulu-dulu pun bulan puasa dah ade, maintain je update.

Nak kata takde internet, rasanya semua ade internet di rumah, kecuali gua.

Mungkin dah tak jadi trend. Tapi Cekdet rajin je update blog dia.


Gua pun tak tau apsal tiba-tiba kompeni gua ni tak block blogpsot. Dulu bukan main. Rasanya dalam tuntutan BersihDuaPointKosong aritu takde pulak mention pasal hal ni.


Apa-apa pun gua ucapkan terima kasih kepada yang masih rajin menulis. Dapat jugak gua membaca ape yang korang merepek. Sekurang-kurangnya takde la gua gi main snoker kat kotaraya tu.

Thursday, July 14, 2011

Mr Wong Tee Tee

Gua masih ingat kenangan ketika gua di Port Moresby, Papua New Guinea.

Apabila kopi panas sampai je, Mr Wong akan kata….”Kaya.. Kaya.. Kaya..”

Apabila pizza panas sampai je, Mr Wong akan kata…”Kaya.. Kaya.. Kaya..”

Apabila ikan pari bakar siap je, Mr Wong akan kata… “Kaya.. Kaya.. Kaya..”

Langsung diselangi dengan hilai ketawa kami, golongan minoriti masyarakat Malaysia berbilang kaum yang mencari rezeki di bumi Bird of Paradise ini.

“Hai Mr Wong, semua kaya belaka.” Gua bersuara.

“Haha…! Kita ni kena la selalu cakap kaya. Walau pun harta kita takde, biarkan hati kita Kaya.. Haha…!” Jawab Mr Wong yang sangat fasih berbahasa Melayu.

Gua tersenyum. Jauh di lubuk hati, terbit rasa kagum pada Mr Wong. Mr Wong asalnya orang Johor. Dah hampir 30 tahun dia menetap di Papua New Guinea. Macam-macam perniagaan dia buat di sini. Pasaraya, Kilang Baju, Kilang Roti dan macam-macam lagi. Memang kaya giler, tapi sangat merendah diri. Makan minum kami kat sini Mr Wong jaga. Dia yang beli kan ikan, lepak minum kopi.

Masyarakat di sini kenal sangat dengan Mr Wong. Ada yang panggil dia The Tango Man, sebab dia yang usahakan pasaraya Tango.

Yang lagi menarik, ada yang panggil dia The Turtle Man, sebab dia terkenal sebagai insan yang cinta kan penyu. Di sini penyu dijual di pasar awam untuk dijadikan makanan. Lazimnya penyu ini dah siap dipotong. Tapi kalau Mr Wong jumpa yang masih hidup, dia pasti akan beli penyu itu walau dengan apa harga sekalipun dan lepaskan ke pantai. Gua sempat rakam video ketika kami beli dan lepaskan penyu dia pantai Port Moresby.

Gua pernah tanya Mr Wong, “Tak rindu balik Johor ke?”

Tapi dia cuma tersenyum.

Gua tak tau macamana nak gambarkan betapa Mr Wong adalah seorang yang sangat unik, sangat baik. Tidak keterlaluan kalau gua katakana Mr Wong adalah manusia yang paling baik pernah gua jumpa sepanjang hidup gua. Sebelum pulang ke tanahair, kami semua berpelukan dengan Mr Wong. Panjang umur berjumpe lagi.

4 bulan berlalu….

Ketika gua sedang sibuk menyiapkan tugasan di kantor pusat, telephone Khai berdering. Panggilan dari Papua New Guinea. Khai menjawab dengan senyum lebar.

“Hello Bro!!!!” jawab khai tersenyum…

“…………………………… Bila bro?..................” Khai . Khai lebih banyak mendengar dari bercakap. Wajahnya muram.

“Ok.. Thanks bro. Anything update aku k.” Telephone dimatikan.

“Apsal bro?” Gua yang kurius ingan tahu terus bertanya.

“Azman call. Mr Wong bro… dia kena tembak…” Khai.

“Haaaa!!!! So dia macamane?” Gua.

“Dia dah mati……” Khai….

Kami terkesima.




Kereta Mr Wong dikejar oleh pembunuh
upahan di terowong ini




Polis masih mencari klu di tempat kejadian


Pencarian waris Mr Wong di dada akhbar




We love you Mr Wong

Sunday, April 10, 2011

Gua dah jadi suami orang...

Gua dah jadi suami orang...


Takleh rajin sangat berBlog. Kena banyak2 semayang jemaah.



p/s: korang bile lagi?

Wednesday, March 2, 2011

Bahagian badan yang dicincang itu kemudian disumbat ke dalam tayar buruk

Salam dari Port Moresby, Papua New Guinea.

Seorang wanita dibunuh lalu badannya dicincang-cincang seperti cincau sirap selasih di sini. Bahagian badan yang dicincang itu kemudian disumbat ke dalam tayar buruk lalu dibakar bersama minyak petrol. Punca kejadian masih disiasat. Menurut penduduk setempat, kejadian seperti ini adalah perkara di sini.

p/s: kai kai plenty rais long makim yu strong. (gua belajar bahasa PNG. cuba la translate. haha..)

Wednesday, February 16, 2011

Rasa macam baru lepas buat pahala besar

Memandangkan gua akan meninggalkan VWM tidak lama lagi, maka gua pun berkemas-kemaslah meng'clear'kan harta pusaka gua yang tidak sebanyak mana. Tiba-tiba gua terperasan plastik ubat Klinik Famili yang kini sarat dengan keping-keping syiling lama.

Gua asingkan keping-keping besi yang bernilai seperti 50sen, 20sen dan 10sen.

Lebihnya gua malas nak amik. Ade la dalam 3 kilo kalu nak timbang.

Dengan berbesar hati dan ikhlas hadhari, maka gua tuangkan selebihnya ke dalam tabung botol Gatored Bersama Mung Abam Paiseh.

Antara sumbangan gua adalah:
  • 200 keping syiling 5sen.
  • 180 keping syilng 1sen
  • 8 keping syiling 100rupiah.
  • 5 batang skru.
  • 10 keping dawai klip kertas.
  • 2 butang baju melayu tanpa batu.
  • 1 jarum peniti.
  • 1 paku tekan.
  • 3 inchi habuk.

Penuh juga tabung botol dibuatnya. Rasa macam baru lepas buat pahala besar.



p/s: tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.



Monday, February 7, 2011

Papua New Guinea

Gua kena pergi Papua New Guinea minggu depan.....


Ade orang cakap orang-orang Papua makan orang.


Betul ke???

Sunday, February 6, 2011

Lebuhraya LEKAS.

Semalam adalah hari traffic jam sedunia. Pada jam 8 malam, gua dan member gua (Syihan) masih sangkut dalam kesesakan lebuhraya PLUS menuju ke Kuala Lumpur. Sebagai alternative, kami memilih untuk keluar ke Senawang dan menggunakan lebuhraya LEKAS.

Suasana lebuhraya LEKAS gelap dan sunyi. Kami berbual kosong sambil kunyah kacang. Tiba...

SNIFFF... SNIFF...

"Bro, ada bau bangkai tak? Kuat giler shial.."

"Pergh... uwek... bau sampah kot."

Bau bangkai berterusan...

"Pergh...!!!"

"Bro, apa kata kita jangan tegur...."



Tiba-tiba bau bangkai hilang.




Sunday, January 30, 2011

"Tapi tak perlu bagitau saya. Faham?"

Gua pasang je telinga...

"OK.. cuba abang fikir satu nombor dalam kepala. Jangan sebut! Jangan bagi tau saya.. Fikir je." Brader baju hitam bercakap sambil tangan pegang kad pakau.

"Aaar..." B1 teragak-agak.

"Dah?" Brader.

"Saya bahasa tada faham... Dia faham..." jawab B1 sambil tuding jari pada kawannya, B2.

"Ohhh... Ok... Kalu macam tu Abg la. Cuba Abg fikir satu nombor dalam kepala. Abg boleh bagitau dia. Tapi tak perlu bagitau saya. Faham?" Brader.

"Aaar..." B2.





Apa kejadah Brader ni nak test-test magic dalam tandas Jusco dengan Bangfases. Gua yang masih berdiri mengadap dinding cuma geleng kepala.



Wednesday, January 19, 2011

Mak ai!!! Takde sivik punya orang

Di suatu petang yang dingin, ketika gua sedang melayari fesbuk... Tiba-tiba...

PING!

Ade seorang dak pompuan nak chat ngan gua. Gua pun kelik.

Tanpa selawat dan salam ke atas nabi, dia memulakan soalan..



"Are you gay?"

Lepas tu dia off.




Mak ai!!! Takde sivik punya orang. Melontar jamrah sembunyi tangan.

Monday, January 17, 2011

Pencarian bakat baru imam muda

Gua yang sedang bercuti kecemasan melepak seorang diri di depan TV. Cerita di Astro bersilih ganti. Sempan juga gua layan kartun POCOYO. Tiba-tiba iklan rancangan realiti tv menjengah..

Pencarian bakat baru imam muda..

Syarat-syarat pertandingan...

Umur dari 18-27 tahun.






Rupanya gua sedang meniti zaman-zaman tidak layak dipanggil muda... Cis!!

Tuesday, January 11, 2011

Baru rasa hijrah...

Tahun baru 2011...


Kena tukar template ni. Baru rasa hijrah...

Saturday, January 8, 2011

Gua betul-betul speechless...

Kira-kira setahun yang lepas... Ketika gua masih bekerja di Menara Milenium. Ketika itu gua sedang turun rehat pada jam 6.00 petang, sebelum sambung bekerja sebelah malam. Gua terserempak dengan seseorang yang gua kenal.

"Bro???" Gua tepuk bahu dia.

"Eh, Assalamualaikum.. La.. Hang!" Sahabat gua.

"Waalaikummussalam... Hang watpa kat sini?" Gua.

"Tunggu oghang ghumah. Hang watpa kat sini?" Sahabat gua.

"Aku gheja sini..." Gua.

Kami bersembang ala kadar sebelum gua meninggalkan beliau untuk ke kedai mamak.




Malam td gua dapat khabar dari Drogba pasal dia. Drogba suruh tengok sendiri dalam fesbuk. Gua tak tunggu lama... Gua search nama dia. Dan....






Ya Allah.... Subhanallah.... Gua menonton rakaman video member gua sendiri sedang memaki-maki dalam keadaan bogel di wall fesbuk.


Kawan gua jadi gila!!!!






Beliau menghadapi tekanan perasaan yang sangat dahsyat selepas ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan profile palsu untuk mengaibkan isterinya.




Gua terkedu....




Gua betul-betul speechless...




Sahabat pembaca,

Internet ni banyak faedahnya. Manfaatkanlah. Kuasa fesbuk dan pengaruhnya sangat kuat. Biarlah manusia lain merasa aman dan selamat apabila membuka fesbuk mereka setiap hari. Biarlah mereka tersenyum dan tertawa dengan sandiwara bahagia. Hidup kita bukan lama. Berbuat baiklah sesama manusia.

Untuk sahabat gua... Gua doakan lu sembuh dari apa jua tekanan yang lu hadapi. Amin...


Sunday, January 2, 2011

Tribute Mini - Abam Paiseh

Gua dapat panggilan ketika gua sedang sakit perut nak buang air. Prosper call... Dia kasi tau pasal hal Abam Paiseh. Panjang lebar perbualan kami, sampai pejal najis dalam dubur gua.

Siapa Abam Paiseh?

Abam Paiseh bermain sudoku ketika Prosper sedang mengalunkan bacaan
berzanji di majlis khatan adik hanif


Abam Paiseh pernah hit di alam maya blognya "dekontraksi". Tidak siapa sangka peribadinya yang hanya kerap senyum, ketawa dan memaki, rupa-rupanya sangat berbakat dalam bidang penulisan, lebih-lebih lagi hal-hal merapu warga VWM.

Fenomena inipaiseh.blogspot.com hangat diperkatakan di twitter dan fewit.
Budget comel.


Namun begitu, sejak melancarkan album dikir barat sulung, blog beliau agak sunyi. Mungkin kerana beliau sibuk memenuhi jemputan menyanyi di kedai-kedai tomyam sekitar lembah kelang.

Poster Abam Paiseh mudah didapati di belakang menu kedai-kedai tomyam
sekitar jajahan YB Azmin Ali.



Prosper bilang, Abam Paiseh sudah bertunang. Gua memang dah tau dia nak bertunang pada tarikh 11.1.11. Saja lupa nak wish. Kalu gua wish pakai henset, macam awek-awek pulak.

Abam Paiseh bersama Mira Daihatsu. Eh... Mira Mirikel.


Bro,

Gua faham manusia ni adalah sejenis makhluk berdarah panas. Tapi ada satu lagi kategori darah, iaitu darah manis. Orang macam kita ni (eh... kita... hehe...) perlu pasang kelambu sebelum tido. Tapi kalu dah tidur lagu gini... gua tak tau la kelambu jenis apa yang ada dalam pasaran.


Sebelum tido, jangan minum todi.





Tahniah untuk Abam Paiseh. Lu gerek seyh!!!!



ps: gerek adalah bicycle.