Kabus jantan sudah mula turun di luar sana. Kerja di pejabat tak pernah reti erti surut. Berlambak, menyemak dan menyesakkan. Aku gagah kan juga mata, bersengkangkan urat yang halus berselirat ke retina. Allocation aku sepanjang hari ini:
Siang: Tentera
Malam: Investment Bank
Tgh malam: Tentera
Celah2 malam dan siang: Manufacturing
Perut yang lapar perlu di isi. Kami (aku, macha and pjep) turun mencari sesuatu untuk di makan. Sarapan seawal 2.00 am. Perjalanan ke McD tak terasa jauh sebab jarak nya memang tak jauh langsung pun. Beratur dan bayar... terus ke meja.
Aku menghampiri meja pjep dan macha. Dari kejauhan nampak mereka rancak berbual. Aku masih berjalan longlai menahan ngantuk ke arah mereka kerana pesanan aku lewat siap. Semakin dekat aku ke meja, semakin aku dapat mendengar suara mereka. Pada jarak yang tertentu aku mula dapat mengagak topik perbualan mereka. Aku duduk... Jemari sedang menyusun juadah french fries dan double chez burger, telinga ku terus mencuri perbualan.
Ya... tepat sekali dugaan aku. Mereka berbual tentang topic pertunangan. =) Aku tersenyum, 'memandang' sahaja perbualan mereka. Tak perlu menyampuk, atau pun tak payah la menyampuk. Sehinggalah akhirnya topic berganti ke soal Dadah Musuh Durjana... aku mula berbicara. Petah seperti biasa...
No comments:
Post a Comment