Saturday, February 27, 2010

Cuaca panas, rakyat jgn panik.

Kuala Lumpur: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak bimbang dengan cuaca panas yang melanda negara ini sejak Januari lalu memandangkan ia adalah kitaran normal yang sering dialami penduduk.
.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Dr Yap Kok Seng, berkata ketika ini adalah musim yang lebih kering dan panas dalam kitaran satu tahun berikutan kurangnya kepulan awan yang berfungsi menyekat sinaran terik secara terus daripada matahari. Beliau berkata, keadaan cuaca yang panas juga berpunca daripada ‘ekuinoks’ yang semakin menghampiri iaitu apabila siang dan malam menjadi sama panjang.
.
“Cuaca panas berkenaan selalunya berlanjutan sehingga suku kedua Mac depan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
.
Sementara itu, menurut Bahagian Ramalan JMM, cuaca panas yang melanda negara ini bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan kerana ia berlaku setiap tahun, tetapi kurang disedari orang ramai kerana tempoh setahun bagi setiap kitaran musim. Katanya, cuaca paling panas yang dicatatkan melanda negara ini sejak Januari lalu adalah 36.7 darjah celsius di Alor Star, Kedah.
.
“Purata cuaca yang dicatatkan sepanjang minggu ini saja 34 darjah celsius bagi Lembah Klang dan 36 darjah celsius bagi kawasan utara,” katanya.
.
"Kami menyarankan rakyat agar mengambil kesempatan dari keadaan cuaca panas ini dengan menjemur kain di awal pagi. Kajian menunjukkan jika anda menjemur kain sekitar jam 9 pagi, kain jemuran itu sudah boleh diangkat dan dilipat seawal jam 2 petang. Hebat kan?" katanya lagi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Peranggan last tu gua tambah sendiri. Hebat kan?

11 comments:

Mimie.Candy Cane said...

wa dah agak dah...mula wa bace dengan muka ketat..risau oh..

smpai perenggan jemur kain tu,tanpa sedar wa tercakap

"heh!"

siot lu.

*wa slalu jemur kain tgh2 malam

nurul nadia said...

hak..hak..
awalnye sidai..lu basuh pkul bape?

Dashing Days said...

salam bro.lame tak singgah blog kamu.hehe..kol 2 kau dah abes keje ke? lipat malam sudah

Im Single said...

mimie, ngeh3. tapi pengetahuan dari perenggan awal2 tu sume leh pakai k.
nurul, gua sidai arini. basuh lusa.
maulud nabi basuh baju awal.

aripsamat.... said...

senario perenggan last tu kena buat kalo spinner mesin basuh rosak...hahah

Im Single said...

arip, shh... jgn gtau org wei. malu kami.

Zie said...

patut le macam pelik tetibe bab jemur kain masuk brite..haihh...

=)

Im Single said...

alamak, sume orang dah tau mesin basuh tak leh spin. muahaha...

nurul nadia said...

gua tag lu (menteri samel)in my blog..ni link

http://randomlynadia.blogspot.com/2010/02/nasib-baik-lelaki-kalau-perempuan.html

hanie said...

spinner rosak??

serupa laaaa...

mcm hampagas dia punya pesen..
xpsl² kena jemur awal..

Im Single said...

nadia, menteri samel. menteri cuaca ke gua?
hanie, hmpagas leh sedut air. ok la tu.