Sunday, March 14, 2010

Edisi Misteri Nusantara - Lif

Jam hampir 12 malam. Perut lapar sebab tak makan lagi. Gua berjalan menghala ke lif. Jauh lif tu... Tersorok pulak tu. Keliling gua ade patung2 sedang memperagakan fesyen terkini. Tapi suasana gelap. Lampu sume dah di tutup.

Gua tekan button lif nk turun bawah. Gua dengar lif dari tingkat bawah naik ke tingkat gua.

Ting! Lif di tingkat 2.

Ting! Lif di tingkat 3.

Ting! Lif di tingkat gua. Tapi tak terbuka.. Ade suara dalam lif.

Ting! Lif di tingkat 5. Lif turun.

Ting! Lif di tingkat gua. Tak bukak lagi. Ade org dalam lif.

Ting! Lif di tingkat 3. Begitu la seterus nya.

Eh, lif ni rosak ke? Tapi ade suara kat dalam ikut lif turun naik. Gua check area belakang, mmg takde orang. Gua usha koridor. Dah tutup dah shopping kompleks ni. Cis! Gua suspek ade mangsa terperangkap dalam lif. Gua kena tolong.

Ting! Lif tu kat tingkat gua lagi. Suara masih ade.

Dong! Dong! Dong! Gua ketuk pintu!

"Is there anyone inside?" Gua speaking.

"Ade orang ke kat dalam?" Gua tak speaking.

Lift turun balik. Gua struggle cuba bukak pintu lif dgn kudrat tangan yang berketul2. HHHiiiiaaaaaagh......! Tak berjaya.

Dong! Dong! Dong! Gua tendang.

Gua turun tangga pakai pintu rintangan api ke tingkat dua.

Dong! Dong Dong! Gua ketuk pintu. Suara masih ade dalam lif.

"Is there anyone inside?" Cis, speaking lagi. Baju gua dah berpeluh.

Gua turun tangga lagi. Cari orang mintak tolong. Haram gelap gile. Eh, ade pak guard!

"Bang2x! Tolong bang, ade orang terperangkap kat lif tu." Gua berlari kejar pak guard. Baju dah peluh.

"Ye ke? Katne?"

"Tu, lif bomba tu."

"Erk, tak tau. Saya tak tau..." Dia blah.

"Eh, bang! Tolong la tengok dulu." Gua hangin. Haram! Tak nak tolong. Dengan semangat Saidina Umar, gua keluar bangunan tu, mencari harapan.

Gua nampak pak guard lain.

"Pakcik2x, tolong saya pakcik. Saya rasa ade orang terperangkap dalam lif." Gua yang mengah meminta tolong.

"Kat mane dik?" Pakcik tu nmpak bersungguh ingin membantu.

"Mari pakcik, ikut saya. Cepat sikit cik. Dah lama dah kat dalam tu. Takut lemas pulak. Malam2 dah ni. Sian diorg takde orang perasan. Mungkin dah tak mampu diorg menjerit. Haa... kat sini pakcik. Lif yang tu. Dari ta..........."

"Dik, lif tu dah tutup kol 10.30 tadi. Mustahil ade orang."

"Eh, Pakcik.. Nk ke mana tu?"

Cis! Gua yang marah bergegas naik atas ikut tangga. Geram! Semua tak nak tolong orang. Ape punya manusia. Dasar jual ikan ("sellfish"). Cuba kena kat sedara sendiri!

Sampai opis kelayen. Dong!

"Bang, tolong bang. Saya dengar suara orang dalam lif, dah lama dah diorg terperangkap bang. Mintak tolong pak guard sume tak nak tolong."

Kelayen gua dua2 orang blur... Diorang pandang satu sama lain...




(Kejadian ni berlaku pada tahun 2007 di sebuah pusat membeli belah di Bukit Bintang. Kami kena keje lewat untuk EGM sebuah badan korporat yang nak dinyahsenarai dari Bursa. Selepas peristiwa itu, kalu lapar gua diam2).

2 comments:

mijie said...

semangat ingin tahu ko dan sikap suka membantu orang di dalam kesusahan mengingatkan aku pada kisah 3 penyiasat..Jalil,Gopal,Ah Meng...

paiseh said...

berapa kilo lu susut?