Saturday, September 27, 2008

212 Men Fragrance by Carolina Herrera


Nothing much, im just promoting this brand. Few guys and gals was askin me bout the fragrance that i use. They just loved it. Its 212 Men by Carolina Herrera! Thanks to Mijie for introducing me this brand, thanks to Nain for being the sole and exclusive supplier.
Lil bit background bout this fragrance. 212 Men is created by Carolina Herrera, introduced in 1999. This popular fragrance contains grapefruit, ginger, mandarine and green leaves, base of aqua musk. 212 is a trendy type of fragrance.
You will get compliments all day on this scent, not to mention plenty of ladies smellin all over you and all that. Guys, you should try this perfume! =)

Friday, September 26, 2008

KERJA + RAYA = KERJAYA

Dari tingkap level 21, kelihatan deretan kereta berpusu2 meninggalkan pejabat menuju ke destinasi masing2. Entah ke mana hala tuju nya aku pun xnak ambil tahu. Hujan lebat yang turun sebentar tadi sudah mulai reda.
Hari ini adalah hari jumaat terakhir untuk warga kota sebelum menyambut Aidilfitri. Terasa sayu di hati apabila masing2 mengucapkan Selamat Hari Raya dan bermaaf2an sesama sendiri. Rasa terlerai dosa2 kecil yang pernah berbenak di dada. Lega seketika... Terima kasih juga atas ucapan hari raya daripada sahabat handai bukan islam. I really2 appreciate it. Nanti aku bagi kuih raya eh..
Namun begitu, level 21 masih lagi meriah ngan kelibat warga2 profesional separuh khatam (Me, Zaher and Macha) dan Hantu2 muslim Svs (Kerol, Saoud, Shamsul dan Azad). Masih ade yang belum selesai, macam mane nak balik. Tajuk blog kali ini aku tuju kan kepada mereka yang terpaksa bekerja hingga hujung ramadhan dan juga kepada yang tak dapat cuti langsung. Sabar la ye...
Ucapan khas Selamat Hari Raya untuk:
Keluarga tersayang yang berada di Johor Bahru (Aku sayang korg sampai akhir hayat)
Sahabat2 serumah (paiseh, ches, azri)
Sahabat2 partners in crime (mjie, azri, pak abu, nain, asun, ijad dll)
Seteru2 Spinky Nirrajim (Hantu2 Svs dan yg lain2)
Warga2 melayu belacan yang amat aku hargai (Macha, Zaher, Pjep, Janggut, Jejaka R, Mr Qad, Nordin, Yom, riza, Ena, Kamila dan ramai lagi)
Warga2 karaoke yang ok (yani and the gang)
Sahabat2 puteri Taman ilmu dan Budi (Syai, Jiha, Shera, Mun, Yumna, Malin dll)
Sahabat2 putera Taman ilmu dan Budi (ramai sangat... huhu)
Gadis2 yang pernah aku kenali (..., ..., ..., dan ramai lagi)
Semua muslimin dan muslimat..
Maaf Zahir Batin aku pohon, dari hujung segala ke hujung segala...

Monday, September 22, 2008

NZ Garden Cafe


Last Sunday, Me+Zaher+Macha went for a normal hang out at the newly opened NZ Garden Cafe at Jalan Ampang. The cafe is located exactly next to the Public Bank building (sangkar sang mijie ketika waktu offpeaknye). Mission nak tengok Man U vs Chelsea, walau di rumah masing2 dah ade astro.

It was a normal Sunday night. As usual, I dont have anything to do, Macha dont have si Gula Merah on Sunday and Zaher's fionce is so far away in JB. Thanks to Zaher for initaiting the bujang lapok gathering and for NZ idea as well. Pjep have to work during the weekend, its ok bro, cari rejeki namenye.

Lets talk about NZ Garden Cafe first. Im quite surprise to know that NZ group has just opened their new cash machine near the KLCC area. Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ialah sewanya. For those who are alert, the property price around KLCC area is believed to be around RM1,000 per sq. Gile dahsyat kaya Mamak2 KL ni.

The place is cool~ Berlatar belakang kan KLCC yang tersergam indah, ia secara automatic menjadi kan anda terasa begitu urban ketika menghirup Teh Tarik yang rasa nya tiada ubah seperti NZ di Wangsa Maju. Pelanggan yang hadir pun nampak nya tak mengecewakan. Gadis2 cantik, Penkid yang masih ayu mudah didapati di sini. Kalau si gadis ingin melihat kelibat jejaka kacak, kena la tunggu lepas raya. Kami janji akan lepak di sana lagi.

Banyak kelainan yang cuba ditampilkan. Dari segi presentation, hiasan dalaman yang menarik, deretan TV plasma yang tergantung, penggunaan pinggan mangkuk, cawan piring yang tertera perkataan "NZ" tentunya menambah credit. Makanan biasa la. Namun begitu, apa yang menarik perhatian kami adalah kebolehan pelayan yang mampu berlawak dan menjadi kami bodoh seketika ketika kami dikenakan "charge" RM1 untuk resit yang dicetak keluar. Good try mapley...

Selang beberapa meter dari tempat kami, terdapat sekumpulan pemuda yang berT-shirt merah sedang bersorak untuk pasukan Man U. Mereka adalah kenalan Zaher yang menceburkan diri dalam empayar perniagaan di sekitar Kuala Lumpur. Ukuran kejayaan mereka adalah kereta2 luar biasa mewah yang parkir di tepi kedai eg: Z5, porshe cayenne. Sempat juga kami berkenalan dengan salah seorang dari mereka. Contact~

Kiranya anda ingin melepak di Mamak dengan gaya yang boleh angkat hidung separa bahu, u can try NZ Garden Cafe. The price is slightly expensive as compared to other Mamaks. Tapi bagi anda yang sudi bertolak ansur untuk prestige, apa salahnya...

Saturday, September 20, 2008

Oh Gadis, Single kah dikau?


Anda kenal seorang gadis ini. Anda kerap berkonversasi dengan nya, bergelak ketawa, bergurau senda. Orang nya nampak cantik, manis, pendek kata segala yang ada padanya sedap di mata dan senang di hati anda. Dah berkenan...

Namun begitu anda tidak tahu status gadis itu. Adakah dia masih single atau sudah berpunya? Seribu satu topic perbualan telah berlalu, tapi soalan di atas masih belum mampu anda tanya kan. Takut disalah erti atau kurang beradab. Pernah kah anda lalui situasi ini?

Jangan risau. Ada satu tips mudah. Biarkan lenggok bicara anda dalam intonasi bersahaja, tanya kan padanya:

"Haha.. Btw, bf u panggil u ape ek?" (kantoi intonasi org JB)
"Oh, i belum ade bf la..." balas dia selamba.

Kan jawapan dah muncul... Selamat mencuba! =)

Tuesday, September 16, 2008

Terima kasih kerana sudi menziarahi mimpi ini


Siapa sangka, penangan filem romantis yang aku tonton sebelum tidur telah mengundang kau ke dalam mimpiku. Jauhnya jarak zahir kita langsung tidak terasa. Terima kasih kerana masih sudi berkongsikan mimpi, walau hanya itu sahaja yang mampu aku lalui.

Kau nampak ceria seperti biasa. Bibir mu tak pernah lekang dengan senyuman. Tawamu masih ceria walau sayup kedengaran. Bersilih ganti episod mimpi itu seolah ianya tak akan ada penghujung cerita. Sebelum aku terjaga, kau tidak ucapkan selamat tinggal. Aku tahu, mimpi ini pasti belum ada sudahnya dan biarlah ia tiada sudahnya.

Pagi itu aku tersedar, tersenyum terkenangkan mimpi semalam. Bangkit meneruskan kehidupan, biarlah yang tinggal hanya kenangan.

Indahnya Ayat-ayat Cinta


Menonton rancangan Astro menjadi satu rutin hidup serumah. Namun begitu, tayangan malam tadi adalah antara yang tidak boleh aku lupakan. Penuh emosi hingga menyiksa halkum menahan sendu. Anda pernah mendengar tentang filem Indonesia bertajuk Ayat-Ayat Cinta?

Filem ini mengisahkan kehidupan Fahri Abdullah Shiddiq, an Indonesian graduate student at Egypt's Al-Azhar University, and his struggle to deal with life's problems through Islamic teachings. Pelbagai sensitive issues tentang dunia Islam such as Islam's treatment of women and multiple marriages diketengahkan dalam cerita ini.

Pengarah file ini, Hanung Bramantyo, 33, berjaya menggondol 2 Citra awards -- Indonesia's Oscars, berkata his mission is to present Islam as a tolerant and peaceful religion. Bagus kan.. dalam berkarya, tak lupa berjuang untuk agama.


Garapan ceritanya sangat menarik, halus dan sangat tersusun sehinggakan mampu membuatkan aku terpaku hingga ke hujung cerita (I haven’t sleep since I reached KL from JB early this morning). Pelakon-pelakon wanitanya juga sangat cantik, maksud aku sangat-sangat cantik. I don’t know from where on earth did they find those girls. Probably they are not human.

Overall, sangat menakjubkan. Lima bintang ikhlas dari hati. Kalu tidak takkan lah Azrie tersedu-sedu tiap kali babak-babak yang bermain dengan emosi. Kepada yang belum tonton, sila lah tonton ya… =)

Friday, September 12, 2008

Kenali Bandaraya Johor Bahru

Tanjung Puteri, nama asal Johor Bahru, diasaskan pada tahun 1855 oleh Temenggong Daeng Ibrahim (Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim), bapa kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, seorang Sultan yang amat dikenangi. Pada permulaannya, ia merupakan sebuah kampung perikanan Melayu. Sultan Abu Bakar menamakannya sebagai "Johor Bahru" sewaktu baginda mengisytiharkannya sebagai ibu kota kerajaan pada tahun 1866, susulan daripada peralihan pusat kerajaannya dari Teluk Belanga di Singapura.

Sultan Abu Bakar berketurunan daripada Temenggong Abdul Rahman, seorang ketua tempatan yang telah menandatangani perjanjian penyewaan pulau Singapura dengan Sir Stamford Raffles dari pihak British pada tahun 1819. Sebahagian besar daripada kemakmuran Johor pada hari kini boleh dikesan secara langsung kepada kejayaan Sultan Abu Bakar memujukkan pengusaha-pengusaha British dan Cina untuk melaburkan dalam bidang pertanian di kawasan baginda.

Sultan Abu Bakar menunjukkan kecenderungan yang tergiat dalam perancangan bandar kerajaannya. Oleh sebab itu, banyak daripada bandaraya pada hari kini mempunyai nama dan tanda-tanda baginda, seumpamanya Muzium Sultan Abu Bakar dan Masjid Sultan Abu Bakar.

Johor Bahru telah menyaksikan beberapa peristiwa kesejarahan negara terutamanya penubuhan UMNO (United Malays National Organisation), sebuah parti politik yang terbesar di Malaysia, pada tahun 1946. Sejak merdeka, Johor Bahru telah mengalami kemajuan yang amat pesat dibawah pemerintahan kerajaan pusat Malaysia.

Pada 1 Januari 1994, Johor Bahru diisytiharkan sebagai sebuah bandaraya, yang mana Dato' Hashim Yahya menjadi Datuk Bandar Johor Bahru yang pertama.

Thursday, September 11, 2008

Senandung Anak Johor Bahru

Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman ku. Bukan lah sebelum ini aku tak ingin pulang, tetapi atas tuntutan kerjaya dan akademik di hujung minggu, agak kurang masuk akal untuk aku berulang alik dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru. Yang pasti, keluarga di kampung teramatlah aku rindu.

Dalam perkiraan jemari ini, sudah hampir enam purnama aku tidak pulang ke JB. Satu tempoh masa yang terlalu panjang, kalau bertani pun sudah boleh dituai hasilnya seguni. Rasa nya masih aku ingat jalan dari Sungai Besi. Aku perlu terus, tak perlu ke kanan atau kiri. Sampai ke tol yang pengakhiran, baru lah aku perlu berhati-hati. Takut terlepas simpang Skudai yang aku cari.

Sampai di rumah nanti, hendak ku peluk mak sepuasnya, hendak ku hormat abah sepenuhnya, hendak ku tatang adik2 ku secermatnya. Biar lepas segala rindu di dada, biar terlerai apa yang selama ini ku rasa. Banyak yang ingin ku kongsi bicara, banyak gurauan yang boleh disenda.

Johor Bahru, tunggu kepulangan anak watan mu ini!

Tuesday, September 9, 2008

Buka, Bangsar, Bapok vol II

Fuh, Nasi Bukhara Mahbob memang the best in town! Licin 4 pinggan di atas meja. Tiada sisa nasi yang tinggal sempena mnyahut seruan Raja Farah dalam iklan nasi. Ye la, sebutir nasi ibarat setitis peluh petani. Patut lah nasi ni ade rasa masin peluh sikit.

Setelah sepakat , kami bersama bergerak ke counter bayaran. Alamak, kena lalu depan bapok tadi la. Huhu.. seram kambali menerpa. Baru kami bangun, mereka sudah menoleh. Bergerak selangkah... mereka tertumpu. Lagi selangkah.. mereka terpaku. Lagi selangkah.. mereka tersipu. Masing2 tak perasan jalan dah macam model maskulin dengan 3 pasang mata liar meleret manja. Cis, gagahkan juga lah smpai ke counter. Tak kan tak nak bayar kan...

Tiba2 kesepian dijerkah melodi kasar.. "Handsome nak balik...?" (Garau cuba bermanja...)


Wakakaka.... Kami gelak tanpa segan silu. Tapi cuba mengawal volume takut ada yang terasa hina, cuma Zaher yang terlebih melekek, as usual. Aduih...


Ketika sampai di counter, masing2 mula membayar. Sempat berbual dan kami mula memasang plan jahat. Kepala hantunya macam biasa, Zaher..


"Wahai syaitan, kita kena bagi no kat bapok tu dowh.. Kasi layan. No ko Mel?'' Zaher.

"Uih, wak lu. Gile ke hape? Kang dia toron gua, naya gua nak kena bersumpah di padang mahsyar. Macha?" penulis.

"Haaa... Berkeladak la tu. Aku nk jadi semut Hitam yang suci pada Nana si gula Merah. Ko Faiz?" Macha.

"Aku.. Dont la. I swing one way only ma..." Faiz.


"Haaa... Janggut! Ekekeke... Ok2. Cha, kasi aku no Janggut!" Ketua hantu, Zaher.

"Ekekek.... Terbaek. 012 - 57..." Timbalan Terjun Ketua hantu, Macha.


Tangan Zaher pantas mencatit nota di atas kertas. Ewah, laju je tangan. (No Janggut, berserta nota "Please call me, Wan".)


Sebelum beredar, ketua hantu singgah ke meja geng halkum Pussy Cat Doll. Aku dapat melihat Zaher berbual singkat dengan mereka sambil tangan menghulurkan nota. Masing2 menguntum senyuman, kali ini luar biasa lebar. Zaher seperti biasa berjaya mengawal gelak nya, tapi aku tau hanya untuk seminit dua.


Wakakaka.... sepanjang kaki lima bangsar kami terus melekek. Tentu episod ini makin menjadi menarik..

Buka, Bangsar, Bapok vol I

Di hujung set article ini, kita akan belajar cara2 bermesra kasar cara lelaki. Anda perlukan puak hantu yang berjiwa kering, otak serabut dan memiliki ijazah dalam bidang perakuanan. yang belum habis professional paper. Tidak lupa juga watak mangsa, tidak perlu memiliki ciri2 yang khusus. Mangsa kali ini adalah saudara JANGGUT, hampir nama sebenar. Ikuti rentetan peristiwa yang meleret ini...

Berbuka puasa di Mahbob, Bangsar. Ramai wajah lapar kelihatan bersabar penuh debar menanti laungan azan. Jarak antara Mahbob dan Masjid Bangsar hanya kira dua ratus meter. Kelihatan jelas berdiri megah menara masjid. Me, Zaher, Macha and Faiz duduk semeja menatap juadah yang sudah tersedia di meja. Topic silih berganti, dan yang tak pernah basi tentang integrity yang perlu disemai. Dari topic politic, kerjaya, gaji, peluang kerja yang lebih bagus, awek masing2 (bab ni aku cuma mendengar tanpa perasaan). Pjep tak dapat bersama harini, ade commitment dengan buah hati. Next time beb.

Sedang asyik berbual, mata Macha tiba2 meleret dengan keningnya yang bagai antena menjunam menandakan ada sesuatu yang berlaku di belakang kami. 1, 2, 3... Zap! Kami menoleh.. OMG, r they real! 3 hot chicks bersaing berjalan dengan lengkok Pussy Cat Doll menuju ke Mahbob. Tindakan kami yang menoleh melulu menyebabkan mereka sedar. Selangkah mereka makin dekat.. selangkah lagi dan mereka makin dekat.. dan tanpa diduga, mereka meleretkan senyuman. Kami terkesima dan terkedu.. Mujur Zaher pandai membalas senyuman...

Tatkala jarak kami hanya lebih kurang sedepa... Bibir gadis itu menyapa sambil matanya tepat ke arah meja kami. Faiz tersipu.. yang lain steady..

"Hai, handsome..."

Garau? FUCK! Bapok... Hahahaha...

Terus kembang rasanya anak tekak! Gosh... Tertipu! Tertipu! Adrenalin dalam tubuh tersejat. Hahaha... Biarkanlah.. Mereka berlalu menuju ke meja hujung. Kelihatan dari kejauhan mereka memesan makanan. Kami abaikan dan terus bersembang, tapi topic perbualan mula bercampur umpatan. Ish, kurang pahala puasa...

Selang 3-4 minit. Azan berkumandang. BUKA PUASA! Nyum2.. Nikmatnya.. Cerita belum habis di sini. Ada peristiwa jahat yang berlaku selepas adegan buka puasa. Tunggu eh! =)

Thursday, September 4, 2008

Gadis cantik lagi hot di ofis - Mulakan bicara

Gadis cantik lagi hot di ofis seringkali menjadi perhatian kaum Adam. Tidak kira la ofis mana pun, Islamic atau Convensional, gomen atau swasta (tapi dengar cerita ofis gomen la dahsyat, betul kah?). Yup, diakui seratus peratus inilah natijahnya lelaki. Pantang ade yang cantik lagi hot lalu depan mata, mata pun meleret usha… Sekali pandang kan rezeki. Cuma yang membezakan adalah apa yang terlintas di hati. Yang baik akan cakap “astaghfirullah…” manakala yang kurang baik akan cakap “wallawei…” atau yang atas pagar tidak akan bercakap apa-apa. Aku dikategori yang kedua (terlalu jujur maybe).

Hari ni ade gadis cantik lagi hot baru di ofis aku. Memang hot, cantik nya okay la, not bad. Dari jauh persis primadona dengan skirt kembangnya yang kehitaman. Nampak manis, orangnya mudah tersenyum, nampak mesra. Agak tercabar buaya-buaya GFS apabila sahabat kami, Janggut (nama timangan) kelihatan berbual mesra dengan Junior baru. Cepat, Mesra dan Betul… Dari gaya tangan dan tutur kata Janggut, memang gua bagi anugerah Jejaka Bujang Seminit Dua pada dia.

Credit untuk Janggut! Macam gitu lah ciri-ciri senior yang mesra. Focus penulisan kali ini adalah untuk mengetahui cara-cara berkenalan dengan gadis cantik lagi hot di ofis. Mudah saja, anda boleh lakukan dengan gaya anda sendiri. Berikut cumalah sedikit bingkisan untuk dikongsi agar terbit sikit idea.

1. Cari alasan untuk memulakan perbualan.

1.1 Ade tempat kosong di sebelah gadis cantik lagi hot itu. Setup la laptop anda di sebelahnya.
1.2 Mencari kawan yang duduk dekat dengan gadis cantik lagi hot itu. Pura2 menjadi rajin dan mesra bertegur sapa dengan kawan anda (padahal baru bertembung di tandas ketika sama2 kencing berdiri). Tujuan untuk melihat gadis itu dengan jarak yang lebih dekat, manalah tau penuh pula lubang dari dekat…

2. Memulakan bicara

2.1 Terpandang file orientation for new associate. Kita kan senior yang mesra. “U just joined?”
2.2 Tiba-tiba kita perlukan pen dalam keadaan tergesa-gesa. “Sis, can I borrow your pen for awhile please?” 2.3 Complain tentang kelajuan internet. “ I think the internet a bit slow today, is urs ok?”

3. Memperkenalkan diri

3.1 Perkenalkan gadis cantik lagi hot itu dengan system Sametime (ala2 chatting dalam ofis gitu). Tolong setup untuk dia kalau dia belum tahu lagi. “Ok, u just need to key in your id and your password. U can try ST me now. By the way, u might need my name. Type Z, A, H, E, …”

3.2 Ceritakan tentang selok belok ofis, the working hours, the people. Sekiranya anda senior, gebanglah sedikit luar biasa. Offer pertolongan jika perlu. “If you have any problem, just let me know. My name is Jejaka R”


Mudah kan? We are just trying to be friendly… No hidden agenda. =)

Tuesday, September 2, 2008

Anda Agungkan Music Indonesia?


Saya terbaca sebuah blog nukilan seorang mudawan dari Indonesia berkenaan sebuah band Malaysia, The Times. Ternyata dia sendiri memuji kelunakan melodi bersahaja hasil kreatif Naza. Tak sangka mereka juga masih lagi rindu dengan legasi yang pernah dibawa oleh Amy Search (ketika fenomena “Dia Isabella”) dan Sheila Majid.

Tidak dinafikan lagu-lagu The Times memang the best. Saya tidak menganggap mereka sebagai serpihan band O@G. Bagi saya, kekuatan O@G tidak terletak pada Radhi, tetapi chemistry antara mereka dari segi hasil lagu (yang banyak dicetuskan oleh Naza) dan vocal Radhi yang slumber.

Namun begitu rasa bangga dan gembira saya tidak lama apabila mata ini terus membaca comment yang di hantar oleh pembaca lain di laman blog itu. Saya rasa terhina, terpukul dan marah. Kenapa? Inilah kata2 sinis yang sempat saya baca:

Ganyang Malaysia!

Denger cengkok melayunya aku ketawa dech!pek teringat comen org malingsial katanya lagu dr indonesia sampah!bukanya situ punya bahasa yang menurut aku sampah banget!

lucunya bandnya kok ngikut2 dialek indonesia?!!cenkok melayunya agak ilang tuch!kemane??


Bukan niat saya untuk menafikan kehebatan pemuzik2 Indonesia. Mereka memang berbakat. At least mereka tahu melody yang ingin kita dengar. Lagu2 Nidji best, Dewa best, suara mereka pun sedap. Tapi perlukah kita jadi ‘sebijik’ macam mereka untuk menagih perhatian peminat tanahair sendiri?

Kita sedia maklum tentang gerakan “Ganyang Malaysia” yang dilaung2 kan ketika berlaku pertikaian berkenaan perebutan blok minyak antara Malaysia dan Indonesia sekitar tahun 2005. Semangat ganyang Malaysia masih kuat di kalangan mereka. Bukanlah niat penulisan saya ini untuk menanam semangat “Ganyang Indonesia”. Tetapi perlulah kita sedar siapa yang kita agungkan, siapa yang kita ingin pertahankan.

Berpada2 lah apabila ingin menyokong music mereka. Cukuplah sekadar mendengar untuk sajian halwa telinga. Tak perlu kita agung2 kan mereka kerana mereka hanya melempar tahi ke muka kita. Support our local industry. We have a lot of talented people out there. Kembalikanlah kegemilangan lepas.. Our music, our people..

Monday, September 1, 2008

Magazine for Men


I would say car magazine!

We all know that men always have passion in cars, especially sports car. As for me, it is more than enough by flipping every single colourful page from the magazine. My favourite, definitely Top Gear Malaysia magazine.

Since the day I took Top Gear Malaysia from the shelves of the Mamak convenient store, I instantly got hooked and haven’t missed an issue since. I really enjoy browsing through pages filled with fantabulous and colourful cars.

Despite what people think about Jeremy Clarkson (the boss), he never failed to amuse me with his writing. I’m considering subscribing the magazine soon. I cannot imagine if I miss any of their issue. My life won’t be complete. Guys, you should read this magazine!