Sunday, January 30, 2011

"Tapi tak perlu bagitau saya. Faham?"

Gua pasang je telinga...

"OK.. cuba abang fikir satu nombor dalam kepala. Jangan sebut! Jangan bagi tau saya.. Fikir je." Brader baju hitam bercakap sambil tangan pegang kad pakau.

"Aaar..." B1 teragak-agak.

"Dah?" Brader.

"Saya bahasa tada faham... Dia faham..." jawab B1 sambil tuding jari pada kawannya, B2.

"Ohhh... Ok... Kalu macam tu Abg la. Cuba Abg fikir satu nombor dalam kepala. Abg boleh bagitau dia. Tapi tak perlu bagitau saya. Faham?" Brader.

"Aaar..." B2.





Apa kejadah Brader ni nak test-test magic dalam tandas Jusco dengan Bangfases. Gua yang masih berdiri mengadap dinding cuma geleng kepala.



Wednesday, January 19, 2011

Mak ai!!! Takde sivik punya orang

Di suatu petang yang dingin, ketika gua sedang melayari fesbuk... Tiba-tiba...

PING!

Ade seorang dak pompuan nak chat ngan gua. Gua pun kelik.

Tanpa selawat dan salam ke atas nabi, dia memulakan soalan..



"Are you gay?"

Lepas tu dia off.




Mak ai!!! Takde sivik punya orang. Melontar jamrah sembunyi tangan.

Monday, January 17, 2011

Pencarian bakat baru imam muda

Gua yang sedang bercuti kecemasan melepak seorang diri di depan TV. Cerita di Astro bersilih ganti. Sempan juga gua layan kartun POCOYO. Tiba-tiba iklan rancangan realiti tv menjengah..

Pencarian bakat baru imam muda..

Syarat-syarat pertandingan...

Umur dari 18-27 tahun.






Rupanya gua sedang meniti zaman-zaman tidak layak dipanggil muda... Cis!!

Tuesday, January 11, 2011

Baru rasa hijrah...

Tahun baru 2011...


Kena tukar template ni. Baru rasa hijrah...

Saturday, January 8, 2011

Gua betul-betul speechless...

Kira-kira setahun yang lepas... Ketika gua masih bekerja di Menara Milenium. Ketika itu gua sedang turun rehat pada jam 6.00 petang, sebelum sambung bekerja sebelah malam. Gua terserempak dengan seseorang yang gua kenal.

"Bro???" Gua tepuk bahu dia.

"Eh, Assalamualaikum.. La.. Hang!" Sahabat gua.

"Waalaikummussalam... Hang watpa kat sini?" Gua.

"Tunggu oghang ghumah. Hang watpa kat sini?" Sahabat gua.

"Aku gheja sini..." Gua.

Kami bersembang ala kadar sebelum gua meninggalkan beliau untuk ke kedai mamak.




Malam td gua dapat khabar dari Drogba pasal dia. Drogba suruh tengok sendiri dalam fesbuk. Gua tak tunggu lama... Gua search nama dia. Dan....






Ya Allah.... Subhanallah.... Gua menonton rakaman video member gua sendiri sedang memaki-maki dalam keadaan bogel di wall fesbuk.


Kawan gua jadi gila!!!!






Beliau menghadapi tekanan perasaan yang sangat dahsyat selepas ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan profile palsu untuk mengaibkan isterinya.




Gua terkedu....




Gua betul-betul speechless...




Sahabat pembaca,

Internet ni banyak faedahnya. Manfaatkanlah. Kuasa fesbuk dan pengaruhnya sangat kuat. Biarlah manusia lain merasa aman dan selamat apabila membuka fesbuk mereka setiap hari. Biarlah mereka tersenyum dan tertawa dengan sandiwara bahagia. Hidup kita bukan lama. Berbuat baiklah sesama manusia.

Untuk sahabat gua... Gua doakan lu sembuh dari apa jua tekanan yang lu hadapi. Amin...


Sunday, January 2, 2011

Tribute Mini - Abam Paiseh

Gua dapat panggilan ketika gua sedang sakit perut nak buang air. Prosper call... Dia kasi tau pasal hal Abam Paiseh. Panjang lebar perbualan kami, sampai pejal najis dalam dubur gua.

Siapa Abam Paiseh?

Abam Paiseh bermain sudoku ketika Prosper sedang mengalunkan bacaan
berzanji di majlis khatan adik hanif


Abam Paiseh pernah hit di alam maya blognya "dekontraksi". Tidak siapa sangka peribadinya yang hanya kerap senyum, ketawa dan memaki, rupa-rupanya sangat berbakat dalam bidang penulisan, lebih-lebih lagi hal-hal merapu warga VWM.

Fenomena inipaiseh.blogspot.com hangat diperkatakan di twitter dan fewit.
Budget comel.


Namun begitu, sejak melancarkan album dikir barat sulung, blog beliau agak sunyi. Mungkin kerana beliau sibuk memenuhi jemputan menyanyi di kedai-kedai tomyam sekitar lembah kelang.

Poster Abam Paiseh mudah didapati di belakang menu kedai-kedai tomyam
sekitar jajahan YB Azmin Ali.



Prosper bilang, Abam Paiseh sudah bertunang. Gua memang dah tau dia nak bertunang pada tarikh 11.1.11. Saja lupa nak wish. Kalu gua wish pakai henset, macam awek-awek pulak.

Abam Paiseh bersama Mira Daihatsu. Eh... Mira Mirikel.


Bro,

Gua faham manusia ni adalah sejenis makhluk berdarah panas. Tapi ada satu lagi kategori darah, iaitu darah manis. Orang macam kita ni (eh... kita... hehe...) perlu pasang kelambu sebelum tido. Tapi kalu dah tidur lagu gini... gua tak tau la kelambu jenis apa yang ada dalam pasaran.


Sebelum tido, jangan minum todi.





Tahniah untuk Abam Paiseh. Lu gerek seyh!!!!



ps: gerek adalah bicycle.