Wednesday, April 7, 2010

"Lembaga peperiksaan kat ne?"

Gua kat putrajaya. Nak parking kat pejabat pentadbiran, tapi takde parking. Gua parking kat alamanda. Jalan maraton.... Sampai di kementerian pelajaran malaysia.

Cuaca panas.. Gua jalan.

"Lembaga peperiksaan kat ne?"

"Encik jalan terus. Nampak kementerian kesihatan, sebelah kiri.

Cuaca panas.. Gua jalan.

"Lembaga peperiksaan kat ne?"

"Sebelah sana encik, kat bangunan tinggi belakang tu. Encik turun bawah ikut tangga belah kiri."

Cuaca panas.. Gua jalan.

"Lembaga peperiksaan kat ne?"


"Tu dia encik."

Cuaca panas.. Gua jalan.

"Ni lembaga peperiksaan ke? Saya nak mintak salinan..."

"Encik gi lobby utama kat bangunan sebelah cik."

Cuaca panas.. Gua jalan.

"Ni lembaga peperiksaan ke?"

"Ye encik. Boleh saya bantu?"

"Bagi saya air sejuk satu gelas...."

.
.
.
.
.
.

Besar Putrajaya ni ye...

5 comments:

h a n i e said...

study peta putrajaya tu bebetul lain kali..

hahahaha..

Zie said...

kitorg p sane akhir bulan 3 baru2 ni..luasss gile..yg penting architecture building die mantap terutama 2 masjid tuh..

mst dlm otak u hanya ade "air,air airrrr...."

hahaha

paiseh said...

jangan malu2 taruk payung merah jambu dalam kereta~

kay karim said...

parking limited...normal lah tuh..aku bp kali kn saman ngan perbadanan putrajaya sbb parking merata!

Im Single said...

hanie, gua ni suke redah je.
zie, gua dah tak pikir bgunan lawa dah.. haha...
paiseh, gua igt nk letak towel purple la.
kay, gua pun kena saman aritu. sbb gua parking sebelah alamanda. haha..