Masa: Saki baki jam opis.
Ahli: Gua seorang (baru true believer)
Gadget: Payung opis
Venue: Jalan TAR
Matlamat: Baju melayu teluk belanga bertulang belut warna nini chokolat celup, songkok 4.5 inchi, capal hang jebat, kain benang warna baju melayu gua.
Berikut adalah laporan kejadian di hari kejadian.
1. Gua parking kereta kat tempat yang tak boleh parking. Saje cari pasal ngn DBKL.
2. Gua melintas tak ikut garisan kuda belang. Sebab keta lain kena tahan ngan polis trafic 200 ela dari tempat gua lintas.
3. Gua melawat sambil mengusha baju di semua gerai. Berlaku adil kepada semua peniaga memandangkan masing2 membayar sewa tapak.
4. Jumpe yang berkenan… betul2 berkenan... sangat berkenan...
5. Gua main acah2 harga. Peniaga acah2 gua balik. Gua acah balik. Mak enon pun datang, acah gua balik. Kitorg hampir main belon acah (sila rujuk kamus Johor Lama).
6. Gua berjalan sampai Wisma Confident. Saje nak confirmkan kewujudan butik baju yang gua nak beli (dasar auditor). Ok, memang ada.
7. Gua datang balik kedai tadi. Acah harga, campur merayu mengada2. Gua kalah… Gua bayar…
8. Duit habis, gua kena balik.
9. Gua nak lintas, tapi polis traffic tahan tak bagi gua lintas. Sebab skang turn keta pulak jalan.
10. Seorang makcik datang ngan anak2 dia. Makcik tu tahan polis traffic daripada tak bagi dia melintas. Tangan kanan tahan polis, tangan kiri tahan kereta. Polis traffic berbelah bagi… Yusof Haslam mesti konfius.
11. Gua menuju ke kereta. Nampak seorang lagi polis traffic atas kapcai. Tangan kiri pegang handle, tangan kanan main sms… Farid Kamil mesti konfius.
12. Gua dah sampai keta. Tak kena saman. Gua konfius.
13. Buka puasa di masjid (sila kaitkan dengan point no 8)
ini pun jalan tar jugak.
Sampai rumah, eh rumah gua ade lampu kelip2 la....