Wednesday, October 29, 2008

What a coincidence...

Kisah 1:
Semalam ber sms dgn Mdm J. Bertanya khabar, sekadar ingin tahu hal hidup masing2. Mudah2 an masing2 sedang happy dengan haluan hidup masing2. SMS kita berasas dan rasional, sebagai kawan. Tapi jauh di lubuk hati, aku tersangat gembira..
Hari ni aku terjumpa suamimu di KL. TERSENTAP JANTUNG AKU, TERKEJUT. Ingin sekali mahu menegur. Tapi curiga samada salam ku akan dijawab. Cukuplah sekadar memerhati dari jauh. Perasaan bersalah tiba2 muncul, aku tahu kenapa.
What a coincidence... Fewh~
Kisah 2:
Sebulan sudah aku mencari tarikh lahir Ms I. Puas aku menjenguk laman friendster kalau2 tertera anouncement birthday si dia. Niat untuk memberi kejutan sejambak bunga di hari lahir nya nnt. Bukan apa, sebagai timbal balas kejutan kek dan coklat yang kau bagi. Kejutan aku juga adalah untuk melunaskan budi, kerna aku ingin mengundur diri. Sebabnya biar aku sahaja yang tahu. Ini pun atas pandangan sahabat2 yang lebih memahami.
Hari ini aku semak lagi halaman friendster. Tak pernah jemu, seperti biasa. TERSENTAP JANTUNG AKU, TERKEJUT, baru aku tahu tarikh lahir kau jatuh pada hari yang sama dengan Mdm J.
What a coincidence... Fewh~

Sunday, October 26, 2008

Danga Beach at Danga Bay

Lets talk bout this cool lepaking spot in JB. Danga Beach at Danga Bay. For those who don't know what the heck is this place, let me introduce you on Danga Bay first la ya..
Danga Bay is the largest recreational park in the city of Johor Bahru. It is located near Istana Bukit Serene, about 7 km from Johor Bahru's city center. Many interesting events are held there especially during festive seasons.
Danga Bay is also referred to as Teluk Danga, the Malay name. Sounds weird aite? I think Danga Bay sounds better... Operates until midnight. You can shop here, makan here or maybe just browsing around. Ada funfair, stalls, shoppin mall. It is a place for those people yang memang tak reti tido punye type.
There are few makan places here in Danga Bay. If you are the fan of life band or instrumental group, you should look for Danga Beach restaurant. Located right in front of the Leaf restaurant, Danga Beach serves you the coolest band i have ever seen, plus the food la, of course. Im not sure bout the food, but the scenery, the music, gerek beb... Depan you ade pantai... coconut tree... Angin bayu sepoi2... Plus the beautiful songs.. fuh~ Most of the songs are in English, but they also play Malay, Chinese, Thai and Spanish songs as well. You can request for a song, just pass a note to the waiter, and if you are lucky, the will play for you. I mean the band la, not the waiter.
Those guys who are looking for chicks (gua tau la perangai lu), you can easily find them here. Seriuously JB chicks are pretty and hot. I think i should come here more often. Huhu... Thanks to Umar and Kojat for the day. Panjang umur jumpa lagi.

Monday, October 20, 2008

A cancelled dinner... again...


Im not sure whether you guys are sensitive bout the term "janji" and how will you appreciate the "temu janji dinner" that u have planned in advance with someone that you consider as "someone".

It has been a very disappointing night for me. I know it is just a dinner, but for me it is more than just fulfilling your nafsu makan and your empty stomach. If I am hungry, i can always grab few pieces of crackers from the pantry or take a break at Ali Maju downstairs.

I dont mind if the "someone" is too busy with something. Or the something always pop up right before 9pm everytime we plan for the dinner. But at least update me... Please...

Only if you know that...

I am so happy everytime you said "Yes!"
I am so excited days before the date
I can't wait for the day to come
But again...
You are so unique... too unique probably...

Saturday, October 11, 2008

Bila Atuk Dah Ade Calon...

"Dah tgk orang nya? Ok tak?"

"Budak nya belajar lagi tu. Cantik atuk tengok orangnye... Lembut.."

"Eh... Amil dah ade kawan ke..? Oh... Abah kate amil takde kawan lagi. Orang mane?"

"Bukan ape... Atuk suka dengan keluarga dia. Diorg semua orang baik2. Lagi pun dekat ngan atuk"

"Nanti fikir2 kan lah ye. Tapi atuk suka kalu amil terima. Sebab dekat dengan atuk..."

Note: Dialog di antara seorang atuk (perempuan) dan cucu yang baik (empunya blog) ini dipetik pada petang hari raya ke-3. Kesudahan cerita ini masih belum ada. Aku terpaksa mencipta satu imaginary girlfren untuk menyelamatkan diri. Ligat minda mencari maklumat dan lidah menuturkan jawapan spontan.

Ade seorg yang terlintas di fikiran aku pada masa itu. Habis latar belakang keluarga nya aku pinjam agar maklumat yang sampai sekurang-kurang nye sedap didengar. Yang penting susur galurnya biar dari Johor, mudah sikit untuk mendapat persepsi natural. Putar sana, putar sini.. Terlepas juga akhirnya... Fewh~

Namun begitu, riak wajah atuk yang agak kecewa menyebabkan aku rasa terharu. Agak sedih kerana aku seolah2 tidak menyokong pilihan nya. Sori tok, cucu mu ini sebenarnya kurang bersedia... Jangan marah ye tok... Peace tok! =)

Thursday, October 9, 2008

4 things that cannot recover...

The stone after the throw...
The word after it's said...
The occasion after the loss...
The time after it's gone...

Tuesday, October 7, 2008

Panggilan itu Lullaby Hariku

Suara itu masih enak seperti dahulu, tidak serak, tidak juga terlalu melayu. Cukup untuk menjadi halwa telinga terus turun ke lubuk kalbu.
Suara itu masih pandai berceloteh dengan irama mendayu. Tidak pernah aku jemu, selalu aku tertunggu-tunggu.
Suara itu masih keanak-anakan, menunjukkan empunyanya sentiasa gembira, sentiasa ceria, sentiasa bahagia.
Terima kasih kerana panggilan yang walau hanya bertanyakan khabar, tapi aku sangat menghargainya lebih dari apa yang perlu aku hargai. Aku agak ketidaktentuan, tapi aku gembira. =)

Friday, October 3, 2008

Kenali Baju Melayu Teluk Belanga - Johor

Baju kurung Teluk Belanga juga lebih dikenali sebagai baju kurung atau baju kurung Johor. Baju ini boleh dipakai oleh kaum lelaki dan wanita.
Dari segi sejarahnya, baju ini mula dipakai pada zaman pemerintahan Sultan Johor, iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar yang bersemayam di Teluk Belanga, Singapura pada sekitar tahun 1800-an. Justeru itulah ia dipanggil Baju Kurung Teluk Belanga dan ia juga merupakan pakaian kebangsaan orang Melayu Johor. Sejak itu pemakaian baju ini telah berkembang ke negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Baju kurung merupakan pakaian kebangsaan rakyat Malaysia dan banyak dipakai dalam majlis-majlis rasmi. Baju Kurung Teluk Belanga adalah labuh, dan potongannya longgar kerana dirusuknya berpesak dan di bawah lengannya pula diletakkan kekek. Potongan lehernya bulat dan berbelah di depan. Pada sekeliling tebukan lubang leher itu, jahitan tulang belut digunakan bagi mengemas dan memperkukuhkan lagi leher baju tersebut.

Baju yang dipakai oleh lelaki labuhnya adalah separas punggung, alas lehernya lebar dan mempunyai tiga kocek iaitu di dada kiri, di dada kanan dan di bahagian bawah hadapan baju, manakala baju kurung yang dipakai oleh kaum wanita pula labuhnya hingga ke lutut dengan satu kocek di dada kiri atau pun tanpa kocek.

Kaum lelaki memakai baju ini dengan seluar panjang samada seluar Acheh atau Seluar panjut Kaum wanita pula memadankannya bersama kain samada kain dari jenis batik, songket atau sutera. Kain ini pula diikat dengan ikatan yang bernama ombak mengalun, iaitu dengan lipatan-lipatan yang letaknya di rusuk kanan atau kiri. Kepala kain sarung lazimnya diletakkan ke belakang apabila dipakai dengan baju kurung ini.

http://malaysiana.pnm.my/02/02010104mel_kurungtlkblanga.htm

Ramadhan Summary

Memaparkan pelbagai warna-warni kehidupan sepanjang 30 hari bulan Ramadhan:

1. Episod off peak yang luar biasa dan peak menjelang cuti raya. Mereka datang ofis untuk bergayut sahaja.
2. Di awal ramadhan, hampir setiap hari bertarawikh. Di hujung Ramadhan, Isya’ pun di hujung dunia.
3. Siri berbuka puasa di masjid, di restaurant mewah, seorang diri, berteman, beramai2 dan bersama keluarga saling silih berganti.
3. Misi mencari Murtabak2 terbaik sekitar daerah JB. KL takde beb. Selection murtabak dari RM6 - RM14. Terbaik!

4. Shopping raya yang agak luar biasa mewahnya berbanding raya2 sebelum ini. Gara2 sistem credit card yang mudah dan licin. Cipet ke atas diriku sendiri…
5. Bermula kegilaan baru, bermain pool. Ini pun gara2 nak menghilangkan bosan ketika lunch hour.
6. Activity social sangat ketara dikurangkan, tapi konteks kurang itu adalah dalam konteks empunya blog.
7. Naik pangkat, revised salary. Syukur Alhamdulillah…
8. Meneruskan journey ke Johor Bahru untuk berhari raya bersama keluarga! Happy!