Thursday, July 14, 2011

Mr Wong Tee Tee

Gua masih ingat kenangan ketika gua di Port Moresby, Papua New Guinea.

Apabila kopi panas sampai je, Mr Wong akan kata….”Kaya.. Kaya.. Kaya..”

Apabila pizza panas sampai je, Mr Wong akan kata…”Kaya.. Kaya.. Kaya..”

Apabila ikan pari bakar siap je, Mr Wong akan kata… “Kaya.. Kaya.. Kaya..”

Langsung diselangi dengan hilai ketawa kami, golongan minoriti masyarakat Malaysia berbilang kaum yang mencari rezeki di bumi Bird of Paradise ini.

“Hai Mr Wong, semua kaya belaka.” Gua bersuara.

“Haha…! Kita ni kena la selalu cakap kaya. Walau pun harta kita takde, biarkan hati kita Kaya.. Haha…!” Jawab Mr Wong yang sangat fasih berbahasa Melayu.

Gua tersenyum. Jauh di lubuk hati, terbit rasa kagum pada Mr Wong. Mr Wong asalnya orang Johor. Dah hampir 30 tahun dia menetap di Papua New Guinea. Macam-macam perniagaan dia buat di sini. Pasaraya, Kilang Baju, Kilang Roti dan macam-macam lagi. Memang kaya giler, tapi sangat merendah diri. Makan minum kami kat sini Mr Wong jaga. Dia yang beli kan ikan, lepak minum kopi.

Masyarakat di sini kenal sangat dengan Mr Wong. Ada yang panggil dia The Tango Man, sebab dia yang usahakan pasaraya Tango.

Yang lagi menarik, ada yang panggil dia The Turtle Man, sebab dia terkenal sebagai insan yang cinta kan penyu. Di sini penyu dijual di pasar awam untuk dijadikan makanan. Lazimnya penyu ini dah siap dipotong. Tapi kalau Mr Wong jumpa yang masih hidup, dia pasti akan beli penyu itu walau dengan apa harga sekalipun dan lepaskan ke pantai. Gua sempat rakam video ketika kami beli dan lepaskan penyu dia pantai Port Moresby.

Gua pernah tanya Mr Wong, “Tak rindu balik Johor ke?”

Tapi dia cuma tersenyum.

Gua tak tau macamana nak gambarkan betapa Mr Wong adalah seorang yang sangat unik, sangat baik. Tidak keterlaluan kalau gua katakana Mr Wong adalah manusia yang paling baik pernah gua jumpa sepanjang hidup gua. Sebelum pulang ke tanahair, kami semua berpelukan dengan Mr Wong. Panjang umur berjumpe lagi.

4 bulan berlalu….

Ketika gua sedang sibuk menyiapkan tugasan di kantor pusat, telephone Khai berdering. Panggilan dari Papua New Guinea. Khai menjawab dengan senyum lebar.

“Hello Bro!!!!” jawab khai tersenyum…

“…………………………… Bila bro?..................” Khai . Khai lebih banyak mendengar dari bercakap. Wajahnya muram.

“Ok.. Thanks bro. Anything update aku k.” Telephone dimatikan.

“Apsal bro?” Gua yang kurius ingan tahu terus bertanya.

“Azman call. Mr Wong bro… dia kena tembak…” Khai.

“Haaaa!!!! So dia macamane?” Gua.

“Dia dah mati……” Khai….

Kami terkesima.




Kereta Mr Wong dikejar oleh pembunuh
upahan di terowong ini




Polis masih mencari klu di tempat kejadian


Pencarian waris Mr Wong di dada akhbar




We love you Mr Wong

4 comments:

Fikri: Kacaknya! said...

LAMA SIAK TAK BLOGGING. SENYAP DOK KOLUMPO, BILA BALIK JB?

Triple R said...

takziah. Aku pun sedih bile baca post ko nie....

paiseh said...

pergh!!! tragis.. tumpang simpati sama. walopun jas dgr lu crite2, gua buih imajin cmne horror keadaan kt sane.. no wonder lah lu gi mane2 naik ketekebal dok?

*harap2 apdet cmni akan berterusan~

Nerzhul said...

Mr Wong takde family ke kat sana?