Tuesday, June 29, 2010

Don't steal!

Hari sudah gelap. Sesekali gua melihat jam di tangan, lagi 3 minit untuk masuk waktu maghrib. Bilal pun sudah mula ketuk-ketuk microphone, mungkin nak test kebekersanannya.

Gua dari tadi mundar-mandir mengelilingi lopak air di sebelah kereta gua yang diletakkan dekat depan pasaraya Big 5, satu minit perjalanan dari Masjid. Terdetik jugak rasa hati nak duduk je dalam masjid, niat i'tikaf, dapat juga pahala percuma. Tapi mungkin bukan nature gua duduk diam-diam, gua lagi gemar mundar-mandir macam ni.

Tiba-tiba tekak rasa haus. Beli air sekejaplah kat Big 5. Sebagai lelaki yang mementingkan aspek kesihatan dalaman, gua memilih vitagen warna putih sebagai halwa tekak.

Tiba-tiba.....


"Sir, can i have one ringgit sir..." Seorang lelaki India beragama hindu menghampiri. Oh... Gua pernah jumpe uncle ni. Dah pernah wat entry pasal dia pun dulu.

"Cigarette?"

"No sir, seringgit..."

Ohh.. Gua keluarkan wallet, gua keluarkan sekeping duit biru. Gua check dulu untuk pastikan duit itu betul-betul seringgit, bukan seribu. Gua bagi sambil tersenyum.

"Thank you sir..." Uncle tadi membalas selepas menyambut seringgit yang gua hulur tadi. Dia tersenyum.

"I don't smoke sir. I only smoke once in a while. Once i a while only. Like once a week. Cuz i was a soldier. Not a normal soldier, i was a Commando." Uncle itu berkata.

Gua tersenyum. Tidak berapa nak percaya, tapi layan..

"Last time i killed...." Mengira dengan jari.... "I killed five people... They were communist in the jungle. I killed five..." Uncle tu sambung.

"I have been in so many places. (He named few army bases in Malaysia, but i can't remember). Now i'm old, i cannot already. I retired at quite young age.."

"When was it?" Eh, rajin pulak gua bertanya.

Mengira dengan jari.... "1978... Now i am 65."

"In our life, one thing we should remember. Don't steal... Don't steal... Don't you ever steal someone's right.

If you want something, you ask. Don't steal... Don't steal...

If you want rezki, ask from Allah Subhanahu wa Ta'ala. He is the Most Merciful.. Allah Subhanahu wa Ta'ala bless us.

"Er... Uncle, are u a Muslim...?" Gua bertanya mahukan kepastian.

"No, i am a Hindu. But i know Islam. I have so many Muslim friends. They are all good. Very good, very nice. Just like you."

One Ustaz told me, don't steal. Ask from Allah Subhanahu wa Ta'ala."




"I was a soldier sir... I was a soldier.."




"Those memories....."



And suddenly he cried...


"I'm sorry sir. " Uncle tadi bersuara. Wajah dia cuba tersenyum untuk sembunyikan kesedihan. Sambil mengesat mata, dia melangkah..

"Sir....!" Uncle tadi tiba-tiba kembali bersuara. Tangan diseluk ke poket, duit seringgit tadi dikeluarkan.

"This means a lot to me. Thank you very much. You are a good man.."

"No problem..." Gua membalas sambil tersenyum sambil melangkah ke kereta.




Sayup-sayup kedengaran suara imam membaca surah lazim. Mungkin sudah masuk rakaat kedua. Sesekali gua berdehem cuba menghilangkan sebak.



Sunday, June 27, 2010

Mambang mabuk minum brandi...

Sambil menonton Pendekar Bujang Lapok, gua main calling-calling Celcom. Kadang-kadang gua ter"Kah3x" dengan lawak Sudin. Scene nak belajar isim lepas tersiram "Hujan" pendekar Mustar.. Uda rambut perang terguling-guling gelak dengan towel purple, lupa England dia kena belasah dengan geng Nazi.

Tapi gua cuba juga focus pada panggilan percuma yang gua buat. Suara operator...

"Pegawai perkhidmatan kami akan bersama anda sebentar lagi. Untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kami, perbualan ini akan dirakam. Terima kasih"

Kah3x... Lawak seyh Sudin.


"Ye Encik, saya Melissa. Boleh saya bantu?" Suara lembut.


"Hi.. Saya nak check balance no saya lagi satu ye." Gua.

Kah3x.. Lawak seyh Sudin.

"No yang ini ke encik?" Suara lembut.


"Bukan. No lagi satu. 012-xxx xxxx." Gua. Tersengih-sengih tahan gelak.


"Baik encik. Sebagai pengesahan, boleh saya dapatkan name penuh encik.. no IC dan name ibu." Suara lembut.


"Mambang mabuk minum brandi... Kah3x!"

"Ape dia Encik?"

"Haaaa????? Ape dia ape?"



"saya baca bunyi arab, ajiz bace bunyi syair.
Ramli baca tak bunyi langsung..
Hehehe... Jangan marah ha......."


Friday, June 25, 2010

"Eh, dah hujan la. Kena chow ni..."

Di petang sabtu yang hening, gua melayan beberapa gelas air di kedai abe bersama Drogba, Chezzo dan Averous.

Hinggalah titisan "hujan" menitis ke lengan gua.

"Eh, dah hujan la. Kena chow ni..." Gua.

"Hujan? Macam mane leh kena, kita bawah bumbung." Averous.

"Kena lengan aku ni ape?" Gua

Titisan tadi diperiksa. Warna putih + coklat, cair... Kami pandang atas.




Babi kau cicak!

Wednesday, June 23, 2010

Encik hanya perlu menjawab "Ya" atau "Tidak"

Gua terima panggilan dari Kementerian apekebendantah masa lunch hour tadi. Panggilan ini bertujuan untuk membuat survey tentang penggunaan internet. Dia mintak izin dengan cara baik. Gua takde hal.

Gua paling suka dia kate perbualan akan dirakam. Gua rasa macam recording artis pun ade.

Tukang survey: Baiklah encik, saya cuba jalankan kaji selidik ini dalam masa kurang 5 minit. Encik hanya perlu menjawab "Ya" atau "Tidak" untuk setiap soalan. Encik faham?

Gua: Ya!

Tukang survey: Adakah encik menggunakan PI Wimax di rumah untuk melayari internet?

Gua: Eh, mana awak tau?

Tukang survey: Ya atau Tidak?

Gua: Ya!............... Tapi macamne encik tau?

Tukang survey: Adakah Jumlah yang encik perlu bayar untuk internet adalah dalam lingkungan RM50 - RM90?

Gua: Kawan saya yang bayar. Diorang tong-tong bayar internet. Saya dah bayar Astro.

Tukang survey: Adakah encik selesa sekiranya pakej internet yang encik langgani memerlukan perjanjian kontrak selama dua tahun?

Gua: Kawan saya ade komplen gak. Dia macam tak hepi je. Astro saya tu pun kena 2 tahun. Macam leceh je..

Tukang survey: Maksudnye Ya atau Tidak?

Gua: Tidak la..

Tukang survey: Encik hanya perlu menjawab "Ya" atau "Tidak" untuk setiap soalan. Encik faham?

Gua: Ya!...... Relaks la encik, tak kan marah kot.....

Tuesday, June 22, 2010

Berita yang ni jugak yang gua kelik.

Macam-macam berita kat paper.

Perancis out.. UPSR dan PMR nak dilupuskan. Tol Link Kedua turun 30%.. Pemilikan tanah KTMB di Singapura akan diputuskan.. Penjara PUDU diroboh.. Baju jemuran Paiseh rentung di ampai.. Berita yang ni jugak yang gua kelik.



Datuk K beli plat KCT 1 RM66,550

"ALOR SETAR: Suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menjadi pemilik nombor pendaftaran kenderaan KCT 1 dengan nilai bidaan RM66,550, semalam.

Berdasarkan senarai nama yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, nama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa disenaraikan sebagai pemenang bagi bidaan untuk memiliki nombor emas itu." dipetik daripada Berita Harian.

Monday, June 21, 2010

Seekor nyamuk yang tak berapa annoying

Entry serius.

Sedang gua menatap screen monitor di kala lunch hour, seekor nyamuk yang tak berapa annoying sibuk main depan muka gua.

Gua jenis yang tak suka bunuh binatang lemah terus membiarkan dia terbang kuak kupu-kupu (padahal dia nyamuk). Mata masih ralit menatap screen monitor.

Sebagai manusia biasa gua juga bernafas.

.

.


ZZZZZZZZZZZZuuuuuup! Uhuk.. Uhuk!!!!! Ape ni!!!!!!

Wah! Mana nyamuk tadi! Uhuk.. Uhuk!!!!! Maaaaaak!

Kalau driver perempuan

7.45 pagi...

Masih dalam simpang VWM, sekonyong-konyong datang muncul sebuah bas sekolah warna kuning. Haish, bus sekolah lagi. Kenderaan kami bersemuka, eye-to-eye contact... Berhenti. Siapa mahu jalan dulu? Jalan sempit.

Gua yang berbudi bahasa akhirnya merapatkan kereta ke kiri dan berhenti seketika, gua beri laluan.

Bas sekolah tadi maju ke hadapan, melepasi kereta jiran-jiran. Sampai depan gua, driver angkat tangan tanda terima kasih.

Inilah budi bahasa...... Kalau driver perempuan, takdenya nak angkat tangan. Kalu kita angkat tangan, dia ingat kita nak ngorat. Hek eleh..... Ape-ape je korang ni..

Sunday, June 20, 2010

Concept home school

Cuti sekolah dah habis. Kanak-kanak yang ke sekolah telah menyebabkan jalanraya sesak. Terima kasih la kanak-kanak Kuala Lumpur. Letih uncle drive hari ni tau tak. Uncle?

Kan bagus kalau kanak-kanak ini tak perlu ke sekolah, belajar dari rumah atau concept home school seperti yang diaplikasikan oleh keluarga Sufiya dan Adi Putra.

Bagus jugak kalu kite yang tak perlu ke pejabat. Concept home office. Atau weekend tidak perlu ke pawagam, beli dvd pirate dan layan di rumah seperti concept home theatre.

Tapi hari jumaat jangan pandai-pandai ye. Takde concept home friday prayer.



* tiba-tiba gua rindu mak... 'rumah sakit' betul..

Thursday, June 17, 2010

Macam makan kat Chillies je

Di William Kelana Jaya.

"Bang bayar..."

"Makan ape?"

"Cabonara.."

"Air?"

"Soda herbs.."

"Tu je? Suma sedap tak? Puas hati?"

"Memang superb la boss. So berapa ni?"

"Kire RM30 je la."





Erk! Macam makan kat Chillies je. Oi.. kedai lu tepi longkang je woi.

Tuesday, June 15, 2010

....

Ya Allah, hindari diri hamba Mu ini dari rasa amarah dan hasad dengki...

Monday, June 14, 2010

Prrrraaaaaap!

Daj siap nak gi keje. Lap-lap spec kasi clear sket.

Prrrraaaaaap!


Spec gua patah...

Siap-sispa sambung tido.

*gile struggl nak wat post...

Sunday, June 13, 2010

Sedap~

Nasi lemak....

Nescafe....

Sedap~


Anda?




(sampai awal untuk sarapan di depan PC, jakun..)

Thursday, June 10, 2010

Mulai dari hari esok, kite bangun awal.

2.30am malam tadi.

"Sejak jam loceng aku hilang, mane aku penah bangun on time. Masuk keje pukul 7am. Tapi bangun pukul 7am." Paiseh.

"Ye ke bro.. Dah tu macamne?" Gua bersuara. Rasa bersalah sebab gua lah orang terakhir yang menyentuh jam loceng Paiseh sebelum ia hilang.

"Hari-hari merah ler punch card aku.." Paiseh bersuara sambil sibuk mengedit gambar-gambar outdoor. Kaki kanan menggaru-garu telinga kiri.

"Ok-ok.. Mulai dari hari esok, kite bangun awal. Gua set jam 6.30am, gua kejut lu. Kita bangun. Kita pastikan kita jemaah subuh." Gua bersemangat.

"Ok!" Kami bersuara. Sepakat, muafakat, aristokrat.












.

7.30am..

"Mel, bangun....." Paiseh.

Wednesday, June 9, 2010

rukun iman

"Apa rukun iman yang ke 10?" Gua.

"Percaya Malaysia tidak akan masuk World Cup." Alcapone.





.


Hurm.......

Tuesday, June 8, 2010

Pengapit....


"Ya Allah Memanda Bendehara, panasnya cuaca. Memang ni sekali je la Beta kawen. Tak larat Beta nak kawen lagi. Kuat sikit Memanda Bendehara... Kipas Tuan Hamba tu jauh sangat. Peluh kat pipi kiri Beta, tolong....." Macha.

"Menjunjung perintah Tuanku..." Gua





Selesai sudah tanggungjawab sebagai pengapit. Ade sape-sape lagi nak mintak tolong jadi pengapit?


Monday, June 7, 2010

"Bagi nombor dia kat aku."

"Dia ade reply msg ko chez?"

"Huh.. haram. Senyap gitu je."

"Celakanye Aristocrate. So duit kite macam mane?"

"Nasib lah, memang aku mintak sampai ke liang lahad."

"Bagi nombor dia kat aku."

"Nah................. Ko nak wat ape?"

.

.

.

.

.

.

.

.
"Call polis."


Moral:
Orang baik selalu rugi.
Bagai anjing dengan biri-biri.

Sunday, June 6, 2010

Macam katak....

Dear Ahmad Singularsong,

With regards to the interview you attended on 13 April 2010, I would like
to inform you that you have been successful and I will call you once the
offer letter is ready for collection. Meantime, could you please e-mail me
a copy of the latest payslip for our verification urgently.

Thanks & Regards


YB lompat parti.
Gua lompat kompeni.

Macam katak....

Wednesday, June 2, 2010

Persembahan terakhir president dan vice president



Video ini dirakam pada tahun lepas selepas gua pulang dari kerja tengah-tengah malam.

Gua ingin mengucapkan tahniah kepada Timbalan President, saudara Alcapone yang telah menemui cahaya cinta di hujung terowong kehidupan beliau. Hasrat beliau untuk meletakkan jawatan tidak dapat gua halang.

Gua ingin berkongsi rasa terharu dengan hasrat saudara Alcapone yang inginkan gua menjadi pengapit pada hari bersejarah beliau. Insyallah, gua sebagai President akan menimbangkan tawaran itu. Pengapit lagi........


Gua tengah emosi ni...



Baju yang disimpan lama

Hari ni gua pakai kemeja POLO yang dah hampir setahun gua tak pakai. Dulu baju ni besar, sekarang baju ni macam dah tak besar.
.





Kesimpulannya...
.
Baju yang disimpan lama dalam gobok akan menjadi kecil secara perlahan-lahan mengikut size tuannya.

Tuesday, June 1, 2010

Teka-teki seram...


2.45 am...
.
Kami saki-baki warga VWM (yang sudah bayar sewa sahaja) melepak di tingkat atas, bilik gua. Gelak melekek-lekek tanpa henti bagai dirasuk iblis tanpa menghiraukan anjing biri-biri yang sedang tidur nyenyak di rumah depan.
.
Kentang goreng McD yang masih panas berasap-asap diratah beramai-ramai.
.
"Okey, dengar ni. Aku ade teka teki." Mulut Chez yang penuh burger mengeluarkan suara.
.
"Kenapa Pontianak rambut panjang?" Chez.
.
Masing-masing terdiam. Perlahan-lahan gua tarik selimut, hujung selimut gua gigit, comel.



.



Jawapannye ape?
.
Siapa dapat jawab gua bagi Astro beyond.