Monday, October 24, 2011
Suspen
Esok interview. Lagi.....
Thursday, October 13, 2011
Orang tau yang bapak dia hensem
Tapi, masalah cari tajuk untuk post tu sudah tidak merumitkan memandangkan gua pun jarang wat entry.
Yang gua tengah pening sekarang ni adalah nak mencari nama anak. Yang ini tak boleh sesuka hati nak bagi nama yang "mind-blowing". Atau pun yang "eye-catchin". Ataupun yang "attention getter".
"You cari la nama yang lembut disebut, sedap maksud sayang.." kata isteri gua.
Sebenarnya... Gua tengah nak cari nama yang sekali sebut je.... orang tau yang bapak dia hensem...
Payah.....
Monday, September 12, 2011
Kisah benar hari raya
1. F (seorang isteri) hendak melakukan ritual laundry pada hari raya ke-2. Sudah sebulan dia tidak menjengah ke bilik laundry kondominiumnya. Maklumlah, anak muda zaman sekarang yang hanya pandai melawa, baju kotor semua dihantar ke rumah ibu.
2. Dia tiba-tiba dikejutkan dengan kelibat comel 4 ekor anak kucing yang sangat comel, secomel gula-gula kapas yang nampak kembang lagi empuk. Anak-anak kucing itu bersimpuh sopan ditepi mesin basuh. Di sisi anak-anak kucing itu adalah si ibu yang sibuk mundar-mandir seperti pakguard G4S.
3. F tidak tahu bila si ibu itu beranak dalam bilik laundrynya. F bukanlah seorang pencinta binatang. Dia lantas memanggil suaminya untuk mengalihkan anak-anak kucing itu keluar rumah. Suami si F juga bukanlah pencinta binatang. Lalu suami si F pun mengalihkanlah keluarga kucing itu keluar rumah.
4. Si ibu kucing sibuk mengiyau… Bising sungguh melihat anak-anaknya dipindahkan. Suami si F tidak menghiraukan, seekor demi seekor dipindahkan keluar rumah.
5. Selesai sudah ritual memindahkan kucing itu, maka si F mula melakukan laundry. Baju-baju kotor dimasukkan, punat ditekan, seketika mesin basuh mengukur keperluan sukatan sabun basuh, lalu sabun dimasukkan, air mula mengalir, penutup mesin basuh ditutup lalu mesin dibiarkan beroperasi…
6. Masa berlalu…
7. Si F kembali ke bilik laundry kerana pada perkiraannya ritual pelaundryan sudah selesai. Tiba-tiba langkah dia terhenti…. Bilik laundry digenangi air…. Kenapa ni….
8. Sekali lagi khidmat si suami diperlukan. Si suami yang baru datang juga naik hairan… Sejak bila pulak saluran bilik laundry ni tersumbat. Lalu batang penyapu diambil.
9. Batang penyapu itu digunakan untuk menghodok-ghodok lubang saluran. Ada sesuatu yang menyekat laluan air.
Lalu dighodok-ghodok lagi. Air mula mengalir tetapi kembali perlahan.
Lalu dighodok-ghodok lagi… Air mula mengalir tetapi kembali perlahan.
Ritual ghodok menghodok diulang tayang dan diulang taip. Air semakin mengering…
10. Pada kadar kedalaman air yang boleh diagak panjang kailnya, si suami cuba mengintai apa yang ada di dalam lubang saluran. Diteliti….
Ada bulu… Aish!
Kepala… Aish!
Telinga… Aish!
Mata…. Anak kucing!!!!!
11. Si suami melaporkan apa yang terjadi. F berkata "What the F!" lalu F pengsan...
12. Masalah masih belum selesai… Bangkai anak kucing itu masih menyekat laluan air…
Apa yang si suami harus lakukan?
Friday, September 9, 2011
After raya... Penyakit biasa...
Sunday, August 21, 2011
Duit melayang. Cancel la buka puasa kat palace of the golden horses.
Bangla: Saya mintak maaf abang. Kalu boleh saya pun mahu tolong sama abang. Tadi saya sudah call sama Boss. Dia cakap ini harga juga kena bayar abang. (jawab si Bangfes dengan tatabahasa yang hampir 100% tepat)
Gua: Ye ke…. Hurm… (gua mengeluh…) Takpe la, nak wat macamne. Memang salah saya. (gua membalas lemah setelah usaha tawar menawar gua gagal)
Bangla: Abang kasi tulis nama sini bang, sama nombor telefon sekali.
Gua: (tulis)…. Mintak maaf kat tauke awak nanti ye. Cakap saya mintak maaf, saya betul-betul tak sengaja.
Bangla: Tak pa abang. Abang pun sudah bayar. Terima kasih bang. Mintak maaf ya abang.
Gua: Takpe la, awak pun cuma buat keja awak.
Bangla: Abang… Selamat Hari Raya abang… (pantas Bangfes itu menghulurkan tangan bersalaman dengan gua).
Gua: Selamat Hari Raya….
Gua beredar keluar dari ofis pam minyak jenama kulit kerang. Semua mata tertumpu kat gua. Gua yang jenis berkeyakinan tinggi mengangkat tangan menunjukkan isyarat peace y’all pada mereka.
Tu la, sapa suruh bawak lari hos pam minyak. Bikin glamor unnecessarily je…. Duit melayang. Cancel la buka puasa kat palace of the golden horses.
Tuesday, August 9, 2011
Ni bukan angry bird ni
"Eh bro, Iphone sape ni?" Gua bertanya.
"Aku jumpe atas jalan tadi bro. Jalan-jalan sekali terpijak bende, mana nak ku tahu Iphone rupanya. Nampak gaya macam orang jepun punya." Khai menjawab.
"Pergh... rezeki terpijak namanya tu. Apa isi ada dalam?" Gua .
"Jom kita tengok. Manalah tahu kot-kot ade angry bird ke." Khai menjawab.
Khai membelek-membelek... Gua menyebok di tepi.
Eh... video ape ni... Ni bukan angry bird ni.
Sunday, August 7, 2011
"Banyak saman? Kalu saman ade yang tiga ratus... jumpa abang dulu."
Jangan Besarkan Anak Anda Dengan Wang Rasuah
Katakan Tidak Pada Rasuah
Ada juga notis yang ditampal...
Pelaku Rasuah Akan DiTangkap
Bagus! Macam ni lah yang kita mahukan. "Bang, bayar saman kat mana bang?" Gua bertanya abang jaga posgad dengan nada suara kurang air di tekak.
"Terus ke dalam, belok kanan."
"Oh.. time kasih bang."
"Banyak saman? Kalu saman ade yang tiga ratus... jumpa abang dulu."
Eh... Boleh pulak...