Thursday, May 13, 2010

Tadika Gertak Merah

1987...
.
Gua join tadika awal sebab bosan duduk rumah. Gua dengan abalong gua kan kamcing, mane leh renggang. Kalu abalong gua jauh, gua boleh menitiskan air mata, sampai macam tu punya tahap la. Akhirnye mak dan abah ambil keputusan untuk registerkan gua sekali dengan abalong gua.
.
Tadika Gertak Merah. Jangan main-main, nanti guru besar gertak.
.
Hurm.. sebut pasal guru besar, gua rase gua masih ingat rupa guru besar tadika gua macamne. Badan besar, rambut kembang besar, pakai cermin mata bingkai besar. Memang macam guru besar.
.
Tadika gua terletak di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru. Lokasinyanya juga dekat dengan Penjara dan Zoo negeri Johor. Kalu cikgu nak ugut supaya jangan buat bising, cikgu akan kate...
.
"Saya panggil orang penjara tangkap awak. Kat sane ramai orang jahat."
.
atau
.
"Sape bising cikgu hantar kandang harimau."
.
Mase gua sekolah tadika kat Tadika Gertak Merah, gua pakai seluar pendek warna biru, baju kotak-kotak warna merah. Kalu korang rasa gua tak comel mase kecik-kecik2, korang memang silap besar. Ramai cikgu-cikgu wanita suka cubit pipi gua. Nasib baik perangai gua bukan macam SinChan.
.
Ada sekali tu gua balik dari tadika pakai seluar baru.
.
"Amil pakai seluar siapa ni nak?" Mak gua tanye.
.
"Seluar tadika bagi pinjam.." Gua jawab.
.
"Seluar amil mane?" Mak tanye lagi.
.
"Tu.. dalam plastik.." Gua jawab.
.
"Ya Allah.. Amil berak kat sekolah eh?" Mak gua tanye.
.
"................" Tentulah kali ni gua tak jawab.
.

.
Siapa la makcik yang tolong cuci kan dulu... Besar pahala dia.

7 comments:

Nerzhul said...

satu hari tu lepas balik tadika mak akan tanye "makan ape tadi kat skolah?".
aku jawab "makan kuih telor katak"( kuih sagu). gahahahaha

Mimie.Candy Cane said...

lu dah besar2 ni jgn buat perangai macam ni..

tak elok...

Im Single said...

nerzhul, haha.. gua tak suke kueh tu. warna dia takde seni.
mimie, kalu gua dah tua2 nanti tak tau la kan. hehehe..

h a n i e said...

dulu..kul 6.30 pagi wa dah terpacak dpn pintu..meraung suh babah antar g tadika. gile eksited~

Im Single said...

hanie, kecik2 dah pndai bgn subuh. bgus2..

emezul said...

haha..adek aq len cite.. die xmoh g tadika kemas smpai bergoyang tiang letrik dipeloknye time ayh aq trik die..

haha..

Im Single said...

dia akan rajin ke unversiti. jgn risau.