Tuesday, February 23, 2010

Cerita pendek...

Mak gua dulu selalu bace kan gua buku cerita kanak2 sebelum tido.
.
Aritu Chezzo baca kan gua cerpen pendek dari sebuah majalah sebelum gua tido. Gua dengan smbil baring ala2 cite titanic disc no 2.
.
Seorang ahli perniagaan baru sampai ke sebuah hotel tempat dia akan mengadakan conference. Dia yang baru sahaja berkahwin sangat merindui isterinya. Dia bercadang ingin mengajak isterinye menetap di hotel itu keesokan harinya.
.
Sebaik dia memasuki bilik hotel, dia terkejut dengan keindahan bilik hotel yang disediakan. Lebih terkejut, hotel itu juga menyediakan kemudahan PC dan internet. Tanpa membuang masa, dia terus mengarang sebuah email untuk isteri tersayang.
.
Ketika dia menekan button send, dia tidak sedar alamat email penerima yang ditaip itu salah. Lalu email itu terus menerawang mencari alamat email yang telah tertaip itu.
.
Situasi berasingan...
.
Di Johor Bahru, seorang janda yang baru sahaja kematian suaminye masih bersedih. Tadi baru selesai majlis pengkebumian si suami. Segalanye berjalan lancar. Ramai saudara dan sahabat handai datang memberi penghormatan terakhir.
.
Demi menghargai kehadiran mereka, si janda bercadang untuk mengutus email kepada mereka untuk mengucapkan rasa terima kasih. Dia pun membuka email.
.
Eh, ade isi dalam inbox. Detik hati si janda. Lantas dia pun mengkelik icon inbox untuk membaca isi nye..
.
Si janda meraung2, menjerit, histeria dan pitam....
Ape yang tertera di dalam email itu? Begini bunyinya...
.
"Sayang, abang sudah selamat sampai petang tadi. Terima kasih kerana menguruskan segalanye untuk abang.
.
Tentu sayang terkejut dgn email ni kan? Di sini disedia kan kemudahan internet, jadi abang boleh la berutus khabar dengan sayang selalu.
.
Tempat ini cantik sayang. Segala nye lengkap. Tempatnye luas, sangat cantik. Abang tak sabar nak menunggu kehadiran sayang esok."
.
Kami melekek2 gelak pada jam 3 pagi. Anjing biri2 depan rumah tentu terjaga.

10 comments:

M.a.A.s said...

hehehe...sib baik email...kite die telepon lagi nyanye...anjing biri2 tu yg tak ble blah....

Mimie.Candy Cane said...

cam haraaamm..hahahahaha

Im Single said...

arip, kalu telepon. kalu dia 3g?
mimie, biri2 tu haram. haha..

Seri said...

mahunya tak pitam

hanie said...

aih...romantik bebeno lu berdua..
ni yg buat wa pikir bukan2 ni..

hahahahah~

Im Single said...

sri, dia terkencing. saje je gua tak type.
hanie, kami warga VWM mmg caring to each other.

achik ezam said...

siap mensyen titanic cd 2 tu..hahahaha

Im Single said...

ezam, lu faham shial. respect la lu. haha....

nerdy nadea said...

hak..hak..guling2 gelak..

Im Single said...

kami sayang anjing biri2!