Monday, August 30, 2010

Absorber sport

Angin malam yang bertiup sepoi-sepoi bahasa Peranchis membawa kedinginan pendingin hawa 4 kuasa kuda. Gua yang sedang berdiri di jendela sebuah pondok usang menggigil kesejukan.

Tapak tangan gua gosok-gosokkan pada lengan menghasilkan haba untuk mengurangkan kesejukan. Selain haba, gosokan tadi juga menanggalkan daki-daki lama, maka jatuh berguguranlah daki-daki itu di birai jendela.

Gua memerhatikan kereta gua yang baru diservis, terbiar di bawah garaj kayu yang hampir roboh. Anak tupai pokok sebelah ralit memerhatikan zink garaj yang sekali-sekala terkelepet di tiup hembusan angin malam.

Syyyyyyuuuuuh…. Angin malam bertiup mengeluarkan bunyi ala-ala seram.

Gua termenung. Baru tadi gua bertekak dengan tauke bengkel pasal kos servis kereta. Mana tidaknya, gua cuma suruh tukar minyak engine, air filter, dan perfume kereta. Ye lah.. Nak raya.

Yang dia dok bantai pasang absorber sport.

“Ni ape ni tauke? Bila masa saya suh pasang absorber sport ni? Kaler oren lagi tu, lu ingat keta gua Bugati Veyron Super Sport ke hape? Kalu macam tu radiator kasi pasang lagi tiga la..” Gua membebel. Tangan gua cekak ke pinggang. Satu jari gua kasi garu-garu, sebab pinggang gua kena gigit nyamuk sehari yang lepas.

“Soli la boss. Lu suluh bikin kasi cun, gua kasi la ini absorber. Takpa, kalu lu tatak suka. Gua kasi cabut balik la. Jangan malah-malah ar boss. Itu Tuhan tatak suka olang malah-malah ma..” Tauke itu bersuara.

“Haa… Cabut2. Ko ni tauke, gua ni Cuma nak balik kampong beraya. Bukan nak test keta kat litar Volkswagen. Lepas cabut absorber tu.. Bape sume?”

“Kile cincai… RM1,500 la boss… Gua kasi lu perfume gantung2 black ice punya flava ok tak boss? Ini perfume selupa punya itu Pimp my Ride punya” Tauke itu menokok tambah.



Hurm… Servis keta BMW X6 memang harga macam tu. Eh… Badan gua goyang-goyang. Eh… Goyang-goyang…



“Mel… Bangung. Kul 7 dah….”
Paiseh.





Wednesday, August 25, 2010

Kenapa adik-adik sanggup disuruh kerja sampai lewat malam?

Gua rasa ramai je antara kita yang pernah kena approach ngan adik-adik yang mintak derma, claim dari sekolah anak-anak yatim.

Jual kalender, jual bum untuk sapu kalau sengal-sengal lutut. Minimum sumbangan RM10. Kadang-kadang adik-adik ni bertebaran di tengah-tengah ibukota sampai lewat malam.

  • Kenapa adik-adik sanggup disuruh kerja sampai lewat malam? Mereka ni dibayar gaji ke? SOCSO? KWSP?
  • Bukankah malam adalah waktu untuk adik-adik ni mengulangkaji pelajaran? Paling-paling pun pukul 10.30 adik-adik ni perlu berehat depan Astro untuk menonton rancangan sukan seperti Kejohanan Badminton Dunia atau gusti WWE.
  • Adakah adik-adik ini digunakan untuk menjana keuntungan sesetengah pihak? Kalu satu kalender RM10, boleh mendatangkan keuntungan besar. Tapi uniform adik-adik ni tidak pernah pulak diupgrade ke kain sifon Paris.
  • Adakah sekolah mereka tidak mendapat saluran daripada pihak kerajaan atau badan-badan swasta yang hakikatnya sangat pemurah? Dana berjuta-juta ringgit dah diluluskan. Mana perginya?
  • Bukankah tugas untuk mencari sumbangan terletak pada bahu guru-guru atau kakitangan sekolah mereka yang bergaji dan berKWSP? Kalu perlu turun naik kementerian ke, pejabat-pejabat ke, naik lah.
  • Adakah ini satu rejim MLM baru?


Apa pun jugak persoalannya, gua tetap berpendapat adik-adik ini perlu mengulangkaji pelajaran di asrama, bukan bekerja. Masyarakat kita adalah masyarakat yang pemurah. Tapi kita juga tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan.


Sunday, August 22, 2010

"Yang ni tudung baru dik."

Gua pernah dengar nama Bawal 1, Bawal 2, Bawal 3, Bawal 4, Bawal Hitam, Bawal Goreng Kunyit, Bawal Goreng Tepung Kentaki.

Tapi tudung ni 1st time gua dengar....



"Yang ni tudung baru dik. Tudung 1 MALAYSIA..." Akak peniaga bumiputera Danau Kota berkata sambil membentangkan tudung rekaan terbaru.



Zaman Pak Lah dulu tak sempat nak cipta Fenomena Tudung Cemerlang Gemilang Terbilang.


Thursday, August 19, 2010

"Kesian sama anak saya encik. Batuk tak berhenti-henti"

Hujan turun renyai-renyai di perkarangan KL Sentral. Gua yang berjalan seiringan dengan awek gua sekali sekala mengelak tompokan hujan yang pelbagai bentuk. Ade bentuk bulat, bujur, segi tiga sama sisi. Bentuk tahi kucing pun ada.

Kami dihampiri seorang wanita berbangsa India dan anaknya yang berumur 12 tahun (gua syak la).

"Encik, tolong encik. Anak saya sakit asma, mau beli ubat mahal encik."

Uhuk.. Uhuk... Dan dan anak dia batuk.

"Kesian sama anak saya encik. Batuk tak berhenti-henti"

Uhuk.. Uhuk... Dan dan anak dia batuk lagi.

Gua serba salah. Antara perasaan menyampah dengan suara batuk itu dan simpati. Gua hulur sekeping not...

Wanita tadi sempat menjenguk apa yang ada dalam wallet gua.

"Encik, lagi sepuluh ringgit la encik..." Wanita itu bersuara lagi.

"Tolong la abang.. lagi sepuluh ringgit. Uhuk... Uhuk..." Anak dia bersuara.





Mak ai.....




Gua dah malas nak layan.

"Tolong la encik!! Uhuk!!" Ibu dan anak bersuara serentak.

Gua terus ke kereta dan akhirnya mereka berlalu.





Sebelum masuk kereta, gua usha ke arah mereka berdua. Anak dia dah tak batuk. Siap main lari-lari pijak tompok hujan.

Hurm.... Gaya sihat dan happy macam nak gi beli aiskrim Haagen-Dazs.

Monday, August 16, 2010

Terkenang pengalaman ramadhan zaman muda-muda dulu.

Gedek... Gedek... Gedek... (Bunyi train LRT Bumi Putra Rockers menyusur landasan besi yang melintang dari Gombak ke Kelana Jaya)

Gua yang berdiri tegak di tengah-tengah gerabak LRT dah mula terhuyung-hayang membalancekan badan. Mata sudah ngantuk, badan pun sudah letih. Bulan puasa la katakan.


Lain betul rutin hidup gua sekarang. Gua terkenang pengalaman ramadhan zaman muda-muda dulu.

1. Gua pernah terlupa berbuka puasa sebab gua sedang sibuk vouching document dalam stor file klien. Makanan pun gua tak sempat beli.

2. Gua pernah tidak tido 3 hari demi menyiapkan kerja sebelum cuti hari raya (tidak mandi dan tidak tukar baju). Akhirnya cuti gua terpaksa kasi burn satu hari.

3. Gua dulu rajin hadir program berbuka puasa di masjid memandangkan gua tidak ade gelfren untuk berbuka puasa bersama. Mase tu Prosper single lagi. Skang dah nak jadi bapak dah.

4. Gua pernah tido tepi jalan sebelum masuk waktu berbuka sebab jalan KL terlalu jam dan gua sangat mengantuk sebab terlalu tak cukup tido. Gua celik-celik je jalan dah clear nauzubillah.

5. Gua pernah sms awek gua pukul 6.30 petang setiap hari wish dia selamat berbuka puasa Sekarang buka puasa bersama-sama. =)




Cepat betul masa berlalu. Gua dah tua.

Tuesday, August 10, 2010

“Cukup tak macam ni kak?”

Gua menunggu dengan penuh sopan di bangku panjang sebuah pusat kesihatan. Sekali-sekala kaki dihayun-hayunkan ke depan dan kebelakang sementara menanti nama gua dipanggil.

“Amat Samel!” Tiba-tiba name gua dipanggil secara manual. (Kalau nama gua Raja Chulan, pasti diorang announce nama gua pakai suara Maya Karin).

Gua angkat tangan tinggi-tinggi agar akak ketua jururawat itu nampak gua. “Saya…” Jawab gua yakin.

“Ni untuk urine test..” kata akak ketua jururawat sambil menghulurkan cawan kertas. “Bagi sampel sampai sini tau.” Sambung akak itu sambil menconteng garis sebagai penanda aras.


“Mak ai… Banyak nye kak. Saya baru kencing tadi kak. Saya rasa tak bo…”

“Boleh… Awak cuba dulu.”


Mak ai… ¾ daripada cup??? Gua dah hilang konfiden. Baru tadi gua bazirkan urine gua begitu sahaja ke dalam mangkuk jamban. Kini gua terpaksa berusaha keras untuk memastikan yang sukatan air kencing dalam badan gua adalah pada tahap yang majikan gua mahukan.





Gua cuba.




“Kak…” Gua memanggil akak ketua jururawat sambil menghulurkan cawan kertas yang tidak lagi kosong.


“Letak kat situ ye. Duduk dulu, nanti akak panggil.”


“Cukup tak macam ni kak?” Gua berdebar….


“Cukup…” Balas akak ketua jururawat.


Baru gua tau, antara syarat lulus ujian saringan kesihatan adalah…. MAMPU KENCING MENGIKUT SUKATAN YANG DIARAHKAN PADA BILA-BILA MASA.






p/s: Selamat menyambut ramadhan al-mubarak ye.


Thursday, August 5, 2010

“Laa… Apasal panas..."

Gua beratur dekat depan mesin tekan-tekan kuar Nescafe cawan. Depan gua ade seorang mamat India. Depan mamat India tu ade sorang akak pakai tudung sedang berfikir nak minum air ape. Sekejap jarinya mahu menekan button itu, sekejap jarinya mahu menekan button ini. Setiap menu minuman dibaca sekali lagi, dari kanan ke kiri.

Gua tunggu… Kami tunggu…

Belakang gua dah ade seorang mamat Melayu.

Gua tunggu… Kami tunggu…

Akak pakai tudung masih berfikir nak minum air ape.

Gua tunggu… Kami tunggu…

Akhirnya akak pakai tudung itu menekan button Nescafe Hot. Lantas sebijik cawan kertas keluar dari mesin, diikuti dengan pancutan air panas dan pati Nescafe ke dalam cawan kertas tersebut. Dua bahan utama itu bercampur secara semula jadi. Maka terhasillah Nescafe Panas yang kelihatan sangat sedap dengan buih-buih kecil di atasnya.

Setelah selesai, akak pakai tudung itu pun mengambil Nescafe Hotnya dari dalam mesin tersebut.

“Laa… Apasal panas. Orang nak Nescafe sejuk…” Akak itu berkata pada Nescafe Hotnya.



Pulak….



Tuesday, August 3, 2010

Tak banyak yang berubah

Mak ai..... padat betul LRT Putra. Macam sardin. Selagi boleh himpit, selagi itu jugalah nak dihimpit. Masing-masing tidak mahu lewat ke tempat kerja, termasuklah gua.

Tidak banyak suara yang berbual, yang jelas kedengaran hanyalah bunyi sport rim 78 inchi LRT bergesel dengan landasan. Sesekali suara komputer perempuan kedengaran mengumumkan stesen berikutnya. Macam suara Maya Karin pun ade.

Gua yang dapat berdiri menghadap cermin tingkap tidak habis-habis berposing. Kejap betulkan tali leher, kejap betulkan kepala tali pinggang, stokin pun gua rasa nak betulkan. Parking spender gua adjust nanti, tak kan nak adjust kat dalam LRT lak.

Hurm.... Dah segak. Gua tenung lagi diri gua depan cermin. Tak banyak yang berubah, kecuali pipi yang semakin tembam dan susuk perut yang semakin mantap.

Perasaan ni sama macam zaman gua praktikal sekitar tahun 2006 dulu. Sekarang dah pertengahan 2010. Gua dah semakin tidak fresh grad... Semakin tua. Masa berlalu terlalu pantas.







"Stesen berikutnya, MASJID JAMEK..."

Gua bersiap nak turun. Hari pertama kerja. Berdebar? Tak lah... Gua steady je walau pun dah terlewat 5 minit.