Wednesday, April 14, 2010

ASF is leaving the Building… Sayonara...

2006

Gua join sebagai budak praktikal. Gua dikenali sebagai budak praktikal paling comel. Mase tu muda belia lagi. Pinggang size kerengga, pipi bujur macam bola ragbi belum isi angin.
.
Kerja gua simple2 je. Tolong check2 dokumen, amend draft account, audit kecik2, tolong fotokopi. Mase tu gua gagah bangun pagi setiap hari seawall kul 6 pagi. Letaklah mane hala pun client, memang gua gagah naik LRT ke hulu ke hilir.
.
Beg laptop warna hitam gua galas. Masa tu muka bangga je balik kerja lewat malam. Rasa macam betul2 dah keje. Dalam LRT wat muka steady, leher bangga terkalung tag Ernst & Young. Asal balik je mesti dah gelap cuaca. Jarang sempat tengok berita dunia jam sepuloh.
.
Balik bilek hostel, biasa nye member gua yang praktikal kat Price Waterhouse Coopers ngan Azman & Wong dah siap separuh bogel mengadap PS2 kat bilek. Kawan gua yang kerja kat KPMG tu dah tak reti pulak nak datang umah. Sibuk keje agaknye.
.
Seronok rupanya praktikal kat sini. Semua orang baik2, sangat baik. Gua selalu cerita kat mak gua, kerja penat tapi gua seronok. Gua pasang angan2, nak keje betul2 kat Ernst & Young.
.
2007 – join balik. Mula rasa tekanan.

2008 – Penat, tertekan. Tapi gua gagahkan.

2009 – Penat, tertekan. Hampir rebah, tapi gua gagahkan.

2010 – Takde la penat sangat, sebab dah lali. Gua layan kan…
.
.
.
.
.

Gua tak tau ape yang dah berlaku sepanjang tahun2 ni.
  • Rase macam baru semalam gua kumpul ramai2 kat bilek training untuk orientasi staff baru, rasa macam ramai kawan2 UIA yang join sekali mase tu.
  • Rasa macam baru semalam gua gelak2 ngan geng2 GFS kat tangga.
  • Rasa macam baru semalam gua tak tido 3 hari sebab nak setel kan 2 unit trust, 2 test of control, monitor 5 unit trust yang lain sebelum cuti raya.
  • Rasa macam baru semalam gua pusing satu KL menjelajah ke merata ofis klien.
  • Rasa macam baru semalam gua hampir accident sebab tertido mase drive jap 6 pagi.
  • Rasa macam baru semalam geng2 dak melayu melalak dekat pantry level 21, makan ramai2 kat ali maju, main perang2 kat Tanamera, main pool kat kat kedai ngn dak2 REC, SVS, TCE, TSRS.
  • Rasa macam baru semalam gua dapat laptop ni…

Hari ni hari last gua kat Ernst & Young. Gua tak tertulis semua kenangan gua kat EY. Banyak sangat… Segalanye yang dulu gua rasa pahit, tapi kini gua rasa manis. Gua kenal lebih dari sekadar persahabatan di sini. Gua belajar lebih dari sekadar ilmu.
Gua akan rindu semua ni…

Dear EYIANS,

ASF is leaving the Building…

11 comments:

lizs ally said...

all the best bro,

4 years is more than enough to gain the experience..MIA membership pun dah dapat..

gua tgh gagahkan diri tggu smpai 3 tahun next year..aduss lama lagi la plak..

free said...

sedih la pulak kesah lu..siot btol..tapi apepun bro, life must goes on, change is crucial, and what doesnt kill us make us stronger, gua doakan lu berjaya

ezam said...

all the best in your future undertakings!!!!

norhaliana said...

sedih la tu.. tak malu! kerja mana lepas ni??

shera said...

Rasa macam baru semalam gua tak tido 3 hari sebab nak setel kan 2 unit trust, 2 test of control, monitor 5 unit trust yang lain sebelum cuti raya.

I witness this!!!!!!

congrats shamil!

u will be missed!

paiseh said...

ramai juga lu punya opismet baca blog ni ye~
nasib baik gua tak mcmni. kehkehkeh~

pikir ke hadapan.. xkn laa smpai dah bebini pun nak tido opis weyh~

Fikri: Kacaknya! said...

harap keje baru ko xmelibat kempen tidur di opis...

Im Single said...

lizs: gagah kan, sbiar smpai berketul lengan lu. haha...
free: gua baca sendiri pun rase touching. poyo shial gua.
ezam: thx bro!
yana: lom leh disclose, tunggu blog gua. baru suspens. haha..
shera: korang jaga diri baik2. gua lantik apis jadi pak guard korang.
paiseh, esok gua leh teman lu sarapan.
fikri: harapnye tidak lah begitu. tapi rindu gak bai.

aripsamat.... said...

paiseh: lu sound slow2 sket seh...gua dah berbini la...huhuhhuh

Im Single said...

arip, lu pun dah tender jgn la keje kuat sgt. aduyai....

Alcapone said...

Pergh. Boleh berkaca dicelah mata kalo bace entri ni beb. Tahniah!!