Monday, May 10, 2010

Kenangan WVM - Chezz dan breakfast pagi

2007...
Pagi yang hening... Suasana Villa Wangsa Melawati (VWM) masih sunyi. Tubuh2 kurus dan gemuk masih bergelimpangan tido di ruang tamu, roh masih belum pulang ke tubuh. Masing2 menggayakan seluar katik pelbagai warna.
.
Bunyi shower tingkat atas mencurah, kedengaran suara Prosper menyanyikan lagu2 saleh yaakob dari dalam, ceria.
.
Gua yang sudah siap berbaju pejabat turun dari tangga tingkat atas sambil membetul2 kan tali leher. Gua kemas kan ikatan dan pastikan kepanjangan nya sesuai dengan kepala tali pinggang. Bau2an pewangi 212 men membangkitkan rasa keyakinan.
.
Sampai di dapur, gelap... Dalam kesamaran gua ternampak pinggan mangkuk yang masih belum dicuci ditinggal di sinki. Hurm... Malam tadi mereka makan sosej goreng beramai2 agaknya. Siapa nak basuh tu? Gua berlalu mengambil sikap malas nak tolong basuh.
.
Kuali pun tak basuh lagi... Haish.. Cuba lah amalkan tabiat lepas makan terus basuh pinggan, kemas sinki, basuh kuali. Eh, apa dalam kuali tu? Macam ada yang bergerak2?
.
Gua bukak lampu dapur... Klik!
.
What the......!
.
"Bendul2! ko tengok ape ade dalam kuali tu!" Gua cepat2 panggil kawan gua, juruodit dalaman sebuah bank tersohor di negara ini.
.
"Erk.. Hahaa... Apa jadah dia wat dalam tu?" Bendul ketawa ter'haha2'. "Arip! ko tengok kawan ko dalam kuali ni!"
.
Arip yang baru bangun dari tido masih menjajau2 mencari tuala. Dalam pada matanye yang separuh bukak, dia menuju ke arah dapur.
.
"Hehe... dia mabuk ke? Dah mati belum tu?" Arip tersengih, gigi masih belum bergosok. Arip mencari tudung periuk, lalu dia menutup terus kuali itu. Maka gelaplah pemandangan makhluk itu seperti ashabul kahfi.
.
Masing tersenyum.. Tak tau nak wat ape.
.
"Ade masak ape breakfast?" Chezz tiba2 menyapa dari atas tangga.
.
Kami tahan senyum...
.
"Kitorang nak gi kerja ni. Nanti ko makan la eh. Ade wat nasi goreng, banyak lagi dalam kuali tu. Jangan lambat2, nnt sejuk." Gua.
.
"Lawa lah!" Chezz...
.
Kami gerak keluar dari rumah sekali. Masing2 menghala ke arah kenderaan masing2. Tapi dari jauh kami terdengar bunyi tudung periuk jatuh gedegang, diselangi dengan suara maki yang sangat izhar dan halki.

9 comments:

cik osh said...

erkkk..apa benda dalam tu? lipas? katak? biawak??

Fikri Misti said...

Tikus. Mak Menti

hanie said...

aihhh...miki maus la tuu..

achik ezam said...

k e j a m

Hahahahhaha....sure member tu menyumpah!!!

Im Single said...

tentu la menyumpah... gua nak sambung cite ni. takut korang gerun baca nnt. cite belum habis..

cik osh said...

sambung la...tak klimax la cite sekerat laluan ni bro.. ;p

emezul said...

haha..mesti kowang goreng mak mentik tu kan,,hahha

azrie hafiz said...

citer yang baik tak patut dipanjangkan seasonnya. mcm Transformers, LOTR dsb.

Im Single said...

aku tgh fikir nak sambung ke tak cite ni.. korang mintak izin prosper. kalu dia bagi, gua sambung.