Wednesday, February 16, 2011

Rasa macam baru lepas buat pahala besar

Memandangkan gua akan meninggalkan VWM tidak lama lagi, maka gua pun berkemas-kemaslah meng'clear'kan harta pusaka gua yang tidak sebanyak mana. Tiba-tiba gua terperasan plastik ubat Klinik Famili yang kini sarat dengan keping-keping syiling lama.

Gua asingkan keping-keping besi yang bernilai seperti 50sen, 20sen dan 10sen.

Lebihnya gua malas nak amik. Ade la dalam 3 kilo kalu nak timbang.

Dengan berbesar hati dan ikhlas hadhari, maka gua tuangkan selebihnya ke dalam tabung botol Gatored Bersama Mung Abam Paiseh.

Antara sumbangan gua adalah:
  • 200 keping syiling 5sen.
  • 180 keping syilng 1sen
  • 8 keping syiling 100rupiah.
  • 5 batang skru.
  • 10 keping dawai klip kertas.
  • 2 butang baju melayu tanpa batu.
  • 1 jarum peniti.
  • 1 paku tekan.
  • 3 inchi habuk.

Penuh juga tabung botol dibuatnya. Rasa macam baru lepas buat pahala besar.



p/s: tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.



8 comments:

Mimie.Candy Cane said...

perghh...besar pahala tu wehhh...nak2 lagi tang habuk 3 inci tu..

Im Single said...

mimie - gua cuma memberi. biar kawan2 dapat merasa. atau terasa.. kah3!

h a n i e said...

wa tau lu ikhlas. mesti paiseh terharu. dia suka tu.


hahahaha~

Zie said...

hahaha...bangga abam paiseh ade housemate gini gaya..hikhikhik

Nerzhul said...

yang penting ikhlas...hehe

rosemyn said...

gua dpt bayangkan betapa menitik2 air mata abam paiseh dalam menghargai pemberian lu.

lu pun mesti menitik2 air mata nak meninggalkan VWM kan?? tu tu..gua nampak mata lu basah...

zaidzali said...

kawin jgn lupa jemput

Im Single said...

hanie - ikhlas cmpur hati kering pun ade.
zie - gua tau dia bngga, cuma gua harap dia tak riak je.
nerzhul - itu sudah pasti.
rosemyn - mmg sebak...