Inbox gua
Salam.. invitation 4 iftar jama'ie di redbox sogo tomorrow. Kol 8 ok tak? sila confirmkan kehadiran sebelum 11.30pg sok utk prebooking. Kad redbox same Abg Asun.
Gua reply
Astaghfirullah.. im in!
Wednesday, August 26, 2009
Siaran2 yang membatalkan puasa:
Siaran2 yang membatalkan puasa:
Kenali saluran2 yang merbahaya di bulan ramadhan
1. Redtiub: Saluran di internet yang memaparkan cara2 menimang ayam golek menggunakan style2 tersendiri. Kadangkala diajar juga cara menyediakan air sirap bandung, air kathira dan air pasang pagi.
2. E cenel: Saluran hiburan artis KekayuSuci ("Hollywood"), sering memaparkan adegan yang melelehkan air kathira yang diminum semalam. Lurah2 dendam yang cuba diacah2 keterdedahannya membuatkan air kepala terpercik2.
3. Bazaar Ramadhan: Pusat membeli belah juadah berbuka puasa. Kadangkala disajikan juga juadah membuka puasa oleh mak2 dan anak gadis KL yang bersifat terlalu terbuka.
4. Pusat snooker spinky: Niat di hati ingin menonjol bola2 kayu, tapi adik2 kl ni rajin sungguh berbulan madu depan abang2 berpakaian preman.
5. Grand Prix Volleyball: Aksi sukan yang menyajikan gadis2 Amerika latin bermain tampar2 bola yang dilambung2. Lain yang ditampar, lain yang pergi, lain yang jatuh ke hati.
Saturday, August 22, 2009
Tangan kiri gua merah lagi.
2 minggu lepas gua rasa gua demam. Badan bisa2 macam tak hingat. Jumpe doctor, dia kate gua tak demam.
Tangan kiri gua ade merah2, dari pergelangan tangan panjat ke atas. Gua ingat kena gigit binatang, gua gi farmasi, dia kate binatang kecik gigit pastu main jalan2 kat atas tangan gua. Tu yang dia panjat ke lengan.
Tangan kiri gua merah lagi. Jalur gemilang dia dah naik smpai lengan. Cantik susunan. Gua gi clinic lagi. Dia bagi ubat sape, doc kate hama.
Tangan kiri gua merah lagi. Jalur gemilang dia dah naik sampai bahu. Cantik susunan. Merah2 kecil dah mula nmpak kat belakang badan.
Drive balik jb... Tangan kiri gua lenguh. Leher kiri gua tegang...
Smpai umah, gua bukak baju, tunjuk kesan seni ni pada Dr. Balong. Doc balong terkejut. Dia belek2 tangan gua. Dari tempat asal dia bermula. Dia usha pattern seni ni sungguh. Dari pergelangan tangan, ke siku, ke lengan, ke bahu, ke belakang badan. Kesimpulannye, virus ni serang gua ikut laluan saraf badan kiri gua. Sympton yg gua rasa pun masuk akal. Sbb tu line dia tak putus dan terus bergerak. Dia main tangkap2 gmbar, buat koleksi perubatan, hantar ke Dr. Yazeed.
Mak ngn abah terkejut tengok badan gua. Terfikir satu penyakit. Mak tanya gua ade gi tempat pelik2 ke. Gua rasa paling pelik pun gua gi main pool kat Spinky mase opis hour. Abah tanye ade wat salah kat orang ke? Gua rasa paling pelik pun gua ade langgar traffic lite merah kat 7e depan umah gua.
Insyaallah, baik la cepat.
Tuesday, August 18, 2009
Dan gua terjumpe sesuatu yg seperti ikan
"Ko tukar MekSis ke Selkom? Ko kena jaga2 la customer service dia bro. Aku dah kena... Frust" kate Nik Paiz suami Rozai yang dah tamat pengajian ijazah lanjutan di sebuah Firma Perakuanan Antarabangsa.
Petang tu jugak gua dapat msg dari Selkom.
"Application anda kena reject. Sila call x xxx xxxx"
Petang tu jugak gua call Selkom.
"No subline encik tak hantar utk tukar service provider. kami dah check mmg takde."
Esok nye gua call lagi Selkom.
"No subline encik tak hantar utk tukar service provider. kami dah check mmg takde. Encik kena gi balik jumpe agent tu."
Gua gi Selkom.
"Kami dah hantar no encik. Tapi mungkin encik ade no subline lain yg tak hantar."
"So, camne nk resolve problem ni."
"Tak tau la cik. Tp itu lah masalah nye."
Gua kena call MekSis.
"Ye encik. Kami confirm encik mmg takde no subline lain. Dan kami pasti encik takde hantar request untuk tukar line. Encik juga tiada amount tertunggak dgn Meksis. Jadi sepatutnye tiada masalah. Terima kasih kerana menghubungi kami." Perfect answer mcm Peter Answer.
Gua tanye awek Selcom tu balik.
"Awak pasti awak dah hantar no saya? Boleh saya tgk list nombor yg awak hantar ke MekSis? Sekiranye application tu pada tarikh 17/8, pada tarikh bile awak akan hantar ke Meksis? Awak ade dapatkan confirmation dari MekSis tak bile awak dah hantar pada diorg? Boleh saya tgk contoh?"
(gua cuba document What Could Go Wrong dan Gain Understanding Of Significant Process untuk memastikan apa yang dipolicy dan diprocedurekan berjalan seperti yg diharapkan)
Dan gua terjumpe sesuatu yg seperti ikan (fishy). Tapi gua malas nak tanye banyak sangat. Sbb gua betul2 nk terberak dah mase tu.
"Tak pe lah. Bile u dah resubmit, please make sure application in dah diproses dgn betul dan tolong update saya k. Sbb saya nk tau status. Saya tak nk tunggu tapi tak tau."
Pastu gua balik. Buat gaya garang dan frust sikit.
1 jam kemudian, gua datang balik. Card sim tadi tertinggal.
Sunday, August 16, 2009
"at least clinic saya kaya jugak.."
Gua dah keje hampir 3 tahun kat firm gua ni, rase nye tak pernah gua demam.
Dulu mase final year kat Uni pun gua rase gua tak pernah demam.
Kalu ikut perkiraan sampoa, hampir 4 tahun gua tak dikurniakan nikmat demam.
Tapi bile sibuk paper sembang pasal selsema 'H' wan 'N' wan ni, gua rasa mcm gua nk demam.
Gua batuk terkokol-kokol...
Sakit tekak bukan main. Bercakap dalam phone pun pakai suara Yusof Taiyob.
Badan bisa.. tegal tak biasa..
Tekak gua terasa lawyer sharie..
Gua jumpe Doc...
"Awak tak demam. Jangan risau. Tp ambik ubat2 ni, at least clinic saya kaya jugak.."
Alhamdulillah~
Monday, August 10, 2009
borang hijau....
Kalu kat traffic light, lampu hijau tanda nye suruh "Jalan".
Kalu kacang hijau, bile dibuat bubur pastu bubuh durian pun sedap.
Kalu sayur hijau, mak kite dulu2 mesti suruh kite makan, biar kuat mcm Popeye.
Kalu toilet naik hijau, tu makna nye dah berdanau. Perlu dilaundry.
Kalu makhluk hijau, kat sini panggil toyol. Kat Amareka pnggil "Halq"
Kalu muntah hijau, mungkin kite muntah sayur hijau.
Kalu rumah hijau, bukan pasal suhu bumi, tu rumah sukan gua skolah menengah dulu.
Tapi kalu sebut borang hijau....
Tu maksudnye borang orang nak resign dari tempat gua kerja.
Untuk mengelakkan gua pun berfikiran hijau, gua prefer berfikiran kuning wat masa ni...
(footnote ini bertujuan untuk memberitahu yang gua orang johor, bukan kedah)
Friday, August 7, 2009
formula 2 ADA 1 TIADA dalam 3 peringkat
Masa remaja...
Ada MASA
Ada TENAGA
Tiada DUIT
Masa Kerja...
Ada TENAGA
Ada DUIT
Tiada MASA
Masa Tua...
Ada MASA
Ada DUIT
Tiada TENAGA
Haish~ ada2 saja....
Ada MASA
Ada TENAGA
Tiada DUIT
Masa Kerja...
Ada TENAGA
Ada DUIT
Tiada MASA
Masa Tua...
Ada MASA
Ada DUIT
Tiada TENAGA
Haish~ ada2 saja....
Subscribe to:
Posts (Atom)