Sunday, November 30, 2008

Siapa Fahrin Samat?


Siapa Fahrin Samat?
- Gagah berani
- Bekas apit kiri universiti
- Bawah lengan dijaga rapi
- Makan telor mata dan sup ekor setiap hari

"Bincang? Takde, mak xleh terima."

Mak: Hello Mel, tgh watpe? (suara serius)
Single: Hi Mak. Tak watpe, jalan2 cari psal je. Serius je suara?
Mak: Berjalan 24 jam... Buku bile nak bukak tu. Nnt fail lagi paper tu?
Single: Ala Mak, nnt la. Dah malas sebenarnya pikir ACCA ni.
Mak: MALAS? (suara dah tinggi) Ape nk jadi? Mak tak leh terima perkataan tu. Janji nk keje KL dan complete profesional in 3 years, ni hape pun tak jalan.
Single: Mak, nape ni. Kan kita dah bincang pasal ni...
Mak: Bincang? Takde, mak xleh terima. Pergi bukak buku!
Single: Mak.. nape ni..?
Mak: BUKAK BUKU!

Tup! Aku terjaga. Mimpi ngeri, mak marah sebab aku tak study... Aku capai hp. Trut.. Trut..

Single: Hello, mak...
Mak: Hi Mel, apa khabar? Amel tgh watpe tu?
Single: Sihat.. tak wat ape. Tertidur tadi. Teringat mak tiba2. Hihi..
Mak: Ye ke... alahai.. (suara lembut ibu sejati)

Aku terasa selesa...

"Boss, lu org saya tengok sumua banyak hensem..."

Mapley menghantar pesanan. The O ais, mango juice, teh tarik dan teh halia diletak di atas meja.

Single: The halia siapa punya Mapley?
Mapley: Tadi abg ada order satu teh halia apa…
Single: Mana ade, kan order 2 teh tarik tadi. You dah counter check kan. (Asun, Macha dan Cahaya menyokong pendapat aku. Mapley terdiam…)

Mapley: Ala abang, itu teh halia dalam sikit juga halia. Rase ada sikit juga sama. Boleh la bang.
Single: Eh, mana boleh. Saya tak suka teh halia la.
Mapley: Boleh la bang…
Single: Mane boleh, you sudah salah order. Sape mau minum?
Mapley: Ini abang boleh minum juga… (menuding pada Cahaya)
Cahaya: Eh, aku pulak. Saya allergic halia…

Akhirnya Mapley berlalu dengan wajah takut dimarah boss. Kami yang blur gelak tak kasi peluang… Perut dialas, perjalanan diteruskan.

Di legaran Starhill, kami merayau2 mencari pasal. Pasal sudah dicari…

Kelibat Micheal terbatuk2 mencuri perhatian. Micheal tersenyum ke arah kami, dan jalan menghampiri kami. Kami yang mesra dan cool xde problem.

“Boss, lu org saya tengok sumua banyak hensem. Bila2 pun boleh dapat girlfren cantik. Jangan takut. Uhuk2…” Kami ketawa, mengangguk mengiakan segala pujian. Berbual kosong… Penat bicara topic tentang “kita bumiputera”, Micheal mengubah issue tilikan tapak tangan.

Tangan aku dicapai dan dibelek penuh mistik…
“Boss, u umur sekarang sampai nnt tua, line clear. Sakit tiada don’t worry. Duit u banyak, pandai cari tapi suka spending. Tak pandai simpan. Erm.. (belek tangan aku) Kawin u isteri dua. Anak tiga… Bahgia.” Haha.. wat eva la Micheal.

Tangan Asun, Cahaya dan Macha pun dibelek2. Penuh emosi dan fantasi dia menceritakan apa yang dapat dibaca dari setiap garis2 tapak jari. Kami ketawa berdekah2, mengutuk satu sama lain. Orang ramai mula mengerumuni, kami seperti selebriti. Tak segan, muka bangga.

Embun mula turun, kami beransur mencari seteguk minuman membasahkan tekak. Mencari Mamak terdekat. Uuuh~ Ada gadis cantik di Mamak itu. Awek tadi la... Erm... Boleh jadi teman berbual.. Pantas~

Embun hampir berhenti. Beransur pulang, solat subuh dan tidur lena diulit mimpi indah. Deretan empat puaka tidur di ruang tamu, dengkuran silih berganti...

Saturday, November 29, 2008

SEPI

Baru pulang dari kenduri kawen Tiong dan Amy. Tahniah, semoga bahgia ke akhir hayat. Seronok tgk gadis2 flower girl. Ade yg muka mcm Raja Farah, Raja Ema dan Raja Rajan. Bosan, aku pun balik umah.

Sepi petang ini. Aku buntu… goreng pisang yg dibeli dikunyah sorg. Pusing kiri pusing kanan, ruang tamu aku tetap tidak melebar. Kejap duduk, kejap bdiri, seluar aku masih juga terasa ketat. Aku buntu… sepi. Aku belek2 koleksi DVD.

Cita action… xnk la.
Cita horror… bosan.
Cita blue… mlm2 sket.
Cita cinta.. SEPI… Hmm… boleh jugak.

Pertama kali aku menonton filem SEPI. Sejak cerita ini mula ditayangkan di pawagam, aku berazam untuk menonton cerita ini. Khabar dari Azrie Prosper bahawa cerita ini sgt bersangkut paut dgn hidup aku membuat aku teringin benar menontonnya. Azamku ingin menonton dengan seseorang… seorang insan Hawa. Tapi smpai kesudah, tiada juga yg muncul. Mujur ade technology cetak rompak…

Di tengah jalan cerita, Nasrun Bin Anis muncul. Melayarkan drumsticknya buat bantal untuk tengkukku. Sekali sekala dia meraung kagum dengan watak Piere Andre. Azrie Prosper pula muncul, melingkar di penjuru sofa melayan filem ini untuk kesekian kali. Sekali sekala mata dikesat. Maklumlah, babak2 sedih mmg menjadi weakest point mamat ni. Suasana SEPI diselangi bunyi mesin basuh Hasrat….

Tak perlu aku kupas panjang lebar tentang isi cerita ini. Aku je yg dah ketinggalan. Air mata mereka yg menitis menonton cerita ini pun dah lama kering, kering menjadi tahi mata. Mujur aku tidak menangis, seperti biasa aku bersahaja. Hanya fikiran dan jiwa aku yang melayang melayari kekuatan jalan cerita filem ini. Memang memberi kesan yg mendalam. Syabas Kabir Zero Bahtiar Hero!

Friday, November 28, 2008

Sijil Berhenti Sekolah

Petang yang suci, tertiarap depan tenet.
Azrie: Mel, sijil berhenti skola ape ek dalam BI?
Single: Erm... ntah ek. Certificate of Dismissal of Student of School?
Azrie: Eh, ye ke.. Erm.. Certificate of Stopping School kot. Cara jugak...

Thursday, November 27, 2008

"Cantiknye korang menangis...."

Paiseh Si Rambut Saiya di sofa, dengan kaki menghala ke kiblat. Kusyen sofa dijadikan sandaran, menongkah tulang belakang pada posisi 45 dgree. Kepala diteleng ke kiri. Mata tidak berkelip...

Azrie Prosper terlentang tenang. Jemari kaki dikuis2 pada plastic keropok lekor, sudah habis. Tangan mengusap2 btol F&N, perlahan penuh dramatis. Mata tidak berkelip...

Aku cuma berlenggeng. Dgn towel londeh, cuba meniarap kemas meminimumkan dedahan peha yang putih, sambil dagu bertongkat. Mata tak berkelip...

"Cantiknye korang menangis...."

TV9 meneruskan siaran 'Gadis Melayu'. Asyik~

Bila aku terpandang, mereka tersipu...

Pertama kali menggunakan LRT sejak Stesen Masjid Jamek di upgrade. Lame tak guna escalator dia yang tinggi dah jauh lagi bersilang kanan naik kiri turun ni. Berjalan perlahan, membunuh masa.

Kaki menjejak escalator, kiri turun… Mata memerhati deretan manusia di sebelah escalator kanan naik. Ramainye orang dan gadis2 orang.

Uiks… Mata terpaku pada seorang gadis cina yang sangat cantik. Wajah letih pulang dari kerja, bibir masih cantik, nmpak basah dan segar merah bibir itu. Dia terpandang aku, aku terus usha… Fuh~ memang cantik… dan berlalu dia dibawa ke atas oleh escalator kanan naik. Malas nk telengkan leher, nnt sakit.

Ops.. Baru aku sedar, rupa nya ade dua pasang mata memerhati aku dari tadi. Bila aku terpandang, mereka tersipu... mereka bergelak kecil cuba bergaya comel. Aku terus pandang ke hadapan. Tak cantik~