Saturday, November 8, 2008

Abg Sahak Mentor Wanita

Panjang berbual aku dengan Zam tentang satu topic, WANITA pada malam itu. (Siapa Zam? Sila rujuk nota kaki di bawah). Dari cerita pengalaman nya bercinta dengan seorang celebriti tanahair, hinggalah ke episod cinta nya dengan seorang doktor kerabat istana.

Bertubi-tubi soalan Zam tentang status aku dan cerita hidup aku. Dari soal kerja ke soal WANITA. Sedikit sebanyak aku kongsi bersama. Kisah dulu, sekarang dan apa yang aku mahu untuk masa depan. Entah apa yang menarik nya kisah aku, kisah aku ini dipanjangkan ke Abg Sahak, seorang mentor permasalahan wanita di Bank Tentera.
Betul kata orang. Kalau nak kan nasihat, tanya lah orang yang lebih tua. Lebih berpengalaman. Butir2 nasihat nya bukanlah seperti sebutir nasi Raja Farah, tapi lebih tajam seperti butiran peluru, menerobos masuk terus ke kepala.
Fuh~ Abg Sahak memang legend la. Belajar la dari org yang lebih tua. Aku quote sikit kata2 dia untuk renungan bersama:
"Kain basahan wanita ni Mel, kalu ko nak tau.. adalah perasaan MALU. Macam mane kita nampak mereka ni terbuka ke, tapi perasan malu tu memang dah jadi sifat dia. Jangan la nak disalahkan kalu dia nk kita mula dulu..."

"Jangan gelojoh... Memang betul kita ada hati nk diluahkan. Tapi kalu kita nmpak sangat terburu2, dah jadi tak elok. Hilang dah..."

"Style abg ni memang suka melawak. Tapi masa abg nk mula masuk jarum kat kakak ko tu dulu, slow la sikit lawak tu. Biar dia nmpak luahan hati kita ni ikhlas, serius..."

"Nnt kalu dah kawin nanti, mase anak bini dah tido, tenung diorg... Lihat wajah isteri tika dia lena. Biar timbul rasa kesian, sayang yang mendalam. Insyaallah tak cari lain lah..."

"Shamil pun abg tgk segak, kerjaya ada, takde masalah la. Belum jumpe je tu..." (Unsur2 pujian mmg tak dapat aku tepis, aku terima je la.)


Nota Kaki: ZAM seorang technician yang paling "GP" di kalangan segala jenis manusia yang berjiwa raga di sebuah Bank Tentera. Bak kata Zam, posisi nya adalah yang paling tinggi di bank itu kerana Boss lain adalah Pengurus, tapi dia Mengurus... adalah betul nya jugak. Lantak lu la ZAM. Janji awek lu doktor.

2 comments:

azrie hafiz said...

Hidup Abang - abang..Abang Sahak, Abe Nasi Dagang, Abe kubur..semua berjaya..

faizalnayan said...

Ishhhhh Segak KAH?....

hahaha...tapi gua tau lu memang segak beb...