Monday, July 27, 2009

Durian tidak lagi di tengah hall...

Baru balik dari Jusco Penjuru Alif kerna menukar kasut yg tersilap size, gua melangkah longlai masuk ke rumah.

"Wah, ade durian lah! Seh.. (paiseh), tak kan sebiji ke kot? Kate berkoyan?" gua menyapa ahli rumah. Masing2 tgh sibuk melayan hal2 masing. Paiseh gayut, Prosper study, Nain korek pusat.

Durian terbiar di tengah hall...

Gua masuk terus ke kawasan dapur. Gua berdiri menghadap esbok. Membelek kepingan ais yg semakin menipis, sambil muka disua mengharap nyaman ala2 aircond.

Durian terbiar di tengah hall...

Dari kejauhan gua menonton tv. Melayan cerita yg tiada unsur2 agama. Kadang pelik dgn gelagat manusia. Ahlil bait yg lain masih melayan hal masing2.

Durian terbiar di tengah hall...

Tetiba tekak gua kering. Dari seberang hall gua nmpak air yg mcm sedap ditelan. Dgn suara riang gua memecah kebuntuan...

"Wah, air sedap ni!" sambil mata kembali ke kaca tv, kaki gua pantas melintas karpet kayu di tengah hall.

GEDEBUK...!

Akhir nya... Durian tidak lagi di tengah hall... Pedih...

2 comments:

Liliyuli said...

berhati-hati di hall..kerana ada sesuatu..hahaha

Im Single said...

durian je pun... haha..