Wednesday, December 24, 2008

Syaitan kahwini Bidadari

Maka berkahwin lah sudah seekor syaitan bernama Xaher. Syaitan kecil ini telah secara rasmi menjadi suami yang sah kepada Aida Abdullah, seorang bidadari ayu Johor. Majlis pernikahan berlangsung di rumah pengantin perempuan di Johor Bahru, tanah tumpah darah ku. Kecil nya dunia, isteri nya adalah rakan sepergaduhan ku masa aku kecil kat sekolah agama dato onn jaafar. Kini mereka bersatu untuk membalas dendam cebisan pemadam yang pernah menjadi senjata.

Gile cepat betul masa berlalu, rasa macam baru semalam je kenal Xaher. Orang kata, tanduk dua serupa. Jadi bile kepala sama2 giler, senang sikit nk bergaul. Saban hari kerja larut malam bersama puaka2 ceruk tok kun di tingkat 23 menara Malaynium yang lain menjadikan konsep asabiyah itu bertukar menjadi ikatan ukhwah fillah yang kuat. Siapa sangka makhluk hati kering seperti Xaher ini ada hati juga nak kawen. Ikut kan memang tak masuk akal. Tapi jangan dihakimi Xaher hanya dengan pipi botox nya itu.
Ucapan untuk korang berdua, selamat melayari bahtera rumah tangga. Semoga kekal hingga ke anak cucu. Kalu boleh hingga anak cucu korang dah berjiran tetangga, lagi bagus. Kepada Aida, jangan lah ditambat Xaher semahu nya, kadang kala nk jugak dia berjalan merayau bermain pool seround dua. Yang lain2 tu (Macha, Azrie Prosper, Janggut) gua tau jadual kawen lu orang tahun depan. Gua sudi berbakti menjadi pengapit sebab gua faham pelamin itu perlu penyeri. Paiseh, jadual kawen lu gua tak tau lagi. Jgn tak disclose...

4 comments:

paiseh said...

biarlah rahsia.. (poyo ciket..bleh?? hahahaha..!!)

btw slamat ngantin baru gak buat incik xaher.. walaupun gua kenai gitu2 jer..

Fikri: Kacaknya! said...

Wah, kawan kau dah disclose, kau?

Im Single said...

gua lambat lagi.. senarai name2 diatas dulu la. lu nk masuk list ke? ekeke...

Melorina said...

Shamil!!! ko nye blog lawak gile la!!