Suara itu masih enak seperti dahulu, tidak serak, tidak juga terlalu melayu. Cukup untuk menjadi halwa telinga terus turun ke lubuk kalbu.
Suara itu masih pandai berceloteh dengan irama mendayu. Tidak pernah aku jemu, selalu aku tertunggu-tunggu.
Suara itu masih keanak-anakan, menunjukkan empunyanya sentiasa gembira, sentiasa ceria, sentiasa bahagia.
Terima kasih kerana panggilan yang walau hanya bertanyakan khabar, tapi aku sangat menghargainya lebih dari apa yang perlu aku hargai. Aku agak ketidaktentuan, tapi aku gembira. =)
No comments:
Post a Comment