Saturday, January 8, 2011

Gua betul-betul speechless...

Kira-kira setahun yang lepas... Ketika gua masih bekerja di Menara Milenium. Ketika itu gua sedang turun rehat pada jam 6.00 petang, sebelum sambung bekerja sebelah malam. Gua terserempak dengan seseorang yang gua kenal.

"Bro???" Gua tepuk bahu dia.

"Eh, Assalamualaikum.. La.. Hang!" Sahabat gua.

"Waalaikummussalam... Hang watpa kat sini?" Gua.

"Tunggu oghang ghumah. Hang watpa kat sini?" Sahabat gua.

"Aku gheja sini..." Gua.

Kami bersembang ala kadar sebelum gua meninggalkan beliau untuk ke kedai mamak.




Malam td gua dapat khabar dari Drogba pasal dia. Drogba suruh tengok sendiri dalam fesbuk. Gua tak tunggu lama... Gua search nama dia. Dan....






Ya Allah.... Subhanallah.... Gua menonton rakaman video member gua sendiri sedang memaki-maki dalam keadaan bogel di wall fesbuk.


Kawan gua jadi gila!!!!






Beliau menghadapi tekanan perasaan yang sangat dahsyat selepas ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan profile palsu untuk mengaibkan isterinya.




Gua terkedu....




Gua betul-betul speechless...




Sahabat pembaca,

Internet ni banyak faedahnya. Manfaatkanlah. Kuasa fesbuk dan pengaruhnya sangat kuat. Biarlah manusia lain merasa aman dan selamat apabila membuka fesbuk mereka setiap hari. Biarlah mereka tersenyum dan tertawa dengan sandiwara bahagia. Hidup kita bukan lama. Berbuat baiklah sesama manusia.

Untuk sahabat gua... Gua doakan lu sembuh dari apa jua tekanan yang lu hadapi. Amin...


8 comments:

ZieSakura said...

budak rumah saya dah kena dah..nasib x gila je tau..

ade sorg perempuan saiko yg frust bf dia tinggalkan dia, lalu create profile kawan sy yg jadik gf baru ex bf dia..sebar fitnah, nasib baik dia kantoi...


kalau x,ntah2 kawan2 sy jadik gila jugak mcm laki tu..


skrg ni byk laki yang x betul / sakit mental bunuh2 bini..eeuuww,takut!!

cik osh said...

singular, betul fb ni kalau x pandai diguna, byk buruk dari baik. fb juga jd medan manusia mengaibkan sesama mereka. tak tau apa faedah dan kebaikannya buat mcm tu.

pengakuan ikhlas sy, sy putus tunang sebulan sebelum tarikh nikah pun gara2 org ke-3 yg muncul melalui fb. tp Alhamdulillah, tekanan yg sy alami x sampai tahap mcm kawan awk tu..

kesimpulannya baik buruk teknologi ni bergantung pada diri manusia tu sendiri. teknologi secanggih mana pun kalau x pandai guna..buruk juga akibatnya.

ikhlas dari hati sy sbg saudara sesama ISLAM, sy doakan kawan awak tu kembali sembuh. semoga ALLAH melindungi keluarga beliau kita semua. semoga org yg bertanggungjawab tu dpt menilai kembali perbuatan beliau...

achik ezam said...

gunakan teknologi sebaek2nya...jangan fitenah2 org...

tarabaekkkk!!!!!

Im Single said...

zie - orang psycho tak perasan diorg psycho. kalu kena kat sedara mara sendiri baru mereka sedar.

rosemyn - turut bersimpati dengan apa yang lu dah lalui. syukur, lu kuat hadapi apa yang telah berlaku. respect sama lu kerana memilih untuk menjadi rasional.

ezam - lama tak jmpe bro? =) kite ni hidup nk happy go lucky. malas cari gaduh. tapi setengah orang tak fikir macam tu. dapat wat hidup orang porak peranda, diorg ketawa tengok orang menderita.

Che Hassan said...

pergh betul-betul kejadian ke nih! kene baca bismillah kut setiap kali nak bukak facebook skrg ni..tp fb dah nak closing down kan 15 march nanti..

Im Single said...

chesang - takdenya fb nk tutup. baik dia jual. USD50billion tu harga.

Nerzhul said...

gua on facebook sebab suka jumpe kawan lame mase kecik & sekolah menengah...kawan baru ada la sikit.. hehee

Im Single said...

nerzhul - patutnya mcm tu la kan. gua pun sama. Mbr2 yg dah lost cntact pun jmpe. terbaek...