Sunday, August 21, 2011

Duit melayang. Cancel la buka puasa kat palace of the golden horses.

Gua: Betul ke tak leh kurang…? (gua cuba tawar menawar dalam raut wajah mohon simpati)

Bangla: Saya mintak maaf abang. Kalu boleh saya pun mahu tolong sama abang. Tadi saya sudah call sama Boss. Dia cakap ini harga juga kena bayar abang. (jawab si Bangfes dengan tatabahasa yang hampir 100% tepat)

Gua: Ye ke…. Hurm… (gua mengeluh…) Takpe la, nak wat macamne. Memang salah saya. (gua membalas lemah setelah usaha tawar menawar gua gagal)

Bangla: Abang kasi tulis nama sini bang, sama nombor telefon sekali.

Gua: (tulis)…. Mintak maaf kat tauke awak nanti ye. Cakap saya mintak maaf, saya betul-betul tak sengaja.

Bangla: Tak pa abang. Abang pun sudah bayar. Terima kasih bang. Mintak maaf ya abang.

Gua: Takpe la, awak pun cuma buat keja awak.

Bangla: Abang… Selamat Hari Raya abang… (pantas Bangfes itu menghulurkan tangan bersalaman dengan gua).

Gua: Selamat Hari Raya….

Gua beredar keluar dari ofis pam minyak jenama kulit kerang. Semua mata tertumpu kat gua. Gua yang jenis berkeyakinan tinggi mengangkat tangan menunjukkan isyarat peace y’all pada mereka.

Tu la, sapa suruh bawak lari hos pam minyak. Bikin glamor unnecessarily je…. Duit melayang. Cancel la buka puasa kat palace of the golden horses.




Tuesday, August 9, 2011

Ni bukan angry bird ni

Pintu lift terbuka... Khai masuk sambil membelek-belek Iphone.

"Eh bro, Iphone sape ni?" Gua bertanya.

"Aku jumpe atas jalan tadi bro. Jalan-jalan sekali terpijak bende, mana nak ku tahu Iphone rupanya. Nampak gaya macam orang jepun punya." Khai menjawab.

"Pergh... rezeki terpijak namanya tu. Apa isi ada dalam?" Gua .

"Jom kita tengok. Manalah tahu kot-kot ade angry bird ke." Khai menjawab.

Khai membelek-membelek... Gua menyebok di tepi.


Eh... video ape ni... Ni bukan angry bird ni.

Sunday, August 7, 2011

"Banyak saman? Kalu saman ade yang tiga ratus... jumpa abang dulu."

Sesampai sahaja gua di perkarangan pejabat trafik, gua terlihat poster2 besar...

Jangan Besarkan Anak Anda Dengan Wang Rasuah

Katakan Tidak Pada Rasuah

Ada juga notis yang ditampal...

Pelaku Rasuah Akan DiTangkap

Bagus! Macam ni lah yang kita mahukan. "Bang, bayar saman kat mana bang?" Gua bertanya abang jaga posgad dengan nada suara kurang air di tekak.

"Terus ke dalam, belok kanan."

"Oh.. time kasih bang."

"Banyak saman? Kalu saman ade yang tiga ratus... jumpa abang dulu."


Eh... Boleh pulak...


Thursday, August 4, 2011

Saman Trafik

Masa gua beli kereta dulu, memang gua tak pernah terfikir yang roadtax gua akan mati pada bulan Ramadhan 2011.

Tidak jugalah gua terfikir yang nama gua akan kena blacklist pada bulan Ramadhan 2011 kerana saman-saman trafik yang tertunggak.

Tidak jugalah gua terfikir pada masa itu bahawa saman trafik boleh disemak di MyEG pada bulan Ramadhan 2011.

Yang paling gua tak pernah terfikir adalah gua ada 31 saman pelbagai kesalahan as at Ramadhan 2011.



Baru gua sedar yang gua ni otai jugak rupanya...

Tuesday, August 2, 2011

Penyakit "malas update" blog sudah menjadi-jadi

Gua melakukan ziarah ke blog-blog sahabat gua yang lain. Nampak gayanya penyakit "malas update" blog sudah menjadi-jadi di kalangan masyarakat setempat, lebih-lebih kaum kerabat VWM.


Nak kata alasan bulan puasa, zaman dulu-dulu pun bulan puasa dah ade, maintain je update.

Nak kata takde internet, rasanya semua ade internet di rumah, kecuali gua.

Mungkin dah tak jadi trend. Tapi Cekdet rajin je update blog dia.


Gua pun tak tau apsal tiba-tiba kompeni gua ni tak block blogpsot. Dulu bukan main. Rasanya dalam tuntutan BersihDuaPointKosong aritu takde pulak mention pasal hal ni.


Apa-apa pun gua ucapkan terima kasih kepada yang masih rajin menulis. Dapat jugak gua membaca ape yang korang merepek. Sekurang-kurangnya takde la gua gi main snoker kat kotaraya tu.

Thursday, July 14, 2011

Mr Wong Tee Tee

Gua masih ingat kenangan ketika gua di Port Moresby, Papua New Guinea.

Apabila kopi panas sampai je, Mr Wong akan kata….”Kaya.. Kaya.. Kaya..”

Apabila pizza panas sampai je, Mr Wong akan kata…”Kaya.. Kaya.. Kaya..”

Apabila ikan pari bakar siap je, Mr Wong akan kata… “Kaya.. Kaya.. Kaya..”

Langsung diselangi dengan hilai ketawa kami, golongan minoriti masyarakat Malaysia berbilang kaum yang mencari rezeki di bumi Bird of Paradise ini.

“Hai Mr Wong, semua kaya belaka.” Gua bersuara.

“Haha…! Kita ni kena la selalu cakap kaya. Walau pun harta kita takde, biarkan hati kita Kaya.. Haha…!” Jawab Mr Wong yang sangat fasih berbahasa Melayu.

Gua tersenyum. Jauh di lubuk hati, terbit rasa kagum pada Mr Wong. Mr Wong asalnya orang Johor. Dah hampir 30 tahun dia menetap di Papua New Guinea. Macam-macam perniagaan dia buat di sini. Pasaraya, Kilang Baju, Kilang Roti dan macam-macam lagi. Memang kaya giler, tapi sangat merendah diri. Makan minum kami kat sini Mr Wong jaga. Dia yang beli kan ikan, lepak minum kopi.

Masyarakat di sini kenal sangat dengan Mr Wong. Ada yang panggil dia The Tango Man, sebab dia yang usahakan pasaraya Tango.

Yang lagi menarik, ada yang panggil dia The Turtle Man, sebab dia terkenal sebagai insan yang cinta kan penyu. Di sini penyu dijual di pasar awam untuk dijadikan makanan. Lazimnya penyu ini dah siap dipotong. Tapi kalau Mr Wong jumpa yang masih hidup, dia pasti akan beli penyu itu walau dengan apa harga sekalipun dan lepaskan ke pantai. Gua sempat rakam video ketika kami beli dan lepaskan penyu dia pantai Port Moresby.

Gua pernah tanya Mr Wong, “Tak rindu balik Johor ke?”

Tapi dia cuma tersenyum.

Gua tak tau macamana nak gambarkan betapa Mr Wong adalah seorang yang sangat unik, sangat baik. Tidak keterlaluan kalau gua katakana Mr Wong adalah manusia yang paling baik pernah gua jumpa sepanjang hidup gua. Sebelum pulang ke tanahair, kami semua berpelukan dengan Mr Wong. Panjang umur berjumpe lagi.

4 bulan berlalu….

Ketika gua sedang sibuk menyiapkan tugasan di kantor pusat, telephone Khai berdering. Panggilan dari Papua New Guinea. Khai menjawab dengan senyum lebar.

“Hello Bro!!!!” jawab khai tersenyum…

“…………………………… Bila bro?..................” Khai . Khai lebih banyak mendengar dari bercakap. Wajahnya muram.

“Ok.. Thanks bro. Anything update aku k.” Telephone dimatikan.

“Apsal bro?” Gua yang kurius ingan tahu terus bertanya.

“Azman call. Mr Wong bro… dia kena tembak…” Khai.

“Haaaa!!!! So dia macamane?” Gua.

“Dia dah mati……” Khai….

Kami terkesima.




Kereta Mr Wong dikejar oleh pembunuh
upahan di terowong ini




Polis masih mencari klu di tempat kejadian


Pencarian waris Mr Wong di dada akhbar




We love you Mr Wong

Sunday, April 10, 2011

Gua dah jadi suami orang...

Gua dah jadi suami orang...


Takleh rajin sangat berBlog. Kena banyak2 semayang jemaah.



p/s: korang bile lagi?