Saturday, November 29, 2008

SEPI

Baru pulang dari kenduri kawen Tiong dan Amy. Tahniah, semoga bahgia ke akhir hayat. Seronok tgk gadis2 flower girl. Ade yg muka mcm Raja Farah, Raja Ema dan Raja Rajan. Bosan, aku pun balik umah.

Sepi petang ini. Aku buntu… goreng pisang yg dibeli dikunyah sorg. Pusing kiri pusing kanan, ruang tamu aku tetap tidak melebar. Kejap duduk, kejap bdiri, seluar aku masih juga terasa ketat. Aku buntu… sepi. Aku belek2 koleksi DVD.

Cita action… xnk la.
Cita horror… bosan.
Cita blue… mlm2 sket.
Cita cinta.. SEPI… Hmm… boleh jugak.

Pertama kali aku menonton filem SEPI. Sejak cerita ini mula ditayangkan di pawagam, aku berazam untuk menonton cerita ini. Khabar dari Azrie Prosper bahawa cerita ini sgt bersangkut paut dgn hidup aku membuat aku teringin benar menontonnya. Azamku ingin menonton dengan seseorang… seorang insan Hawa. Tapi smpai kesudah, tiada juga yg muncul. Mujur ade technology cetak rompak…

Di tengah jalan cerita, Nasrun Bin Anis muncul. Melayarkan drumsticknya buat bantal untuk tengkukku. Sekali sekala dia meraung kagum dengan watak Piere Andre. Azrie Prosper pula muncul, melingkar di penjuru sofa melayan filem ini untuk kesekian kali. Sekali sekala mata dikesat. Maklumlah, babak2 sedih mmg menjadi weakest point mamat ni. Suasana SEPI diselangi bunyi mesin basuh Hasrat….

Tak perlu aku kupas panjang lebar tentang isi cerita ini. Aku je yg dah ketinggalan. Air mata mereka yg menitis menonton cerita ini pun dah lama kering, kering menjadi tahi mata. Mujur aku tidak menangis, seperti biasa aku bersahaja. Hanya fikiran dan jiwa aku yang melayang melayari kekuatan jalan cerita filem ini. Memang memberi kesan yg mendalam. Syabas Kabir Zero Bahtiar Hero!

No comments: