Wednesday, December 31, 2008

Bye 2008...

Menghitung detik2 akhir 2008... Gua mengadap graph index KLCI yg menjunam macam haram, nape pun blackest periods for global financial markets. Takpe la, gua kire lembaran imbangan bank perdagangan je, bukan duit aku. Asal poket gua maintain, WRN gua terbela, ok la.

Gua cuma nk pasang angan2 2009.

1. Tukar sport rim n skirting baru.

2. Kerja biar maintain, biar duit berkoyan2.

3. Rajin kemas rumah, biar tikus kurang selesa.

4. Penuhi kenduri kawen, biar gua perasan gua dah kawen. Ekekeke... (nnt la mak, amil cari kan mak menantu)

Friday, December 26, 2008

"Kalau berdua.. dah tak leh dah skang..."

Extracted from my inbox

"Yup, im celebrating Krismas. Baru je sambut."
"Sampai hati u lupa, anyway thanks"
"Hari Ahad i balik.."
"Nak ajak i keluar eh? Kalau berdua.. dah tak leh dah skang..."
"Yup, im seeing someone.."
"Bertuah ke? Haha... erm... he is a fren of mine."
"I tau u bz selalu, so mcm xnk la ganggu u dgn msg2 i ni. Lagi pun bukan penting untuk u kan..."
"You are the d most precious fren dat i ever met. Kenapa u ckp mcm tu pulak... Kalu boleh smpai bile2 pn i nk kawan ngn u.."
"Erm.. ok. I understand that. U jgn xnk kawan dgn i dah la. Fren 4eva y my chocky guy.. Hihi.."
"Ok, u do take care k. Sweet dream to u too. Thanks for d wishes anyway."

HP diletak bawah bantal. Gua termenung, lama... Menatap tingginya siling yang kelam dalam kesamaran malam, juga lama... Ruang dinding terasa semakin dekat, samar...
Ruang bilik kecil ini terasa kosong. Biarlah...
Ruang kosong itu menghimpit sisi gua. Biasa lah tu...
Ruang kosong itu menghenyap tubuh gua. Ah... malas layan.
Kini kekosongan itu terkesan di jiwa gua. Erm... kesan nya menjadi...
Esok kerja, tidur la...

Wednesday, December 24, 2008

Syaitan kahwini Bidadari

Maka berkahwin lah sudah seekor syaitan bernama Xaher. Syaitan kecil ini telah secara rasmi menjadi suami yang sah kepada Aida Abdullah, seorang bidadari ayu Johor. Majlis pernikahan berlangsung di rumah pengantin perempuan di Johor Bahru, tanah tumpah darah ku. Kecil nya dunia, isteri nya adalah rakan sepergaduhan ku masa aku kecil kat sekolah agama dato onn jaafar. Kini mereka bersatu untuk membalas dendam cebisan pemadam yang pernah menjadi senjata.

Gile cepat betul masa berlalu, rasa macam baru semalam je kenal Xaher. Orang kata, tanduk dua serupa. Jadi bile kepala sama2 giler, senang sikit nk bergaul. Saban hari kerja larut malam bersama puaka2 ceruk tok kun di tingkat 23 menara Malaynium yang lain menjadikan konsep asabiyah itu bertukar menjadi ikatan ukhwah fillah yang kuat. Siapa sangka makhluk hati kering seperti Xaher ini ada hati juga nak kawen. Ikut kan memang tak masuk akal. Tapi jangan dihakimi Xaher hanya dengan pipi botox nya itu.
Ucapan untuk korang berdua, selamat melayari bahtera rumah tangga. Semoga kekal hingga ke anak cucu. Kalu boleh hingga anak cucu korang dah berjiran tetangga, lagi bagus. Kepada Aida, jangan lah ditambat Xaher semahu nya, kadang kala nk jugak dia berjalan merayau bermain pool seround dua. Yang lain2 tu (Macha, Azrie Prosper, Janggut) gua tau jadual kawen lu orang tahun depan. Gua sudi berbakti menjadi pengapit sebab gua faham pelamin itu perlu penyeri. Paiseh, jadual kawen lu gua tak tau lagi. Jgn tak disclose...

Monday, December 15, 2008

Misterinya Nusantara - December Issue

Warga villa wangsa ceria gempar dengan penemuan Sinki duduk di atas kerusi! Menurut penghuni villa, kerusi ini asal nya adalah tempat duduk tuan puteri bukit antarabangsa yang datang bertandang untuk merapi kan rambut yang berketak2. Manakala sinki ini pula muncul selepas kejadian pasu runtuh di tangan Sang Kelembai WaRissatulYala beberapa abad dahulu. Kini, kemunculan tuan puteri tidak kelihatan.

Demi menokok nambah cerita, penghuni villa juga sering claim bahawa mereka selalu terdengar suara menyanyi tatkala tepat iklan petronas di buletin utama.

"Memang ada suara, mcm gadis menyanyi. Seram sejuk kalu dengar, maggi saya pun kerap jadi beku" kata wakil bukit semanggoi. Apabila ditanya bagaimana suaranya itu, beliau menjawab...
"Bunyi nya lebih kurang macam ni la.. Ehem... Kelapa dan orkid~ saya nk balik duit saya!"


Pesanan, jangan sesekali mengalihkan kerusi itu dari punggung sinki. Takut nnt berlaku kejadian tidak diingini..

Tuesday, December 9, 2008

Oi oi... Kenali la Lelaki!


Lelaki cool, ada batas nya..
Lelaki pemurah, ada batas nya..
Lelaki penyabar, ada batas nya..

Lelaki gatal, bukan semua..
Lelaki garang, bukan semua..
Lelaki hanyut, bukan semua..

Lelaki rasional, kebanyakan nya..
Lelaki professional, kebanyakan nya..
Lelaki belanja, kebanyakan nya banyak sangat..

Lelaki single, berlambak di luar sana

Baik ada, buruk pun ada. Kita sama manusia, ciptaan Tuhan.
Terima kasih Tuhan, aku syukur jadi lelaki cool.

Friday, December 5, 2008

Bullish Market!

Bullish Market! I found it...