Sunday, November 30, 2008

Siapa Fahrin Samat?


Siapa Fahrin Samat?
- Gagah berani
- Bekas apit kiri universiti
- Bawah lengan dijaga rapi
- Makan telor mata dan sup ekor setiap hari

"Bincang? Takde, mak xleh terima."

Mak: Hello Mel, tgh watpe? (suara serius)
Single: Hi Mak. Tak watpe, jalan2 cari psal je. Serius je suara?
Mak: Berjalan 24 jam... Buku bile nak bukak tu. Nnt fail lagi paper tu?
Single: Ala Mak, nnt la. Dah malas sebenarnya pikir ACCA ni.
Mak: MALAS? (suara dah tinggi) Ape nk jadi? Mak tak leh terima perkataan tu. Janji nk keje KL dan complete profesional in 3 years, ni hape pun tak jalan.
Single: Mak, nape ni. Kan kita dah bincang pasal ni...
Mak: Bincang? Takde, mak xleh terima. Pergi bukak buku!
Single: Mak.. nape ni..?
Mak: BUKAK BUKU!

Tup! Aku terjaga. Mimpi ngeri, mak marah sebab aku tak study... Aku capai hp. Trut.. Trut..

Single: Hello, mak...
Mak: Hi Mel, apa khabar? Amel tgh watpe tu?
Single: Sihat.. tak wat ape. Tertidur tadi. Teringat mak tiba2. Hihi..
Mak: Ye ke... alahai.. (suara lembut ibu sejati)

Aku terasa selesa...

"Boss, lu org saya tengok sumua banyak hensem..."

Mapley menghantar pesanan. The O ais, mango juice, teh tarik dan teh halia diletak di atas meja.

Single: The halia siapa punya Mapley?
Mapley: Tadi abg ada order satu teh halia apa…
Single: Mana ade, kan order 2 teh tarik tadi. You dah counter check kan. (Asun, Macha dan Cahaya menyokong pendapat aku. Mapley terdiam…)

Mapley: Ala abang, itu teh halia dalam sikit juga halia. Rase ada sikit juga sama. Boleh la bang.
Single: Eh, mana boleh. Saya tak suka teh halia la.
Mapley: Boleh la bang…
Single: Mane boleh, you sudah salah order. Sape mau minum?
Mapley: Ini abang boleh minum juga… (menuding pada Cahaya)
Cahaya: Eh, aku pulak. Saya allergic halia…

Akhirnya Mapley berlalu dengan wajah takut dimarah boss. Kami yang blur gelak tak kasi peluang… Perut dialas, perjalanan diteruskan.

Di legaran Starhill, kami merayau2 mencari pasal. Pasal sudah dicari…

Kelibat Micheal terbatuk2 mencuri perhatian. Micheal tersenyum ke arah kami, dan jalan menghampiri kami. Kami yang mesra dan cool xde problem.

“Boss, lu org saya tengok sumua banyak hensem. Bila2 pun boleh dapat girlfren cantik. Jangan takut. Uhuk2…” Kami ketawa, mengangguk mengiakan segala pujian. Berbual kosong… Penat bicara topic tentang “kita bumiputera”, Micheal mengubah issue tilikan tapak tangan.

Tangan aku dicapai dan dibelek penuh mistik…
“Boss, u umur sekarang sampai nnt tua, line clear. Sakit tiada don’t worry. Duit u banyak, pandai cari tapi suka spending. Tak pandai simpan. Erm.. (belek tangan aku) Kawin u isteri dua. Anak tiga… Bahgia.” Haha.. wat eva la Micheal.

Tangan Asun, Cahaya dan Macha pun dibelek2. Penuh emosi dan fantasi dia menceritakan apa yang dapat dibaca dari setiap garis2 tapak jari. Kami ketawa berdekah2, mengutuk satu sama lain. Orang ramai mula mengerumuni, kami seperti selebriti. Tak segan, muka bangga.

Embun mula turun, kami beransur mencari seteguk minuman membasahkan tekak. Mencari Mamak terdekat. Uuuh~ Ada gadis cantik di Mamak itu. Awek tadi la... Erm... Boleh jadi teman berbual.. Pantas~

Embun hampir berhenti. Beransur pulang, solat subuh dan tidur lena diulit mimpi indah. Deretan empat puaka tidur di ruang tamu, dengkuran silih berganti...

Saturday, November 29, 2008

SEPI

Baru pulang dari kenduri kawen Tiong dan Amy. Tahniah, semoga bahgia ke akhir hayat. Seronok tgk gadis2 flower girl. Ade yg muka mcm Raja Farah, Raja Ema dan Raja Rajan. Bosan, aku pun balik umah.

Sepi petang ini. Aku buntu… goreng pisang yg dibeli dikunyah sorg. Pusing kiri pusing kanan, ruang tamu aku tetap tidak melebar. Kejap duduk, kejap bdiri, seluar aku masih juga terasa ketat. Aku buntu… sepi. Aku belek2 koleksi DVD.

Cita action… xnk la.
Cita horror… bosan.
Cita blue… mlm2 sket.
Cita cinta.. SEPI… Hmm… boleh jugak.

Pertama kali aku menonton filem SEPI. Sejak cerita ini mula ditayangkan di pawagam, aku berazam untuk menonton cerita ini. Khabar dari Azrie Prosper bahawa cerita ini sgt bersangkut paut dgn hidup aku membuat aku teringin benar menontonnya. Azamku ingin menonton dengan seseorang… seorang insan Hawa. Tapi smpai kesudah, tiada juga yg muncul. Mujur ade technology cetak rompak…

Di tengah jalan cerita, Nasrun Bin Anis muncul. Melayarkan drumsticknya buat bantal untuk tengkukku. Sekali sekala dia meraung kagum dengan watak Piere Andre. Azrie Prosper pula muncul, melingkar di penjuru sofa melayan filem ini untuk kesekian kali. Sekali sekala mata dikesat. Maklumlah, babak2 sedih mmg menjadi weakest point mamat ni. Suasana SEPI diselangi bunyi mesin basuh Hasrat….

Tak perlu aku kupas panjang lebar tentang isi cerita ini. Aku je yg dah ketinggalan. Air mata mereka yg menitis menonton cerita ini pun dah lama kering, kering menjadi tahi mata. Mujur aku tidak menangis, seperti biasa aku bersahaja. Hanya fikiran dan jiwa aku yang melayang melayari kekuatan jalan cerita filem ini. Memang memberi kesan yg mendalam. Syabas Kabir Zero Bahtiar Hero!

Friday, November 28, 2008

Sijil Berhenti Sekolah

Petang yang suci, tertiarap depan tenet.
Azrie: Mel, sijil berhenti skola ape ek dalam BI?
Single: Erm... ntah ek. Certificate of Dismissal of Student of School?
Azrie: Eh, ye ke.. Erm.. Certificate of Stopping School kot. Cara jugak...

Thursday, November 27, 2008

"Cantiknye korang menangis...."

Paiseh Si Rambut Saiya di sofa, dengan kaki menghala ke kiblat. Kusyen sofa dijadikan sandaran, menongkah tulang belakang pada posisi 45 dgree. Kepala diteleng ke kiri. Mata tidak berkelip...

Azrie Prosper terlentang tenang. Jemari kaki dikuis2 pada plastic keropok lekor, sudah habis. Tangan mengusap2 btol F&N, perlahan penuh dramatis. Mata tidak berkelip...

Aku cuma berlenggeng. Dgn towel londeh, cuba meniarap kemas meminimumkan dedahan peha yang putih, sambil dagu bertongkat. Mata tak berkelip...

"Cantiknye korang menangis...."

TV9 meneruskan siaran 'Gadis Melayu'. Asyik~

Bila aku terpandang, mereka tersipu...

Pertama kali menggunakan LRT sejak Stesen Masjid Jamek di upgrade. Lame tak guna escalator dia yang tinggi dah jauh lagi bersilang kanan naik kiri turun ni. Berjalan perlahan, membunuh masa.

Kaki menjejak escalator, kiri turun… Mata memerhati deretan manusia di sebelah escalator kanan naik. Ramainye orang dan gadis2 orang.

Uiks… Mata terpaku pada seorang gadis cina yang sangat cantik. Wajah letih pulang dari kerja, bibir masih cantik, nmpak basah dan segar merah bibir itu. Dia terpandang aku, aku terus usha… Fuh~ memang cantik… dan berlalu dia dibawa ke atas oleh escalator kanan naik. Malas nk telengkan leher, nnt sakit.

Ops.. Baru aku sedar, rupa nya ade dua pasang mata memerhati aku dari tadi. Bila aku terpandang, mereka tersipu... mereka bergelak kecil cuba bergaya comel. Aku terus pandang ke hadapan. Tak cantik~

"Bukan ape wei… Ni pasal keta kau..."

Pada tengahari yang suam2…

Lokasi: JB
Bunyi latar: Engine bus
Anggaran masa: Sebelum bus bergerak
Input: HP berbunyi. Name Azrie Prosper terpampang. Truuut.. Truuut… Truuut…

“Hello, Samel speaking. Can I help you?”
“Hello Mel, lu katne”
“Hello bro… gua dalam bus ni. Kat Jb lagi.. ape cer”
“Ohh… dah nk balik kl la ni. Ok la… Erm… Takpe la, kat kl aku cerita”
“Haah, petang sikit gua smpai la. Lor.. cite je la… Alang2 menyeluk seluar…”
“Erm… cmne nk ckap ek… Nnt la aku cite. Tapi ko kena byk bersabar la weh…”
“Eh… apesal wei? Rumah kena pecah ke?!”
“Bukan rumah.. Ala… tak sampai hati la nk ckap. Ko cakap ngn Chezzo la..”

Suara bertukar. Bau saloon, tapi tak patah…

“Hello Mel, Chezzo ni..”
“Hello, ha Chezzo. Ape cer ni? Suspen je dengar? Cite la kat aku…”
“Bukan ape wei… Ni pasal keta kau. Kau parking keta katne aritu..?”
“HAA…! Apasal wei keta aku? Hilang ke? Bbbbe.. Bile ko perasan?”
“Bukan hilang la, banyak daun atas keta ko. Nampak mcm dah lame tak guna.. Hehe…”

Paru2 aku berair… terharu…

"Abg jangan risau. Kite straight ke KL"

Aku berjalan steady meredah orang ramai di stesen bus. Entah ape yang diorg buat ramai2 kat sini, aku pun tak tau. Takde gaya macam nk cari bus pun aku nampak. Jam dah pukul 12.20 tghari..

“Bang, KL skang bang?” Ceh, cepat je ulat ni…
“Bape ringgit?”
“RM31 bang.”
“RM31? Mahalnye…”
“Standard la bang. Abg tgk semua counter pun jual harga ni.”
“Bus ni straight KL ke, atau ade singgah Seremban?”
“Abg nak straight KL kan? Ye la… xde singgah2 Seremban.”
“Betul eh..?”
“Betul la bang. Kita faham la penumpang kite yang nk balik KL. Kalu bus singgah Seremban nnt diorg bising. Buang masa. Abg jangan risau. Kite straight ke KL.”
“Ok la. Satu seat eh.” Aku membuka wallet, dan terus membayar.
“Ok cun, time kasih bang eh. Meh saya tunjuk kan bus… Lagi sepuluh minit dia gerak.”

1.00 petang, bus bergerak meredah kesesakan bandaraya Johor Bahru. Perjalanan di lebuhraya pun agak lancar, namun kerap diselangi adegan brek2 merobek jantung dan suara pemandu yang berbual menggunakan handphone monophonic. Background music Carta Lagu Tamil Terhangat berkumandang…

5.30 petang, bus belok ke kiri, simpang ke Seremban…

Johor kecoh!

Situasi 1: Ruang tamu rumah.
Abah
: Amil tau tak Mufti Johor dah tukar?
Aku: Eh, bile?

Situasi 2: Kenduri kawin dan meja dif kehormat.
Ahli Parlimen: Tuan tau cite pasal Mufti baru?
Abah: Ade la dengar cerita. Datuk tau dari siapa?

Situasi 3: Banglo markas Warga2 Ibu mithali nak pergi haji
Kawan atuk:
Betul ke cerita pasal Mufti Johor tukar?
Atuk: Kawan dengar macam tu la.. Tapi sebabnye kawan tak tau pulak.

Situasi 4: Pemandu teksi dan penumpang
Pemandu:
Puan dah dengar cite pasal Mufti Johor dah tukar?
Aunty Eisya: Eh, betul ke? Tiba2 je... Kenapa?

Situasi 5: Pejabat depan bukit Timberland
Aunty Eisya:
Kak yah tau pasal Mufti Johor dah tukar?
Mak: Tau… Eisya dengar dari siapa?

Betul ke Mufti Johor dah tukar? Yaa….
Kenapa? Entah la, macam2 versi cerita. Wallahualam…

Tuesday, November 25, 2008

Misterinya Nusantara…

“Semalam ade orang datang nk ubat Nenek..” kata atuk Nab. Lazimnya, orang Johor membahasakan Nenek sebagai Moyang. Atuk pula boleh merujuk kepada Atuk lelaki atau Atuk perempuan. Dalam kisah ini, Tuk Nab adalah atuk perempuanku, manakala Nenek merujuk kepada Moyang perempuan aku.

Tuk Nab menyambung lagi, “Maka bila mana dibacakan ayat Kursi dan potongan ayat2 Quran, orang tu sapukan kain telekong putih ke badan nenek. Gaya nya seolah2 membersih kan sesuatu aje. Dengar jelas kumat kamit bacaannya”

“Selesai disapu, cepat2 dia buangkan kain itu ke pokok tu. Tak sangka pulak pokok tu melecur, ade kesan seperti kena minyak panas. Tu… cuba Amil tengok pokok tu…” Aku terkejut… memang ade kesan melecur pada daun pokok ini!

Template Baru~

Erm... lega sikit mata melihat.. Huhu~
New template...
Fresh beginning...
Assamekom! =)

Saturday, November 22, 2008

Cerita lama.. dikenang biar, nk ungkit biar berbaloi ( sebuah puisi kontot berakhir "an")

Kisah itu kisah lama.. ade ke permulaan, bila berakhir pun aku tak perasan...
Kisah itu kisah lama.. aku perasan, memang tiada pernah wujud perasaan...
Kisah itu kisah lama.. nk di kenang biarkan, di ungkit jangan...
Kisah itu kisah lama.. baik jadi tauladan, buruk jadi sempadan... buruk ke masalahnye?
Aku cuma menyusuri perjalanan hidup, perkenalan itu cuma cebisan ketentuan Tuhan. Jauh lagi perjalanan ini, itu pun kalau diizin kan...

Kepada yang terkesan, ampun maaf aku hulur kan.
Kita cuma insan, tidak lari dari kesilapan.
Tapi serious beb, gua mintak maaf beribu riban!

Friday, November 21, 2008

Take it easy... Fuck you!

It is Saturday, and im here in office. Tryin fuckin hard to finish this bloody miserable fuckin job. Files are everywhere, Gamx koyak, client keep sending emails, ACCA exm is just around d fuckin corner lot. Stress gila babas!
While browsin thru my unreaded mails, i noticed an email from Ryan Lee (my buddy) titled "Great Philosophy". I clicked...

".... Life is definitely not about work! Work is only necessary to keep us living so as to enjoy the beauty and pleasures of life. Life is a balance of Work and Play, Family and Personal time. You have to decide how you want to balance your Life. Define your priorities, realize what you are able to compromise but always let some of your decisions be based on your instincts. Happiness is the meaning and the purpose of Life, the whole aim of human existence.
So, take it easy, do what you want to do and appreciate nature. Life is fragile, Life is short. Do not take Life for granted. Live a balanced lifestyle and enjoy Life!"
(extracted)
I clicked my Gamx, and continue working. Dalam hati berkata... "cakap senang la..." Anyway, thanks to Ryan for the email. I'll think about it later.

Wednesday, November 19, 2008

Allo bro...

"Allo bro, good news for you. One hot chick is coming to your place for internship. Shes hot man! I mean, damn hot..."
(extracted from my mailbox)

Tuesday, November 18, 2008

Warkah Untukku...

"Takde ape, cuma I nak mula lupakan perasaan ini"
" Tak kan la tiba2 perasaan ini boleh terus hilang. Mesti la ada lagi. Melekat kuat je bila nak di padam."
"I ade buku khas tau untuk curah kan semua rasa ni"
"Nanti baca dan hayatilah dengan mendalam maksud nukilan ini ya"
"Anggap nukilan ini nnt hadiah buat you..."
"Thanks for those sweet memories."

My sweet and sour Ahmad Shamil Fitri …
(I dedicate this for my one and only Ahmad Shamil Fitri)

My Ahmad Shamil Fitri,
Gerak tubuhnya tidak pernah mampu berbohong,
Walau bicaranya seakan sesat dijalan yang terang

My Ahmad Shamil Fitri,
Waras dan yakin dalam petah bicara
Walau terkadang minda hanyut dalam kelam perasaan

My Ahmad Shamil Fitri,
Bukanlah seorang pujamgga yang gemar menabur bicara
Hanya seekor pungguk yang merindui terang bulan

My Ahmad Shamil Fitri,
Lekanya mengangumi bidadari ciptaan yang agung,
Menyusun mengatur duri di sepanjang jalan

My Ahmad Shamil Fitri,
Punya banyak jalan terbentang dihadapannya
Namun masih sesat di jalan yamg sunyi

My Ahmad Shamil Fitri,
Loveable, adorable, sweet and charming
Namun lenanya terlalu panjang

My Ahmad Shamil Fitri,
Lelapmu mendamaikan hati di malam sunyi
Seakan mengajarku erti sepi

My Ahmad Shamil Fitri,
Menemaniku sepanjang perjalanan
Semampumu memberikan ketenangan

My Ahmad Shamil Fitri,
Yakinlah engkau dalam pendirianmu,
Tetaplah engkau dalam perasaanmu
Lihatlah terangnya jalan suluhan hati
Walaupun mata hatimu terkadang kabur
Kerana mata hati tidak pernah menipu
Insan yang bernama manusia

Kalu lu orang jadi gua, lu orang terpinga2 tak..?









Sunday, November 16, 2008

Ceria kan Isnin ANda

Aku baru bangkit dari tido (yang sengaja aku lajak kan ke jam 11.30 pg isnin) tika terdengar suara Azrie Prosper sayup. Aku masih mamai...
"Sudah lah wei, apa nak di tipu diri sendiri tu. Lama mana sangat ko boleh tido Mel? Gedebe...."
"Erm.... Jam berapa skang?"
"Dah 11.30 dah. Ko apsal tak keja pulak arini?"
Eh, aku tak kerja? Hehe... Ya, hari ini aku ambil keputusan untuk tidak bekerja. Aku malas campur protes dgn apa yang sedang aku lalui dalam hidup aku. Minggu lepas aku kerja hingga lewat pagi, hampir setiap hari. Sabtu lagi aku berkerja smpai dinihari. Ahad pun aku megkerja kan diri sampai hampir tak sedar diri. Bila aku nk renggang kan urat belikat rehat kan diri?
Jam 8.30 tadi bangkit, terus mencapai telefon bimbit yang bersembunyi. Suara Hasrat Tokan yang bergayut dengan Mdm Nik agak menggangu konsentrasi aku. Ceh... mndayu suara dia dengan mdm NIk. Biarkanlah... Jari aku mendail... 03-7495 8xxxx. Trut... Trut...
"Hello, can i speak to Stella please..." menunggu sejenak...
"Hi Stella, Shamil here. Yup, Amat Samel.... Im taking an MC today ya. Not EL, MC.. Alrite, thanks. Btw, can you tell PSC bout this. Shes my current manager. Thanks alot Stella... Bye!" Click!
Settle! Lega gile rasa nya... Aku smbung tdo, hingga lah mimpi "kerja" ku di ganggu Azrie Prosper. Thanks Bro! Erm.. nk buat apa hari nih eh? Fikirkan nnti, yang pasti kepala ku agak ringan hari nih...

Saturday, November 15, 2008

Pepatah Pantas

Karam Singh Walia:
"Malu bertanya kawan, sesat cari jalan pulang" Lenghty!

Asun:
"Malu makan, lapar." Solid!

Wednesday, November 12, 2008

Dinihari KLCC

Aku perlu menghantar Lyd pulang sebelum hari semakin lewat. Tapi dia teringin melihat keindahan KLCC di waktu malam. Tidak menjadi masalah, kerna aku pun tak pernah jemu menatap kemegahan bangunan ciptaan manusia ini. Bila dilimpahkan cahaya lampu sorot, cantik nya luar biasa. Lyd pun jarang ke KL di waktu malam.

Kami berjalan bersiar2 di halaman KLCC. Kelibat mereka yang bergambar kenangan di sisi KLCC menarik perhatian kami. Aku pun turut merakamkan gambar Lyd untuk dia jadi kan kenangan. Dia nampak seronok.

Sesudah bergambar, kami ingin beredar pulang. Lyd pun nampak sudah penat mendongak melihat KLCC. Kami mengatur langkah ke kereta. Dari kejauhan kelihatan dua lelaki berpakaian hitam berjalan bertentangan kami. Aku biarkan, warga kota biasa kot… Kami berselisih dan mereka berlalu.

Tapi aku rasa curiga. Selang lima langkah, mata hati ku berkata ada sesuatu yang tak kena. Aku cuba mencuri pandang ke belakang, mereka kini mengekori kami dari belakang! SHIT!

“Lyd, u jaga handbag you.I rasa ade orang follow kita” Lyd tersentap, dan air mukanya berubah, cepat2 mengalihkan beg tangannya ke sisi aku.

Kami meneruskan perjalanan, gerak kaki masih tenang. Dari bayangan di depan ku, aku dapat merasakan mereka semakin hampir. SHIT! Tak boleh jadi ni, berani sungguh. Aku berhenti dan menoleh ke belakang. Spontan tangan aku menggenggam, mata aku menjeling tajam ke arah mereka. Mereka terdiam… dan tiba2 tunduk ke bawah. Spontan langkah mereka dibuang ke kiri, terus menghala entah ke mana. Yang penting bukan lagi mengekori kami… Terus berlalu… Eh… Macam tu je…

Tanpa membuang masa kami terus menuju ke kereta. Fuh~ Lega… Tiba2 lengan terasa ketat. Aku tak perasan sejak bila tangan Lyd berpaut erat pada lengan ku. Yang penting kami selamat…

Puduraya Pun Boleh Jadi Cerita

Latar belakang kaki lima Puduraya. Ramai orang dan suasana nampak sangat sibuk, macam real. Sang ulat sibuk mencari penumpang. Kelihatan kau mendukung anak dan suami setia di sisi, berjalan laju. Nampak tergesa2, entah ke mana hala tuju. Tiba2 kau menoleh, dan tersenyum. Lantas memulakan bicara…

“Eh, Samel. Awak kat sini?
“Haah, hantar adik naik bus. Parents kita pun datang kejap lagi. Awak nak ke mana? Laju je jalan ha…”
“Awak, kita nak ke Cameron Highland. Bercuti satu keluarga. Mesti sejuk kat sana.”
“Oh, ye ke.. kita tak pernah pergi. Tapi orang kata sejuk. Jaga2, nnt kesejukan anak awak tu…”
“Tu la pasal, takpe ade sweater. Dah ready dah. Ops… ok la. Nak cepat, nnt ketinggalan bus. Bye…”
“Ok, u guys take care, have fun!”
Kau berlalu, nampak tergesa. Dari jauh aku memerhati smpai kelibat mu hilang di celah kesibukan orang ramai.

Mimpi kan kau lagi… Terjaga dan blur. Dah lewat ke Sunway… Damn!

Saturday, November 8, 2008

Abg Sahak Mentor Wanita

Panjang berbual aku dengan Zam tentang satu topic, WANITA pada malam itu. (Siapa Zam? Sila rujuk nota kaki di bawah). Dari cerita pengalaman nya bercinta dengan seorang celebriti tanahair, hinggalah ke episod cinta nya dengan seorang doktor kerabat istana.

Bertubi-tubi soalan Zam tentang status aku dan cerita hidup aku. Dari soal kerja ke soal WANITA. Sedikit sebanyak aku kongsi bersama. Kisah dulu, sekarang dan apa yang aku mahu untuk masa depan. Entah apa yang menarik nya kisah aku, kisah aku ini dipanjangkan ke Abg Sahak, seorang mentor permasalahan wanita di Bank Tentera.
Betul kata orang. Kalau nak kan nasihat, tanya lah orang yang lebih tua. Lebih berpengalaman. Butir2 nasihat nya bukanlah seperti sebutir nasi Raja Farah, tapi lebih tajam seperti butiran peluru, menerobos masuk terus ke kepala.
Fuh~ Abg Sahak memang legend la. Belajar la dari org yang lebih tua. Aku quote sikit kata2 dia untuk renungan bersama:
"Kain basahan wanita ni Mel, kalu ko nak tau.. adalah perasaan MALU. Macam mane kita nampak mereka ni terbuka ke, tapi perasan malu tu memang dah jadi sifat dia. Jangan la nak disalahkan kalu dia nk kita mula dulu..."

"Jangan gelojoh... Memang betul kita ada hati nk diluahkan. Tapi kalu kita nmpak sangat terburu2, dah jadi tak elok. Hilang dah..."

"Style abg ni memang suka melawak. Tapi masa abg nk mula masuk jarum kat kakak ko tu dulu, slow la sikit lawak tu. Biar dia nmpak luahan hati kita ni ikhlas, serius..."

"Nnt kalu dah kawin nanti, mase anak bini dah tido, tenung diorg... Lihat wajah isteri tika dia lena. Biar timbul rasa kesian, sayang yang mendalam. Insyaallah tak cari lain lah..."

"Shamil pun abg tgk segak, kerjaya ada, takde masalah la. Belum jumpe je tu..." (Unsur2 pujian mmg tak dapat aku tepis, aku terima je la.)


Nota Kaki: ZAM seorang technician yang paling "GP" di kalangan segala jenis manusia yang berjiwa raga di sebuah Bank Tentera. Bak kata Zam, posisi nya adalah yang paling tinggi di bank itu kerana Boss lain adalah Pengurus, tapi dia Mengurus... adalah betul nya jugak. Lantak lu la ZAM. Janji awek lu doktor.

Tuesday, November 4, 2008

WHAT....!

Im stunned. Nothin much to say... for further details, read this...
www.azriehafiz.blogspot.com

Monday, November 3, 2008

Perut lapar topic hambar

Kabus jantan sudah mula turun di luar sana. Kerja di pejabat tak pernah reti erti surut. Berlambak, menyemak dan menyesakkan. Aku gagah kan juga mata, bersengkangkan urat yang halus berselirat ke retina. Allocation aku sepanjang hari ini:
Siang: Tentera
Malam: Investment Bank
Tgh malam: Tentera
Celah2 malam dan siang: Manufacturing
Perut yang lapar perlu di isi. Kami (aku, macha and pjep) turun mencari sesuatu untuk di makan. Sarapan seawal 2.00 am. Perjalanan ke McD tak terasa jauh sebab jarak nya memang tak jauh langsung pun. Beratur dan bayar... terus ke meja.

Aku menghampiri meja pjep dan macha. Dari kejauhan nampak mereka rancak berbual. Aku masih berjalan longlai menahan ngantuk ke arah mereka kerana pesanan aku lewat siap. Semakin dekat aku ke meja, semakin aku dapat mendengar suara mereka. Pada jarak yang tertentu aku mula dapat mengagak topik perbualan mereka. Aku duduk... Jemari sedang menyusun juadah french fries dan double chez burger, telinga ku terus mencuri perbualan.

Ya... tepat sekali dugaan aku. Mereka berbual tentang topic pertunangan. =) Aku tersenyum, 'memandang' sahaja perbualan mereka. Tak perlu menyampuk, atau pun tak payah la menyampuk. Sehinggalah akhirnya topic berganti ke soal Dadah Musuh Durjana... aku mula berbicara. Petah seperti biasa...

Sunday, November 2, 2008

Suwey Sunday...

Pale otak stress nk bagi angka2 bodoh ni seimbang. Otak pun dah senget, nk kasi akaun orang lain seimbang, pigirah mabuk..
Tensen ngn kerja sendiri, teringin nk tukar profession. Gi tangkap, layan eksos bocor. Terfikir nak jadi penyanyi, bergambar berposing ala2 Scoin.
Dah bosan jadi penyanyi, terasa suara tak sedap. Tgk je la Mikail Jackson Kalimuthu "Geli mat" menari. Teringin pula jadi penari. Noordin melekek gelak, padahal dah hari2 tgk.

Bile ngntuk tido la. Kerja? Pergi la mampos....

Speed Date Invitation


I was invited to try Speed Date by one of my fren (as if im am desperate to find one.. Naaaa... Hihi..) Have u guys heard bout it before? I never thought that we have such event here in Malaysia. Interestingly, the Speed Date is organized for Muslims professional only. Let me share some background bout Speed Date (extracted from http://www.date-escalade.blogspot.com/)

What?
Speed dating is a dating system whose purpose is to encourage people to meet a large number of new people. Our version of speed dating involves a group of Muslim singles, that meet and date each other for 5 minutes, after which you can decide whether or not you would like to see them again, and you only get put in contact with the people that you want to meet who also want to meet you again – no more awkward phone calls and no having to avoid people you don’t like.

Who?
Single Muslim profesionals

Why?
This is a perfect event where you get the chance to get to know 10 people from the opposite gender and network with 9 other people from the same gender. The value of 10 dates for the price of 1?

Where?
Location will mostly be at restaurants which serve Halal food and non-alcoholic beverages. They will rotate the location for every event to keep the environment different and full of surprises!
Sounds interesting? For me, it sounds very2 interesting. I dont see any reason why I shud ignore this invitation. Nothin to lose... =)