Friday, November 20, 2009

Tribute - Azrie Hafiz (Prosper)




Gua dulu tak kenal Azrie. Name ade la dengar2. Ramai menceritakan tentang kelegendan Azrie dalam soal pelajaran. Dari track record sejak tadika, Azrie tidak pernah gagal mencatat keputusan A dalam setiap mata pelajarans. Semua nya no 1, semuanya A… kecuali subjeck bahasa Inggeris. Kerana itu jugalah dia tidak dapat menyambung pengajian di London School of Economics.




Kami pernah merakamkan album berjudul
"Aku Ade Perasaan Malam Ini Akan Jadi Malam
Yang Baik"
Lalu beliau meneruskan kecemerlangan dia tanah air sendiri. Beliau meneruskan rentak all As in everything we do. Sehingga kan name beliau sentiasa disebut2 oleh ramai sisters di Mahallah Safiyyah, Aminah, Nusaibah, Zainab, Rofeah dan Mazmumah (kolej2 kediaman siswi).


Azrie berbaju putih ketika menjual besi bingkai cermin mata
untuk dijadikan spot rim kedai papan Klang
Gua masih ingat mase kite ramai2 buka puasa di bilek bujang gua di Mahallah Farok. Mase tu first time gua kenal lu. Juadah simple, telor dadar, kangkung masak belacan, dah ikan bilis goreng. Gua, mijie, pak abu, dan jibo same2 memasak. Tiba2 lu dtg bawak ayam golek ngan air tebu. Hasil scholarhip petrobrazil lu yg pertama. Mase tu lu rasa kaya gile… Sbb kitorg yang lain mmg miskin. Tapi lu tak pernah lupa membuang ancak dgn membelanja kami.


Azri ketika membayar wang pertaruhan setelah kalah tipis dalam
perlawanan menentang sahabat sendiri

Gua masih ingat dressing lu yang asal. Ke hulu ke hilir dgn baju melayu tanpa songket. Mase tu lu tak kenal langsung seluar jeans. Pada lu jeans adalah pakaian yahudi yang tidak patut disokong. Tapi mungkin lu tgk gua hensem berpakaian jeans warna season in d sun. Lu mula terikut2… Kini lu mmg lebih advance dengan jacket jeans ala2 calender scooter di VWM.



Azrie (paling kanan) ketika membuat laporan palsu tentang
kehilangan hp nokia twist nye ketika berjogging di tasik
titiwangsa. (Padahal tinggal kat umah)
Gua masih ingat activiti2 kite makhluk perayap di kala maghrib mula berkumandang. Aktiviti mencari pasal di kala malam bulan mengambang. Mencari erti seni di istana teater tasik titiwangsi bersama golongan kerabat, berdansa hang ingat hang pandai menara bersama asun dan zahir, deretan teater di aswara rai, hingga lah ke lorong2 gelap jalan sekitar lebuhraya.

Azrie (duduk sila) cuba menghayati kesukaran masyarakat yang
terpaksa meminta sedekah demi secawan kopitiam Taiping
Gua masih ingat aktiviti malam bukan minggu kite yang sering mengundang unsur2 pergaduhan dengan pelajar2 luar negara. Bunyi bising speaker gajah Mijie yang siap dengan microfon yang beli2 terus tak leh pakai memang menyirapkan darah2 Afrika dan Eropah, tapi kite tetap tegar dengan semangat the son of the soil. Tembakan mercun2 yang dihalakan ke cermin jiran sebelah berpaksikan bilik gua dan tarian separa bogel dengan aksi berani lu di atas karpet ajaib menari dapat point PS2 Mijie.

Azrie bertugas sebagai perancang pembangunan umat
melayu (beliau juga pengasas blog di VWM)

Gua masih igt zaman2 kite mula kerja. Lu kerja dulu sbb lu terer dalam pelajaran. Lu kerja odit kat KP. Tiap malam lu tido atas caroet bilik hostel gua. Balik lewat, bangun awal setiap hari. Asun ngn Tapa langkah mayat lu pun, lu tak perasan. Lepas tu gua pulak kerja. Gua kerja odit kat EY. Mase tu lu dah ade umah sewa. Maka bermulalah kisah hidup gua di VWM bersama Arip, Chez, Medi, Chesang, Bendul, Ijan, Nad, Hazli dan lu. Sesi memasak di rumah bujang dgn nasi goreng lu yg bubuh gula. Pelik, tapi sedap. Gua tak leh lupa mase kite gi joggin2 poyo kat tasik titiwangsa, lepas tu keta kena pecah lalu hilang segala harta berharga. Sama2 wat report polis, kat balai polis pun kite wat gangster.

Beliau juga sudi mendengar permasalahan umat untuk dibawa terus ke
peringkat atasan
Gua masih ingat zaman VMW penuh dengan warga pekerja muda. Belonggok2 bagai kain yang belum dilipat bersama ijan, medi, maliki dan wahabi. Zaman2 kite memburu, mempenyek, merebus, dan membakar makhluk2 kecil berbulu dan berkaki busuk di rumah kita bersama bendul. Zaman2 kite mendendang lagu2 yang diupload ke youtube bersama arip. Zaman2 lu berkaraoke lagu tahi kambing bulat2 bersama macha dan janggut. Zaman lu bercerita kisah di surau tempat sekolah lu. Zaman kite bermesyuarat di garaj rumah ketika mendapat tahu hal kawan kite yang berumah tangga ala2 torsobot. Zaman2 kite berpillow talk (katil asing) mengutuk orang lain, sambil memuji kehebatan diri kita. Zaman2 kite menggelakkan Hasrat yang berdengkur bergegar, kami pula akan gelak melihat aksi lu tido seperti penari ballet berkain pelikat.

Azrie adalah manusia yang detail. Setiap inchi makanan akan dipastikan
halal sebelum masuk ke dalam perutnya.

Banyak lagi bro… Blog gua bukan lah mcm LM sokernet. Gua rasa makan pjg gua type makin tak best.

Bulan 12 ni…
.... Tiada lagi aksi lu menari xberbaju lagu saleh yaakob

... Tiada lagi suara nyanyian segala lagu bertukar nasyid lu.

Azrie keciwa ketika pasukan Sayang Sultan kami kecundang di tangan
Geng Mamak Selayang

... Tiada lagi sms “Sewa bulan ni RM160, sila bayar segera” dari lu.

... Tiada lagi suara “Bro, dah makan? Jom Fullamak..” dari lu.

... Tiada lagi aksi air pancut menggelegak kat depan rumah sbb nk kasi radiator keta lu sejuk.

... Kalender vespa di rumah kite tidak akan bertuan.

Ketika protes mengenangkan papan katil Paiseh yang dijadikan
papan nisan

Barang2 lu akan hilang pindah ke kondominium mewah klcc view lu.
Kami xkan rasa lapang… kami akan rasa kosong.
Saki baki ahli VMW yang ade , gua, paiseh, chez dan dauz akan teruskan kehidupan seperti biasa tanpa hilai tawa lu yg sering mengganggu baby Usamah (jiran depan) yg sedang tido. Jgn risau, gua tak akan bagi Uda Champion Pahang masuk rumah kite.

Azrie mengacah2 kereta dan lori untuk melanggar selipar beliau


Bro…
Selamat melayari bahtera rumah tangga. Gua doakan semoga lu bahgia hingga ke akhir hayat. Amin…

Ketika lu solat berjamaah nnt, lu pasti terfikir kite tidak pernah solat berjemaah dgn rakan serumah.
RIP ML(Rest in Peaceful Marriage Life)

Thursday, November 19, 2009

Nak makan leher ayam boleh?

Sorang budak kecik anak peniaga bazar di Bank Islam sedang seronok mamam nasi lauk ayam masak lemak yang telah dibubuh kicap manis kipas udang (gua agak la...)

"Mak, nak makan leher ayam boleh?" kata si anak.

"Eh, jangan nak. Nnt kalu kawen, kepala senget. Mak andam dah betul kan pun senget balik nanti." kata si emak.

.


Ish..... nasib baik la gua tak pernah makan organ kelamin ayam.....

Malu? Lu rase?

"Today i wanna go home early, i dont wanna work late la pakcik..." kata BurBird, senior merangkap senior incharge yang sudah tinggal hanya 1 seminggu hayatnye di firma perakaunan tempat gua bekerja. Dapat offer kat Singapore.

"Oh.. ok. Lets go home la. I everyday oso wanna go home early." kata gua, senior merangkap senior yang tak layak incharge untuk handle Bank yang tak berapa nak bersih ni.

Gua balik awal... tak tau nak ke mana. Gua jalan sorang2 kat Wangsa Walk Mall, shopping mall yang lantai dia tak berapa nak rata.

Untuk membuatkan gua rasa macam tgh berdating, gua window shopping sambil main sms ngn awek gua.

Type2... send. Sambil jalan.

Type2... send... Sambil naik tangga.

Type2... send. Sambil naik escalator.

Tapi gua tak naik.... Gua tersadung sambil tgn gua angkat nak bagi badan belen.
Silap escalator la....

Malu? Lu rase?

Wednesday, November 18, 2009

Paiseh abg yg prihatin

Gua baru bali keje. Dak umah tgh menonton Ekspozey Mistik (ulangan)...

"Seyh, tolong urut tengkuk aku seyh... Rasa mcm nk ter'explode' doh..."

"Banyak anging badang mu nih..."

"Tak kentut pun..."

Paiseh terus betul kan urat gua yg masuk angin.



Gua saje je pilih timing dia tgh tgk Ekspozey Mistik. Sebelum siaran Awan Dania (ulangan), gua cepat2 suh dia berenti. Takut dari urut tukar ke belai pulok.

Paiseh abg yg prihatin.

Monday, November 16, 2009

Gua selok kocek... gua tekan button.

Ting!

Gua sampai level 23. Tempat gua bersarang ngn kerja2 yg dah berdanau.
Kaki gua melangkah menghala ke pintu kaca.

Gua selok kocek... gua tekan button.

Tak bukak.

Gua pun tekan lagi.

Tak bukak jugak.

Gua pun berdiri diam2... fikir... apsal tak terbukak jugak ni?

Baru gua sedar..



.



Ape kejadah gua nak bukak pintu kaca ni pakai remote keta.

Wednesday, November 11, 2009

Korang ade idea lagi best tak?

Apa yg anda akan lakukakan sekiranya anda mengantuk di dalam Training?

.

Kelik2 tetikus seolah2 kepalanya tasbih eletronik.


Tekan2 button capslock sambil menghayati lampunye kejap hidup dan kejap mati.

Kepak2 screen laptop seolah2 bermain dengan sayap rama2.

Dial no henfon sendiri pada calculator.

Sentuh2 screen seolah2 sedang bermain air di permukaan tasik.

.

Korang ade idea lagi best tak?

Sunday, November 8, 2009

Tgk la dulu mcmne

12 orang resigned dalam masa cuma 2 minggu...


.


Akan datang? Minggu ni kompom ade lagi yg resign.
Minggu depan pun maybe ade lagi.


.


Gua?
Tgk la dulu mcmne...

Friday, November 6, 2009

Dekontrakseyh......

Maka bersabdalah Dekontraksi.....


"Gua dah penat sangat.
Gua nak rehat.
Kalu agak2 lama sangat takde entry, paham2 la tu.
Dah bungkus.
Tengok lah macamana.
Terima kasih. "


Sape la yang wat hal ngn dak umah gua sorang ni. Sampaikan makan wedges pun tak habis lately. Gua langkah jasad dia tido pun dia tak sedar.

Dia kate akan sambung. Gua tau, bukan lame mane. Alang kan berak pun tak leh tahan, ini kan pula berblog.

(jika anda tak faham post ini, anda tak tru blog believers)

Wednesday, November 4, 2009

Panjaaaaaang sikit tangan.... Cuba lagi ketuk.

Gua tgh bawak keta gi opis. Laju ni.
Sekali ternampak anak lipas dalam keta.

Cuba ketuk. Tak kena....
Panjang sikit tangan. Cuba lagi ketuk. Tak kena....

Gua jeling....

Panjaaaaaang sikit tangan. Cuba lagi ketuk. Tak kena....

Gua jeling....

Panjaaaaaaaaaaaaang sikit tangan.... Cuba lagi ketuk.





OOOOOOPS!


Erk... Nak langgar divider.

Tuesday, November 3, 2009

Dia terus diam

Ade junior baru masuk. Mula2 gua tanye asal usul dia, dia seronok berbual.

Lepas tu dia tanye gua post ape.

Gua kate gua senior manager.

Dia terus diam.

Gua pun diam.






(tua sangat ke muka gua.....?)