Thursday, January 29, 2009

Isi sardin melekat atas seat

“Abang bukan tak suka Mawi tu, tapi majlis dia lebih2 sangat..”
“Majlis gilang-gemilang, tayang kat tv, siap berlakon2 lagi… tak payah la…”
“Abang rasa, Ina tu lebih nampak lembut orangnye. Cantik, jujur…”
“Awak rasa, sanggup ke Ikin tu nanti bangun pukul 4 pagi, sediakan sahur untuk Mawi?”
“Tengok je la tulah Sultan Johor nanti. Dah suruh jangan tinggal kan Ina, tinggal jugak…”
“Bukan nak doa yang buruk2, tapi nasihat Sultan tu ade betulnya…”

“Betul bang.. betul..” Gua pura2 mendengar sambil membersihkan sisa karipap yang berterabur dalam teksi abg Mat ni. Isi sardin melekat atas seat. Oh, shit...

Tuesday, January 27, 2009

Budak flat, umur lingkungan darjah 3


Budak2 flat bermain di halaman flat. Kereta kakak berhenti di depan kedai runcit Serantau. Gua berjalan keluar, berseluar yankie menuju ke kedai. Buah keras sebungkus, santan kotak Harmuni 2 gua tapau. Mak nak masak lemak harini.

“RM6.50 bang...” Duit kertas gua seluk kocek kanan, duit syiling gua selok kocek lutut. Ye la, seluar gua kan banyak kocek. Bayar…

Bergegas ke kereta. Di pintu kereta ade budak2 flat bermain. Tetiba…

“Bang, abang muka hensem la…” Budak flat, umur lingkungan darjah 3.
“Erk… Time kasih la dik. Jangan la puji abang macam tu. Adik pun ape kurangnye…”
“Saya mane hensem bang. Tapi abang memang hensem la…”
“Eh, adik ni. Adik hensem la. Ok la, abang nk chow ni..” Gua senyum.

Adik tu dapat pahala kerana jujur.
Gua dapat dosa kerana menipu.

Thursday, January 22, 2009

Sabarlah nak…

Termenung menghadap kerja…
Gua ingat boleh tapau harini, tapi dapat instruction baru, tambah sample.
Hajat boss gua sampaikan ke client, muka client berkerut…
Bukan salah gua… gua makan gaji je…

Termenung menghadap handphone…
Masuk hari kedua dia tak balas message, call pun tak angkat…
Mungkin handphone dia masuk air, atau memang malas nk jawab…
Ade ke gua tersalah cakap, gua cakap cuma yg manis2 je…

Termenung menghadap siling…
Tiba2 teringat member2 gua yang amik micpa…
Dengar cite kerabat gua sumua sangkut, dah mual dan keciwa.
Sabarlah nak… (ayat macha)

Bosannye dok client sorang2. Ade jugak aku balik tengok wayang ni…

Wednesday, January 21, 2009

Tgk jam ade 12 angka…

Contract kata 8 jam sehari…
Deadline satu hari…
Beban kerja 2 hari…
Dalam 2 hari ade 48 jam…
Tgk jam ade 12 angka…
Dua kali pusing 24. Empat kali pusing 48.
Tengok tangan, ade 2… Otak, satu…

Soalannya, layakkah gua tido malam ni?

Friday, January 16, 2009

Ade Tikus Main Teng2...

Bgn pagi, service keta. Keta kotor, hantar basuh.
Pergi pejabat pos, collect surat. Surat saman, duit lagi...

Balik rumah, gua sangap. Jeling handphone, senyap.
Jamban kotor, gua basuh. Baju kotor, gua laundry.

Pandang kiri, xde orang. Pandang kanan, ade tikus main teng2.
Otak buntu, jiwa tak menentu. Bosan, gua turu...

Bile keje, gua komplain. Keje dah siap, sangap masuk angin.
Orang lain keluar berendut, gua berkedut.

Apa lagi yang gua nak? Erm.. nescafe ais sedap jugak...

Wednesday, January 14, 2009

Kesalahan Tatabahasa 2

Pesalah: Arip Hyper Samat Tarikh: Weekend baru ni

Kesalahan: "Dia cari2 pen ball dalam lori tu. Boleh pulak dia jumpe..."
Pembetulan: "Dia cari2 ball pen dalam lori tu. Boleh pulak dia jumpe..."

Sunday, January 11, 2009

Perlukah dipanggil weekend...

Kalu perlu kerja 8 hari seminggu?

Thursday, January 8, 2009

Saturday, January 3, 2009

Dinner Yang "Mengenyangkan"

Terasa loser seketika apabila mengadap kerja di malam minggu yang sunyi. Gua sorang pulak tu yang tinggal kat level 21 ni. Amoi2 pun dah balik rumah bershower-mower. Jam dah pukul 11mlm. Kerja dah siap... Hantar la satu post. Let me share the excitement of E&Y Annual Dinner n Dance 2008! Untuk kesekian kalinya, dinner tahun ni sekali lagi dibuat di Shangri La Hotel.
Gua datang lambat malam tu. Sebab shoppin dulu kat JJ ngan Macha. Konon2 nk bergaya la kan. Sudah pun namenya bersifat smart spending, gua capai satu baju je (mahal gak la, sbb tu gua sambar satu je). Ena call, ajak duk meja sekali. Gua xde hal, suka je. Huhu... Tp gua dah remind dia. "Ena, make sure u hot malam ni eh." Dan.. Ena memang hot malam tu gua cakap lu. Tak silap gua letak name dia Ena Hot dalam hp. Hehe..
Yang best malam tu bab2 bergambar je. Malam ni la nk bergmbar sakan ngan amoi2 lazis kan. Diorg pun tgk kita lazis jugak. Macam Pjep kat gmbar ni. Walau pun pemalu orang nya, ramai je awek2 cun nak bergambar ngan dia. Sape ntah name amoi ni, gua dah lupa. Tapi sedondon la beb, sama hitam.. Sebenarnya berderet lagi hantu2 yang bergmbar ngn amoi ni. Nordin, Kerol, Remy, Hapis rafi. Tp tang Pjep la official camera man tertarik minat. U r d man!
Aturcara majlis malam tu macam biasa la. Makan2.. Ucapan. Makan2.. Tarian. Makan2.. Nyanyian. Makan2.. bergambar.. Tarian. Makan2.. Lawak2 racist.. Makan. Hmm.. Lu orang nampak gambar pelawak kat kanan lu ni? Lu jumpe, lu tabuh sekali kat belikat dia. Gua dah happy dah mase diorg wat performance bertajuk "Kongkek U Sampai Pagi". Tp bila bab2 lawak racist ni.
Bosan menghadap lawak racist, gua keluar. Ramai rupanya yang tak sedap telinga..
Nampak gadis baju hijau ni? Dia adalah salah sorang peserta Miss Malaysia 2008, no 4 beb! Mata gua je pandang mata dia, mata hati gua tgh pandang bende lain. Pandang hati dia... Kat luar ade free flow beer.. utk mereka yang minum la. Gua order Coke tarik je. Halalan Toiyiba..

Yang gua tunggu sebenarnya time diorg open dance floor. Tepat jam 12, pintu gerbang di buka. Yang kelakarnya geng2 yang masuk awal adalah geng2 akak bertudung. Huhu.. Kami muda mudi follow dari belakang. Salute Fadzreena sbb tak pancit, she never stop dancing for 2 hours. Crazy man.. Remy pun not bad. baru keluar nakal nya malam tu. Haha.. Saoud giler happening, peluh berjurai. Kesimpulannya, E&Y best!

Friday, January 2, 2009

Kesalahan Tatabahasa

Pesalah: En. Hasrat d Hati Tarikh: 1 Jan 2009

Kesalahan: "Dia ada bodybard dua orang..."
Pembetulan: "Dia ada bodyguard dua orang..."