Sunday, March 28, 2010

Earth Hour 2010


Kami warga VWM menyahut seruan dan usaha murni ini.

8.29pm



8.31pm

Anda bagaimana?


Thursday, March 25, 2010

Mari kite garu pale same2

Hari ni gaji....
.

Tolak EPF...
.

Tolak cukai...
.

Tolak ASB...
.

Tolak duit FD...
.

Tolak duit Insurans...
.

Tolak duit keta...
.

Tolak duit sewa umah...
.

Tolak duit kad kredit...
.

Tolak duit Astro...
.

Tolak duit Celcom...
.

Makan?
.

Minyak?





Alah, korang pun same jugak pening pale kan. Mari kite garu pale same2.

Kruk... Kruk... Kruk... Nyum2....



(April bufday mak gua. Nak bagi hadiah ape ek....? Bagi hadiah menantu cara jugak)

Wednesday, March 24, 2010

Baru gua perasan

1992


Baru gua perasan.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Gua mmg pesen hensem dari kecik.

Tuesday, March 23, 2010

Hari Hijau

Ding Dong! Pengumuman.

"Perhatian kepada semua staff, anda dikehendaki mematikan segala lampu ketika waktu rehat bersempena menyahut seruan kempen bumi hijau."

"Kepada yang bercadang untuk bekerja ketika waktu rehat, anda mestilah menyanyikan lagu Hijau Bumi Tuhan daripada XPDC secara senyap2."




Lu tau tak seminggu sebenarnye ade lapan hari? Hari hijau jatuh
pada hari hantar file.

Monday, March 22, 2010

kupu2 dalam.....

Orang kate kalu suspen rase macam ade kupu2 dalam perut.

Tapi gua rase mcm ade dalam bontot.

.

.

.

.

.

(jap lagi ade interview, harap2 opis gua tak kol time2 cmne. Mau cirit-birit gua nnt)

Where is my marvellous monday?


Lotus note is ding dong.
Cash is running out.
They haven't reply me for update.
Tomorrow is another battle field.

These 4 things are more than enough to make my life misserable.

Im not in working mood.

Where is my marvellous monday?

Friday, March 19, 2010

Gua mimpi latihan menembak


Gua bangun... terpinga2. Hari ni hari cuti, alhamdulillah...

Malam tadi gua mimpi gua gi latihan menembak. Setiap tembakan tepat belaka. Lalat yang hinggap pun gua tembak, kena kepala bersepai.

Tukar pistol auto, tembak lagi. Kena lagi. Tukar peluru besar, tembak lagi, kena lagi.
.
.
.
.
.
.
.

Entah ape motif mimpi gua pun gua tak faham.

Sunday, March 14, 2010

Edisi Misteri Nusantara - Lif

Jam hampir 12 malam. Perut lapar sebab tak makan lagi. Gua berjalan menghala ke lif. Jauh lif tu... Tersorok pulak tu. Keliling gua ade patung2 sedang memperagakan fesyen terkini. Tapi suasana gelap. Lampu sume dah di tutup.

Gua tekan button lif nk turun bawah. Gua dengar lif dari tingkat bawah naik ke tingkat gua.

Ting! Lif di tingkat 2.

Ting! Lif di tingkat 3.

Ting! Lif di tingkat gua. Tapi tak terbuka.. Ade suara dalam lif.

Ting! Lif di tingkat 5. Lif turun.

Ting! Lif di tingkat gua. Tak bukak lagi. Ade org dalam lif.

Ting! Lif di tingkat 3. Begitu la seterus nya.

Eh, lif ni rosak ke? Tapi ade suara kat dalam ikut lif turun naik. Gua check area belakang, mmg takde orang. Gua usha koridor. Dah tutup dah shopping kompleks ni. Cis! Gua suspek ade mangsa terperangkap dalam lif. Gua kena tolong.

Ting! Lif tu kat tingkat gua lagi. Suara masih ade.

Dong! Dong! Dong! Gua ketuk pintu!

"Is there anyone inside?" Gua speaking.

"Ade orang ke kat dalam?" Gua tak speaking.

Lift turun balik. Gua struggle cuba bukak pintu lif dgn kudrat tangan yang berketul2. HHHiiiiaaaaaagh......! Tak berjaya.

Dong! Dong! Dong! Gua tendang.

Gua turun tangga pakai pintu rintangan api ke tingkat dua.

Dong! Dong Dong! Gua ketuk pintu. Suara masih ade dalam lif.

"Is there anyone inside?" Cis, speaking lagi. Baju gua dah berpeluh.

Gua turun tangga lagi. Cari orang mintak tolong. Haram gelap gile. Eh, ade pak guard!

"Bang2x! Tolong bang, ade orang terperangkap kat lif tu." Gua berlari kejar pak guard. Baju dah peluh.

"Ye ke? Katne?"

"Tu, lif bomba tu."

"Erk, tak tau. Saya tak tau..." Dia blah.

"Eh, bang! Tolong la tengok dulu." Gua hangin. Haram! Tak nak tolong. Dengan semangat Saidina Umar, gua keluar bangunan tu, mencari harapan.

Gua nampak pak guard lain.

"Pakcik2x, tolong saya pakcik. Saya rasa ade orang terperangkap dalam lif." Gua yang mengah meminta tolong.

"Kat mane dik?" Pakcik tu nmpak bersungguh ingin membantu.

"Mari pakcik, ikut saya. Cepat sikit cik. Dah lama dah kat dalam tu. Takut lemas pulak. Malam2 dah ni. Sian diorg takde orang perasan. Mungkin dah tak mampu diorg menjerit. Haa... kat sini pakcik. Lif yang tu. Dari ta..........."

"Dik, lif tu dah tutup kol 10.30 tadi. Mustahil ade orang."

"Eh, Pakcik.. Nk ke mana tu?"

Cis! Gua yang marah bergegas naik atas ikut tangga. Geram! Semua tak nak tolong orang. Ape punya manusia. Dasar jual ikan ("sellfish"). Cuba kena kat sedara sendiri!

Sampai opis kelayen. Dong!

"Bang, tolong bang. Saya dengar suara orang dalam lif, dah lama dah diorg terperangkap bang. Mintak tolong pak guard sume tak nak tolong."

Kelayen gua dua2 orang blur... Diorang pandang satu sama lain...




(Kejadian ni berlaku pada tahun 2007 di sebuah pusat membeli belah di Bukit Bintang. Kami kena keje lewat untuk EGM sebuah badan korporat yang nak dinyahsenarai dari Bursa. Selepas peristiwa itu, kalu lapar gua diam2).

Thursday, March 4, 2010

7.45pm

7.45 pm... wat keje dulu lah. Maghrib kul 8.00pm pun boleh lagi. Kate gua dalam hati. Its gonna b another long working hour.

Pale gua dah berdengung2 dalam nih. Tak cukup tido. Tak berhenti berfikir.
Makin tensen dok cari highlighter tak jumpe2. Sape yang makan ni.

Depan gua ade Wendy, secretary bos. Gua berjalan longlai..

"Wendy, can i borrow ur highlighter? I'll put back at your place. Promise!"

"Promise arr... Which color?"

"Erm... That one, thanks!" sambil tuding2 ke hala entah mane.

"I dah stress la Wendy... Deadline is reaching...." gua mengeluh.

"You go semayang first la, than only u continue."

.
.
.
.

Gua terus gi semayang tepat 7.46pm. Dengan highlighter dalam poket.

Monday, March 1, 2010

Jam 1.23 pagi...

1.23 pagi di level 21.
.
Dipenjuru gelap geng Melayu belacan.
.
Deretan file berterabur.
.
Cawan2 nescafe berderet.
.
Mister Potato dikunyah krup krap.
.
Laptop dihentak2 keyboard nye.
.
Kalkulator ditekan2, sekali sekala dihampuk2.
.
Lagu2 dendangan kumpulan search berkumandang memecah kebuntuan.
.
Gua teringat cerita Zombie kampung pisang.
.
Sambil2 rindu awek gua.
.
Rindu mak pun ade jugak.

Tuuuusss...

Tussss.....
.
Tussss.....
.
Tuuuuuuuuuussssssssssssssss....

.


Begitu lah bunyi nye.
.

Agak2 bunyi ape?