Thursday, May 13, 2010

Kisah kasut dan stokin

.
1990...
.
Gua dah lambat nak ke kelas computer. Sepatutnye gua bangun awal. Tapi malam tadi gua sibuk tengok cerita Mekgaiver. Kekaguman gua apabila melihat dia menampal radiator bocor dengan telur ayam kampung menyebabkan gua tak lena tido.
.
Mak dah tunggu dalam kereta. Abalong dah siap dengan pakaian yang sedondon dengan gua. Dia buat posing gaya tunggu adik dia yang lambat. Gua cepat-cepat pakai stokin. Sarung kasut..
.
Dalam kereta gua duduk diam-diam sambil mendengar celoteh DJ Ismail Ibrahim di saluran Best 104 Sensasi Selatan. Kaki gua tak selesa, mungkin stokin gua salah parking. Terasa macam sekelepet kain terlebih dalam kasut.
.
Gua cuba keruk-keruk stokin guna jari kaki cuba betulkan stokin, tak berjaya.
.
Sampai di kelas computer, kami diajar cara-cara menggunakan system Wordstar. Latar belakang komputer warna hitam, tulisan warna kelabu. Kami diajar save maklumat dalam disket bersaiz roti Gardenia. Kaki gua masih tak selesa..
.
Gua masih keruk-keruk stokin guna jari kaki dengan harapan stokin gua akan berubah ke kedudukan yang selesa. Tak berjaya.
.
Kelas komputer tamat, kami diberi peluang bermain permainan komputer terhangat pada masa tu.
.
Gua masih keruk-keruk stokin guna jari kaki dengan harapan stokin gua akan berubah ke kedudukan yang selesa. Tak berjaya.
.
Selesai kelas komputer, kami menunggu mak datang jemput kami. Sementara itu, abalong sibuk main kejar-kejar dengan Rafik dan kawan-kawan. Gua pun turut serta, name pun adik Zaki. Kadang-kadang kami lari, kadang-kadang kami sembunyi. Tapi kaki gua masih tak selesa.
.
Gua masih keruk-keruk stokin guna jari kaki dengan harapan stokin gua akan berubah ke kedudukan yang selesa, sambil berlari. Tak berjaya.
.
Mak dah sampai. Kami yang dah berpeluh-peluh berlari mendapatkan mak. Mak kate hari ni makan di rumah, tak elok makan makanan segera selalu di restaurant Yummy. Kami ok je, masakan mak pun sedap. Kaki gua masih tak selesa.
.
Kami bertiga berjalan ke kereta. Sebelum naik kereta gua, gua teringin nak betul kan stokin gua. Dah lame sangat terkeruk-keruk dari tadi.
.
Ketika mak dan abalong sudah berada di dalam kereta, gua masih di tepi kereta. Satu tangan gua sandarkan pada badan kereta untuk mengimbangi posisi badan, satu tangan lagi untuk bukak kasut.
.
Stokin ok... Hurm.. Ape yang buat rase tak selesa tadi? Gua terbalikkan kasut.
.
Satu objek jatuh...
.
.
.
Seekor cicak yang telah lumat terbaring di atas lantai parkir.
.
.
Faaaaaaak!
.

7 comments:

ardzmarn said...

gua rasa cicak tu mati akibat bau kasut, bukan sebab tersepit dan terlenyek..


masa gua belajar wordstar dulu gua selalu curik main game 'iggy' dari floppy disk saiz gardenia tu... heh..

cik osh said...

ewwwwwwwwww!! yerkhhhh!! kembang tekak! daku pun ada pengalaman lebey kurang camni. try sarung2 kasut tak muat. jenguk2...baik punya eye to eye ngan enchek katak...

rindu seh disket saiz gardenia ngan kompiter itam putih dedulu... ;p

Nerzhul said...

kematian ngeri seekor cicak. dah la tersepit. bau lagi. kahkahkah

Im Single said...

adzman, gua penah main game lumba keta dari disket. mase tu, gua ternganga kagum. padahal bunyi enjin ketek ketek ketek je.
rosemyn, katak?!
nerzhul, gua harap mak dia tak menangisi kematian dia.

achik ezam said...

cicak ok lagi....dulu org jalan2 punya jalan rasa mcm melekit lekit je ujung jari...sekali bukak2 ade katak ijau daa....

Che Hassan said...

amil..kawan kapal encik dah tamat tempoh..untuk pengetahuan anda, perkara tersebut telah menyebabkan ikatanluas saya terpaksa menambah kapasiti muat turun sebanyak 358 kbatau menambah mas 0.45 saat..pertimbangan pihak tuan untuk membuangnya saya dahulukan dengan ucapan..



ikut suka lu la..blog lu

Im Single said...

ezam, yaks... mati ke katak tu ditusuk cagu lu?
crsang, gile dalam maksud lu. lu tiga line eh?