Siapa sangka, penangan filem romantis yang aku tonton sebelum tidur telah mengundang kau ke dalam mimpiku. Jauhnya jarak zahir kita langsung tidak terasa. Terima kasih kerana masih sudi berkongsikan mimpi, walau hanya itu sahaja yang mampu aku lalui.
Kau nampak ceria seperti biasa. Bibir mu tak pernah lekang dengan senyuman. Tawamu masih ceria walau sayup kedengaran. Bersilih ganti episod mimpi itu seolah ianya tak akan ada penghujung cerita. Sebelum aku terjaga, kau tidak ucapkan selamat tinggal. Aku tahu, mimpi ini pasti belum ada sudahnya dan biarlah ia tiada sudahnya.
Pagi itu aku tersedar, tersenyum terkenangkan mimpi semalam. Bangkit meneruskan kehidupan, biarlah yang tinggal hanya kenangan.

1 comment:
askm..
sedih jee..
smoga bahagia slalu^_^
Post a Comment