Kerja.. untuk cari rezeki.
Kerja pun boleh sampai miss rezeki.
Kerja.. untuk hidup senang.
Orang lain kerja relaks je, hidup dgn hati senang.
Kerja.. kumpul ilmu pengalaman.
Lupa ilmu dan penghayatan pada Tuhan.
Kerja.. sampai hampir mati.
Masuk syurga ke kalu aku betul2 mati masa kerja.
Cukup2 lah...
Thursday, April 30, 2009
Saturday, April 25, 2009
Kelibat manusia berambut merah dari bilik
Waktu biasa pulang dari pejabat. Jam di tangan menunjukkan pukul 3.40 pagi. Gua dgn langkah longlai memanjat tangga rumah yg berhabuk bagai ditabur bedak talcum bayi. Sunyi.. sejuk.. sepi.. tapi tak seram.
Selesai basuh muka dan gosok gigi. Gua terus baring, rasa letih dan sengal otak mmg dah jadi selimut tubuh gua dari opis lagi.
Tiba2... Kedengaran bunyi enjin scooter bagai motobot terlepas subuh. Terdengar suara tapak kaki memanjat tangga. Gua mamai...
Kelibat manusia berambut merah di aras dua villa wangsa ceria. Masuk ke bilik depan, mencurigakan. Gua mamai...
Keluar kelibat manusia berambut merah dari bilik. Menuju ke bilik lagi satu. Gaya mcm orang jahat. Gua usha je.. Tak larat.. Sebab gua mamai...
Gua pasang telinga.... BUUUUUUUUR..... bunyi pancutan air. terhenti... kelibat manusia berambut merah keluar dari bilik tadi. Oh.. kelibat tu kencing.
Dalam mamai gua sempat terfikir. Dah kencing pun tak jirus... Musibat punya kelibat... Gua terlena diulit mimpi kerja...
Saturday, April 18, 2009
berakar menjadi barah...
kekusutan... adakala nya lebih baik kite bubuh noktah untuk segala kekusutan. melainkan mahu ianya berakar menjadi barah dalam tisu2 otak.
kerja untuk mencari rezeki meneruskan kehidupan. kalu kite kerja smpai mampu menamatkan kehidupan, apa guna rezeki yg dicari setiap hujung bulan.
kehidupan bukan soal berpakaian kemas, bertali leher, bergaji besar dan kacak penampilan. soal keseimbangan hidup sebagai hamba, sahabat dan anak soleh lebih manis kalu kita dapat penuhi.
malas nak hidup, mati ibadat tak cukup pulak. hidup je la...
Friday, April 10, 2009
Mamai...
Saturday, April 4, 2009
Gua munafik je mase tu...
Dulu masa gua interview ngn HR firm gua, gua bubuh ayat baek punya..
"Able to work under tight deadline. Its proven."
" Yeah.. Why not? Im willing to work over normal office hour."
"Definitely... I can work well with other teammates. If i have a leader, i'll be a very good worker. If i am the leader, i will be a very good manager."
"Marriage? No.. no.. no.. Not before i have my chartered."
Gua munafik je mase tu...
Nota cagu: esok gua gi indon. harap ade intertenet.
Subscribe to:
Posts (Atom)