Monday, June 15, 2009

Bapak confident gile lu...

Menyusuri jalan kampung Kundang di Sungai Buloh yg menguji absorber...
Malam pekat.. Kereta uncle Mal tiba2 dipandu perlahan. Berhenti di gerai durian. Uncle Mal turun dari kereta dan gua follow.

"Makan sini ye. Bagi la 2 biji dulu," kate uncle. Ketika dia kembali ke kereta utk mendapatkan tisu, gua dengan ramah memulakan bicara dgn makcik jual durian.
"Byk durian ye makcik. Durian kampung sini ke?" gua tanya.
"Bukan dik, ni durian Johor," balas makcik jual durian.
"Oh... ye ke? Durian Segamat ke?" gua tanya excited.
"Bukan.. Jerantut."
"Ooooh... Jerantut.."


Bapak confident gile lu makcik oi...

3 comments:

paRi-paRi sYurGa said...

alemak bro...
lu patut bentang peta malaysia kat makcik tu...



hehehehehehe.

kay karim said...

jerantut johor???
hahahah...makcik kepenatan kot...

Im Single said...

pari-pari: mana gua nk cari peta mase tu..
kay: kegelapan.. haha..