Wednesday, August 27, 2008

Kenangan Itu Organ Tubuhku


Sering kali terfikir kenapa masih tiada pengganti. Sering kali juga terfikir tidak adakah orang yang boleh menggantikan tempatnya. Sering kali juga terfikir kenapa tidak membuka hati untuk menerima orang lain untuk mengisi kekosongan. Bukan aku yang memikirkannya, orang lain selalu bertanya. Terus terang, aku tiada jawapan.

Aku tidak pernah terfikir sampai begini hebat sekali tinggalan kesan yang melekat di benak ini. Bukannya aku kecewa, cuma manisnya kenangan yang pernah aku lalui tidak mudah untuk aku lupakan. Aku kan masih waras, hati ku masih berfungsi. Filem lama itu tertanam terlalu jauh di dalam hati ini. Aku akan biarkan ia di situ. Ianya sudah menjadi organ yang membantu aku untuk terus hidup.

Tidak tergamak rasanya untuk aku coretkan warna warni kenangan dulu. Rasanya tidak adil untuk semua pihak. Perkara sudah berlalu, biarkanlah ia berlalu. Yang baik kita ambil, yang kurang baik, sama-samalah kita jadi kan tauladan.

Aku ingin memohon kemaafan sekiranya roh masih ini melayang jauh meneroka mimpi malam mu. Aku tak mampu mengawalnya, ianya berlaku ketika aku bukan dalam keadaan sedar. Bukan niat roh ku ini terus mewarnai kehidupan mimpi mu. Sekiranya aku mampu, dah lama aku tambat roh ku ini. Tetapi kau sendiri yang menyatakan mimpi ku tak pernah lupa membuatkan kau gembira, aku pun tumpang gembira.

Doa ku dari kejauhan, semoga kau berbahagia bersama keluarga. Doakan aku akan menemui titik kebahagian ku suatu hari nanti...

1 comment:

azrie hafiz said...

Terbaik! Memang menyentuh hati ku jua..