Friday, June 26, 2009

1st time gua jawab tag

1. Adakah anda rasa anda hot?
Wah.. tiba2 rasa hot pulak lepas bace soalan pertama...

2. Upload gambar kegemaran anda.




















3. Kenapa anda suka gambar ini?
Sbb mase tu gua leh main share seluar dalam ngn balong
Sbb mase tu kakak ngn jaja lum ade bf
Sbb gua sayang adik beradik gua.. Mira n syahir, abg sayang korang gak. tapi korang tak kuar lagi mase nih. Lambat seyh~

4. Bila kali terakhir makan?
Sedang makan, belum mahu diakhiri.

5. Lagu terakhir anda dengar?
Bitter Heart by Zee Avi (baru lepas baca blog Ain. Hehehe..) Sedap ar lagu ni.

6. Apa anda sedang buat selain buat tag ini?
Tunggu sms berbunyi. Masih tak berbunyi...

7. Selain nama anda, apa nama lain yang anda suka orang panggil anda?
Micheal Jackson

8. Tag 5 orang.
1. Arip Hyper Samat
2. Paiseh Dekontraksi
3. Azrie Prosper
4. Abuzar Mansor Tunang nye si Ada
5. Nasrun Alcapone

9. Siapa nombor 1?
Sparing partner ping pong gua yang masih belajar erti backhand berapi serba menjadi gua. Ketiak dia licin, seperti sinki yang baru di cuci. Bulan tujuh ni dia kawen.

10. Siapa pula nombor 2?
Dak rumah gua yang muda di luar, season di dalam.... IC. Peluncur papan katil berjaya...

11. Orang nombor 3 ada hubungan dengan siapa?
Dia ada hubungan dengan doktor wanita clinic depan umah gua. (harini dia demam, sian dia...) Hubungan dia dgn Tuhan makin kuat sejak nak kawen hujung tahun ni.

12. Bagaimana pula dengan nombor 4?
Dia ada hubungan dengan peminat music seberang laut. Dulu dia claim rock kapak. Tapi dia ade gigi kapak la. Orang nye kelakar, idaman ustazah yang solat cukup 5 waktu.

13. Katakan sesuatu tentang nombor 5.
Nasrun adalah timbalan presiden kelab Single UIA yang mcm dah nk letak jawatan. Gua harap dia dapat jelas kan kedudukan. Gua tak nk media massa menjadi sumber gua. Niat anda betul... Bende elok, jgn la disorok2...

(1st time gua jawab tag)

Wednesday, June 24, 2009

ROKIAH YAAKOB..

Melaun: Apsal sampai tido ofis mel? Bz ke?
Gua: Takde, la. Malas nk balik. Kawasan umah gua tak selamat.
Melaun: Tak selamat, apsal?
Gua: Lu tak baca paper eh? Lu asyik koyak toilet paper je, mane ade berita atas paper tu. Gi la rajin2 bukak paper arini.
Melaun: Ooooh... ok2. (cari paper kat tenet)
.
.
.
.
.
.
v
ROKIAH Yaakob membantu pelajarnya memakai penutup hidung dan mulut yang diberikan secara percuma ekoran seorang pelajar SMK Wangsa Maju Seksyen 2, Kuala Lumpur, dijangkiti HINI, semalam - UTUSAN MALAYSIA


Melaun: (terdiam... berfikir...) Rokiah Yaakob ni siapa?
Gua: ......
(kepada penghuni VWM, apa plan kite?)

Monday, June 22, 2009

Gaji.. masuk la wei..

Cepat la gaji masuk...
Cibai la...

Saturday, June 20, 2009

Stewardess...

Gua que haidar kat lane beli makanan McD LCCT. Ramai org... perut gua dah kerepot dah tahan lapar ni. Mau nmpak lubang2 kecil kalu scan. Sesekali toleh ke belakang. Zupp.. (buah hati tunggu kat meja, masih ade. Hihi..).
Beratur... kreok2~
Beratur... kruuk~
Beratur... krrrreeeeok~ (lapar shial)

Dah dapat makanan dan minuman. Lapar! Gua cuba buat pergerakan tray dgn pantas mcm gua pernah buat kat sekolah menengah dulu. Zurp... gua tarik. Ade style.. tapi..
Prang!
Air gua tercampak ketepi.. Lu tau baju sape yang basah kuyup? Sekali peramugari da....

Monday, June 15, 2009

En Jamal mmg baik bai. Gua tak tipu...

Minggu ni gua di Shah Alam, meng”all you do is tick”kan branch sana. Tgk apa yang patut, bubuh recommendation yg mcm la gua ni hebat sgt dalam ML, sembang pongpang2 kasi nampak garang.

Lawatan ke Shah Alam memberi gua kesempatan berkenalan dengan Manager Branch, En. Jamal Awal (tentulah bukan name sebenar). En. Jamal Awal adalah seorang tokoh veteran Meibeng.. Menurut beliau, beliau sudah lama berkecimpung dalam bidang perbankan ini sehingga... terlalu lama. Zaman beliau adalah zaman sebelum DOS menjadi perisian computer paling canggih di bumi.

Uniknya En. Jamal Awal, beliau peramah dan baik hati. Tanya lah soalan apa pun, gerenti dia leh jawab. Belum tanye pun dia leh jawab. Contoh soalan yang gua dah tanye kat dia adalah seperti berikut:

Gua: En Jamal, PPE yang ade kat branch ni maintain kat buku HQ ke branch?
En. Jamal: Machine ATM kat sini zaman tok kaduk, aku juga la yang kena tanggung. Mcm2 la diorang ni.

Gua: Machine ATM yang dah lame tu boleh run lagi ke?
En. Jamal: Aku orang lame leh run lagi. Kat rumah aku ade keta lama, insurance dia lame mahal dari keta tu aku rasa.

Gua: En. Jamal, sample loan yang En Jamal approved tu dah ade ke?
En Jamal: Haa.. ko tgk yang ni dulu.Client ni masa nk mintak loan dulu... Byk cite, bukan case yg straight forward.... Bla.. Bla..
Gua: Eh, ni approval En Jamal ke?
En Jamal: Bukan.. ni HQ…
Gua: ....

En Jamal: Dik, ko pandai computer tak?
Gua:.....

Tapi En Jamal mmg baik bai. Gua tak tipu...

Bapak confident gile lu...

Menyusuri jalan kampung Kundang di Sungai Buloh yg menguji absorber...
Malam pekat.. Kereta uncle Mal tiba2 dipandu perlahan. Berhenti di gerai durian. Uncle Mal turun dari kereta dan gua follow.

"Makan sini ye. Bagi la 2 biji dulu," kate uncle. Ketika dia kembali ke kereta utk mendapatkan tisu, gua dengan ramah memulakan bicara dgn makcik jual durian.
"Byk durian ye makcik. Durian kampung sini ke?" gua tanya.
"Bukan dik, ni durian Johor," balas makcik jual durian.
"Oh... ye ke? Durian Segamat ke?" gua tanya excited.
"Bukan.. Jerantut."
"Ooooh... Jerantut.."


Bapak confident gile lu makcik oi...

Thursday, June 11, 2009

En. Mohd Zakaria is my father…

My dad was a teacher…
He knows Math, Bio, Physics, and Chemistry…
But not acccunting…
He teaches us the right way to read the Quran…
He teaches us the right way to recite the du’a…
He shows us on how to be a good Muslim…
He shows us on how to be a good husband…
He leads us to the path of happiness…
He leads us to the best of our life…
People told to, “You are a born nature speaker’”
I told ‘em, “I got it from my father”

En. Mohd Zakaria is my father…
I’m so proud to tell people, im from his cement. Hehe…
Luv u Abah…

Happy Father’s Day 21 June 2009!
[thx to Hitz.fm's mornin crew for remindin me bout the date]

Tuesday, June 9, 2009

TRANSFORM! tet tet totooot...


Tertunggu2 muvie Transformers? Lu tunggu watak yang mana? Siapa watak feveret lu org? Adakah watak kereta chevrolet yang kuat makan minyak yang bernama Bumblebee?

Tatap lah gambar ini puas2. Sebab dalam muvie akan datang, watak Bumblebee akan berubah kenderaan setelah melalui modifikasi dgn terefeknya FRS 881.

Bumblebee akan berubah menjadi Kapal Terbang Air Asia.

Saturday, June 6, 2009

Gua rasa gua ade kenduri di Perak...

Gua rasa gua ade kenduri di Perak...
So, Ape yg urgent kat opis gua dah kasi settle. Sbb gua rasa gua ade kenduri kat Perak.
Nk jalan jauh, keta gua kasi la basuh. Sbb gua rasa gua ade kenduri kat Perak.
Baju yang nk pkai nnt gua terbayang. Sbb gua rasa gua ade kenduri kat Perak.
Rasa mcm nk tunggu mbr2 ni confirm plan. Sbb gua rasa gua ade kenduri kat Perak.
Terfikir nk bagi present ke, salam kaut je. Sbb gua rasa gua ade kenduri kat Perak.
Jumaat malam gua call mbr kesayangan, ALcaPoNe. Saje... Sbb gua rasa gua ade kenduri kat Perak.
Tapi tak angkat... Eh, dia tak tau ke yang gua rasa gua ade kenduri kat Perak?
Esok pagi gua call lagi... tak angkat lagi.

Gua rasa gua dah kena tinggal la kenduri kat Perak. Gi kenduri Cheras je la... (lepas kenduri Cheras gua tido smpai malaikat naik bawa buku amalan ke langit, gua rasa la...)

Tuesday, June 2, 2009

Ada berani ke bro?

Selepas ManU kalah..
Selepas Paiseh marah

Man U telah kalah. Rak kasut telah musnah.
Tapi Paiseh penyokong ManU yg bertimbang rasa. Tima kasih sbb dah repair rak kasut, aku terharu.
Inilah hasil kerjatangan Paiseh setelah bengang ngn sape pun gua tak tau. Mase kecik2 dulu bapak lu tanam tembuni le dengan hammer eh. Bijak mung...

Gua rasa lu ade job kat kmpung halaman lu. Stadium Ganu kan roboh.. Lu gi la bertukang siap kan balik bagi cantik.
Tapi gua dapat tau bukan kerja mudah. Lu kena kasi hapus satu penyebab robohnya stadium itu. Lu tau apa? Siapa? Berikut adalah rakaman dari kamera Ayah Pin...

Ada berani ke bro?